Tuesday, 26 November 2013

internship progress #1

alhamdulillah. Tadi dapat call dari Pejabat Kerajaan Negeri Perak, bagitahu permohonan praktikal kat situ dah diluluskan, dia inform jugak kata bell pun diterima tempat yang sama. kalau bell tak dapat tempat lain, dia pun akan prkatikal tempat sama dengan aku. alhamdulillah. 

gembira betul harini. yelah, bayangkan satu batu besar yang terhimpap dari awal sem dah pun diangkat dari bahu. lega dia jangan cerita la. mana taknya, dah 3 minggu risaukan pasal ni, sebabnya orang lain semua dah dapat jawapan diterima kat situ, diterima kat sini. tup tup aku satu tempat tak dapat lagi. SLAI tu jangan tanya, dah mcm facebook dah aku bukak. kalah Ifolio. yang mak pulak asyik ingatkan suruh call tanya tempat tu lepas aku bagitahu pasal permohonan intern kene tolak kat ASNB ngn Tabung Haji. 

thanks untuk doa dari kawan-kawan. aku selalu cite kat housemate ngn budak rumah sebelah, risau pasal intern ni. tempat tak dapat2. balik rumah tadi, tengok housemate tgh tidur. so, aku keluar terus g rumah sebelah cite pasal berita gembira ni. tapi orang first aku call, mestilah mak. dengar suara mak mcm lega. mak pun tahu perasaan aku mcm mana. 

sekarang ni boleh proceed untuk thesis dan final presentation beserta tutorial yang tak pernah habis ni. yeayyy ;)

sincerely from nadya :)

Tuesday, 19 November 2013

rindu. sahabat.


rindu,
siapa kata tak rindu? 
kenangan dicipta bukan untuk dilupakan,
tetapi untuk diingati selamanya.

sahabat, 
anda selamanya di hati,
disebut di dalam doa,
diseru di dalam mimpi.

menjauh bukan bermaksud menghilang,
segalanya masih terpahat di hati.

aku mohon, 
Tuhan jagakan mereka untukku,
kerana aku tak mampu untuk selalu berada disisi mereka,
menghadiahkan gelak tawa,
bersama ketika mereka duka.

*credit to Ainil Akmal


*maaf atas ketidak-sempurnaan aku selama ini. maaf atas segalanya. sayang korang. 



sincerely from nadya :)