Friday 24 March 2017

untitled

Hey guys,

aku dah bosan nak say sorry kat blog sendiri. Sebenarnya aku ada peram 1 cerita, tapi ntah bila aku ada masa nak post. gambar semua raw lagi. satu apa tak edit. nak buat semua tu ambik masa jugak. harap bersabar ye tunggu cerita aku tu.

btw, aku reveal sikit pasal apa cerita tu. Percutian. tu je aku boleh reveal. nak tahu lebih, tunggu dulu okay?

Byeeee
sincerely from nadya :)

Sunday 13 November 2016

Weekend @ Caravan Serai Day 2

Sambung cerita Day 1, harini agak banyak aktiviti. Tak membosankan macam semalam.

6.30 am : Bangun pagi, solat dan bersiap untuk nature walk
7.15 am : Kumpul di reception untuk ambil boot Pua Chu Kang. Kenapa aku sebut boot PCK? nanti korang tengok ok.
7.30 am : Nature walk. *Aku nak nasihatkan korang kalau nak pergi, tak payah susah-susah bawak sport shoes sebab takkan guna. Buat berat beg je*
8.45 am : tiba semula di tapak khemah
9.00 am : Breakfast
9.30 am : Sukaneka *yang ni housemate aku buat sendiri. sebab rasa mcm takde benda nak buat, so buat game sikit baru happening*
10.00 am : Terjun pool! *pool dia ni simen biasa je, tapi air dia dari bukit wehh sejuk gila kalau masuk dalam ni*
11.00 am : bersiap untuk checkout



sepanjang berjalan pegi nature walk tu memang pakai boot kuning tu, mula-mula rasa xselesa n awkward. tapi dah lama-lama jalan eh..selesa pulak..hahaha

gambar dalam pool aku tak upload. biarlah jadi tatapan kitorang je. hahaha

Selepas checkout, tempat tujuan kitorang untuk makan tengah hari ialah Lemang Tok Ki! Sini bukan ada lemang je, Ayam bakar, daging bakar, nasi campur semua ada. Sedap pun sedap.

Sebab rasa mcm awal lagi nak balik, ada org suggest untuk pegi Hotspring Bentong. Kitorang pun pergi la situ tapi sekadar mencelup ibu jari kaki sebab masing-masing baru lepas mandi. Kolam dia pulak dalam dekat-dekat 4 kaki. So tengok jelah.

Okay, lastly kalau sesiapa minat camping, korang kene try pergi. Kalau xnk try pun takde masalah. Aku suggest je. Nature walk tu aku taknak komen lebih-lebih sebab nak korang rasa sendiri kalau pergi situ. Tapi serius best!

Lagi 1, kat situ takde line tau. Aku pakai maxis n celcom, Dua-dua akan 1 bar je line kalau bernasib baik dapat la internet tp E jelah. Kitorang kat sana terus tukar flight mode sebab malas nak habiskan bateri dok cari line bagai. Bateri habis sebab bergambar je >.<

Thanks for reading. <3
sincerely from nadya :)

Weekend @ Caravan Serai

Salam.

Hai. Aku dah janji kan yang aku akan cuba cari masa nak update. So, kali ni aku nak update pasal first ever trip aku dengan roomate dan housemate. Roomate ni maksud aku rakan sebilik dan housemate bermaksud orang yang tinggal dalam rumah tapi bilik lain. Okay?

Sepanjang setahun lebih aku duduk rumah sewa ni, aku tak pernah lagi pergi travel dengan diorang since diorang pun kadang-kadang on-call. Weekend diorg pun kadang-kadang kerja. Aku pulak weekend menghilang balik UM or Ipoh. So, tak terfikir nak pergi somewhere sesama. Tapi.. tetiba one day sama ada hujung bulan 9 ke awal bulan 10 (aku tak ingat) roomate aku tanya nak follow ke tak pegi camping ni. Aku pun on je sbb aku mcm minat jugak benda-benda camni. Tapi korang jgn tanya camne nak booking sebab aku tak tahu langsung pasal benda ni. Orang lain yang uruskan dan aku cuma bayar part aku je...huhuhu

Tapi aku tahu la sikit-sikit rate dia..

Khemah 2 orang - RM288 (include breakfast dan nature walk)
kalau datang single dan ramai-ramai, aku nasihatkan untuk korang add bed dan nature walk sebab 1 khemah maksimum boleh masuk 5pax. So, tambah 3 bed dan nature walk mcm aku punya trip ni.

Kitorang ambil 3 khemah. 2 khemah ni untuk pasangan husband n wife dan kitorang yang single ni 1 khemah masuk 5 orang skali (untuk jimat) >.< eh aku lupa bagitau rate nak tambah bed dengan nature walk kan? harga dia RM30 (RM15 utk bed dan RM15 untuk nature walk) harga bed dia dah include breakfast skali kalau tak silap aku.

Okay, sekarang baru aku nak cerita perjalanan kitorang sepanjang kat situ.

11.00 am : Bergerak dari rumah, singgah HUKM pegi ATM kejap dan pergi ambil lagi sorang lab mate housemate aku tak jauh dari rumah. Lepastu isi minyak.
11.30 am : Lunch kat Tesco (sebab malas nak berhenti dah lepasni, so makan terus)
2.00 pm : Singgah kat kedai Lemang Tok Ki (masa ni dah sampai Bentong, tapi sebab check in pukul 3, so kitorang saje buat-buat lambat sikit. Lepak dulu)
2.30 pm : bergerak ke Caravan Serai
2.45 pm : Tiba (dekat je dengan Lemang Tok Ki) orang tu terus bagi kitorang check in sebab dah clear semua. Masa ni dia akan hidangkan air halia bentong. Sape senang keluar angin tu mmg on the spot keluar je, Hahaha
Lepastu kitorang ape lagi, bergambar la..ingat senang ke nak datang tempat camni.
Tak ingat masuk khemah pukul berapa. Solat dan lepak-lepak jap tunggu asar. Pastu tengok diorang ni mandi pool.
6.30 pm : keluar cari pasar malam terdekat. Ok part ni kelakar. Kiotang tanya pekerja situ, pasar malam ada kt mana. Dia pun bagitau kat pekan bentong. Kitorang pun pegi la pekan bentong, sekali pegi rupanya tu pasar cina. cehhh. so kotang terpaksa patah balik pegi Mempaga, sbb situ baru betul pasar malam melayu.
9.30 pm : Sampai Caravan semula. Mandi, solat dan rehat. Tido.. ZzZzZz

Belanja sikit gambar Day 1









Yang last ni gambar first aku dengan roomate aku. 
Kelakar gila. dah bape lama duduk takde gambar sesama. 


Stay tuned untuk day 2 punya aktiviti okeyyy ;)

sincerely from nadya :)

Thursday 13 October 2016

KURUS : Keinginan, Keperluan atau Tekanan

Nampak tajuk tu bukan main lagi. Dah macam syarahan je aku rasa. Tapi aku rasa ramai yang alami benda ni, termasuk la aku sendiri. Bagitau aku, orang berbadan besar mana yang taknak kurus? Even though kau ada pasangan yang tak kisah kau berbadan besar pun kau mesti rasa sebaliknya kan. Aku ada satu kisah pasal ni. 

Aku ni perempuan. Berbadan besar. Tinggi. Orang kata kalau tinggi ni takpe gemuk pun. Sebab aca-acah tak nampak gemuk sebab kau tinggi. NO! Orang maybe boleh cakap macam tu. Tapi aku sendiri naik penimbang tu rasa takut nak tengok  nombor ape yang keluar. tapi bila orang kata "takpe, kau tinggi" aku diamkan jelah. Sebab yang azab cari baju seluar semua aku. Korang tahu apa kan. Jadi aku pun slow-slow la buat macam-macam diet. Start yang aku perasan, aku turun 3-4 kg je. Lepastu dah tak jadi ape. Aduhhh ni sekarang aku dah pening nak buat diet cara apa. Hahahaha

Ada lagi satu cerita, aku ada sorang kenalan. Wanita. Belum berkahwin. Badan dia tak besar mana pun. Tapi dia rendah sikit dari aku. Lepastu dia jenis pakai baju kurung yang besar-besar tau pegi kerja. Masa aku start nak diet sebab ada run ortho PPUKM last month. Dia pun bagitahu dia start diet jugak. Dia tak makan. Kadang-kadang makan pun sekeping dua biskut sehari. Kau bayangkan? Dia lose weight belas kg jugak la. Tergugat aku dowhh. So tadi pagi tetiba terbukak cerita pasal dia dengan orang lain. Sebab org lain dah perasan dia ni dah kurus sangat macam ape je. 

Rupanya, aku baru tahu cerita yang dia kuruskan badan sebab orang kampung dia dok mengata. Like seriously?? Ape orang kampung dia semua kurus macam lidi ke? takde orang yg obesiti kat kg tu? Aduhh aku dengar rasa berdesing je telinga dengar. Barulah aku sedar kenapa dia nak sangat kuruskan badan. Dia pernah cakap dengan aku tau. Dia takut nak makan. Satgi makan sikit terus naik mendadak. Kau bayangkan sampai tahap tu dia takut weh. Ni dah jadi tekanan. Bukan keperluan dah. Lagipun dia tu kurus je sebelum ni. Ape la masalah orang-orang ni nak cakap camtu. 

Korang nak tahu ape orang tu cakap? "kalau dah kawen, badan besar takpe la. Ni anak dara lagi" Serius aku dengar rasa nak carut je. Kalau aku duduk kampung tu memang aku dah sekolahkan diorang ni. Mak aku kalau dengar kata aku tak makan sebab nak diet, memang kene la aku. 

Ni la masalah besar orang-orang kita ni. Tak habis sekolah mengata, tak sambung belajar mengata, tak kawen mengata, dah kawen tak dapat anak mengata, anak tak bertambah-tambah mengata, kurus mengata, gemuk pun mengata. tak paham aku. Tekanan ni bahaya tau guys. Kalau korang yang dah biasa kena ni sangat la bahaya. Silap haribulan boleh terjun bangunan. Kalau yang tak kena lagi ni. Doa la banyak-banyak supaya tak kena. 

Semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t. InsyaAllah Amin.


sincerely from nadya :)

Menghilang

Assalamualaikum.

Perghh lama jugak aku menghilang dari sini ek..maafkan daku yerr.

Sebenarnya, aku bukan saje-saje menghilang. Tapi kan, lepas aku pindah rumah dari Prisma Perdana ke Taman Jaya, aku terus mengabaikan laptop kesayangan ni. Sebab masa pindah barang tu, aku pass kat mak surh bawak balik Ipoh terus. Plus aku kan kerja mengadap pc setiap hari. tak larat la aku balik kerja menghadap laptop lagi.

Lepastu mulalah zaman laptop aku merajuk. Aku sedar pun awal tahun haritu. Al kisahnya angah nak pinjam laptop aku letak kat rumah dia sebab dia senang nak buat kerja. Sekali tengok, laptop aku tak keluar apa-apa kat screen. aku masa tu dah macam nak nangis dah. Bila review nak repair bukan main mahal lagi. Terperap lagi laptop tu tak dibaiki.

Tetiba dua bulan lepas aku sembang dengan bos kecik aku. Sebab dia ni pandai bab-bab pc laptop semua ni. Kat office kalau jadi pape kat pc, jarang sangat la panggil PTM. Kecuali ada benda-benda dalaman pc je kitorang kene panggil. So, aku pun cakap la kat dia laptop aku tak keluar pape kat screen. aku kasi dia tak sampai seminggu pun. Plus masa tu pun sibuk sikit banyak kerja. Ade 1 hari jumaat tu, aku cuti skali dia whatsapp gambar laptop aku dah elok, Bila aku tanya, dia kata screen aku elok, just ade wire yg terputus sikit je..sambung benda tu ok dah.

The next isnin tu, aku pun belanja dia makan untuk balas jasa dia baiki laptop aku. Aku insist nak belanja air kat gloria coffee. Tapi dia mcm serba salah, then aku belanja green tea cawan besar dengan nasi ayam kunyit kat pagar je,

Maka, kembali la semula laptop kesayangan aku. Mula dari tu, kau jangan tanya. Rajin gila aku on benda alah ni. Kalau merajuk lagi tak tahu la. Tu la sebab aku mengilang. Biaselah, aku kan memang camtu. sikit-sikit hilang. Okay la, stay tuned untuk cerita seterusnya tau! Byeeee
sincerely from nadya :)