Showing posts with label benda pelik. Show all posts
Showing posts with label benda pelik. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

sakit

apa yang membezakan aku dengan orang yang sihat cuma keadaan fizikal aku dengan ubat-ubat yang aku kena telan . aku tahu tuhan dah tentukan ni masanya aku kene benda ni . ada bagus nya aku kena sekarang daripada aku kene lagi 2 minggu . masa tu mesti busy nak study untuk final exam . sepanjang beberapa hari aku demam campak ni , rasa macam diri makin malas . mungin faktor ubat yang buat aku banyak tidur . mungkin jugak faktor lain .

semenjak dua menjak ni aku ada terfikir yang aku ada  apa-apa penyakit kronik ke ?

soalan ni pernah jugak ex-bf aku tanya masa kitorang kapel dulu dan sekarang aku ditanya soalan yang sama oleh adib . setahu aku , last sekali medical check-up yang aku buat sebelum masuk ukm takde pulak doktor cakap aku ada penyakit kronik . yang pastinya aku dapat detect yang aku rasa lain macam since short sem haritu . kadang-kadang rasa susah nak bernafas , tapi tau la aku kan , aku buat tak tahu je dan anggap semua tu biasa .

bila masuk sem baru ni aku perasan yang rambut sangat banyak gugur . dah macam orang sakit lukemia pun ade . aku try jugak google pasal penyakit tu , mana lah nak tahu kan ade tanda-tanda . takde lah sedar-sedar dah masuk stage last je nanti . tapi malangnya , sikit pun aku tak jumpa . tak pasti sama ada aku perlu buat medical check-up atau tak .

time macam ni la aku terfikir , kalau la tiba-tiba aku dapat penyakit , sanggup ke bakal suami aku tu jaga aku sampai aku mati ? mungkin dia akan tinggalkan aku dan cari orang lain . mungkin jugak dia akan jaga aku . tapi, kalau dia tak sanggup nak jaga aku , baik la tinggalkan aku cepat-cepat sebelum lagi merana . bukan merana sebab sakit , tapi merana sebab terlalu sayangkan dia .
sincerely from nadya :)

Sunday, 16 September 2012

trending

sebelum korang meneruskan aktiviti pembacaan , aku nak ingatkan peminat K-POP akan tak suka dengan entri ni . so , kalau agak peminat tegar k-pop tu , boleh berundur dulu sebab aku taknak korang maki hamun entri ni :p

hari ni aku perhati je twitter ni naik satu trending pelik #TranslateKpopGroupsInMalay . mula-mula aku diamkan je sebab aku tak berminat k-pop ni . tapi bila TL aku dah naik sikit2 benda ni , ape lagi aku pun terjah la tengok apa yang diorang nak kata .

sekali bukak , keluar lah benda2 ni . * aku amek mana yang menarik je . yang aku rasa biase2 je aku tak printscreen. nama dan gambar pulak aku rahsiakan :) sape yang ada twitter boleh la tengok :)





aku baca tweet diorang ni sampai gelak guling2. terpakse tutup muka dengan selimut sebab nak cover dari rumate . nanti rumate cakap aku gila pulak gelak sorang2 . kalau korang rasa tak lawak , boleh klik pangkah sekarang ><"


sincerely from nadya :)

penyakit


petang :) hari yang agak membosankan walaupun banyak kerja sebenarnye , tapi feeling macam takde je . pendekkan cerita , sebab boring + internet dah laju kann . aku pun google la movie ape tak tengok lagi . then tengok movie SAM *saya amat mencintaimu arahan syafiq yusof aka anak yusof haslam aka adik syamsul yusof yang berlakon dalam filem ni jugak . amboi, panjangnye mukaddimah .

sesiapa yang tak tengok cerita ni lagi , boleh la google nanti ye . sebenarnya nak cerita pasal penyakit yang sam ni ada , iaitu ganguan identiti disosiatif . aku tak pasti sama ada wujud atau tak orang yang berpenyakit ni kat luar sana sebab boleh dikatakan ni penyakit dalaman la . macam kita ada 2 atau lebih identiti .

yang bahayanya penyakit ni , kita tak tahu sama ada identiti kita tu baik or jahat . mesti satu identiti je baik kan ? tu yang jadi kat sam ni aku rasa . aku ade search kat wikipedia jugak pasal penyakit ni . baca la sikit2 kan . mana tahu terjumpa ke orang macam ni . seram pulak kalau fikir balik .

tapi aku rasa penyakit ni takde pangakhiran kecuali kita mati . sebabnya ni macam identiti kita . contohnye aku ni boleh switch identiti aku dari baik ke jahat . haaa . tapi penyakit ni puncanya trauma yang sangat ekstrem . insyaallah aku takde la trauma gitu sekali kan .

nasihatnye , banyak2 kan lah doa moga kita terlindung dari segala benda tak baik ni . tuhan kan maha mendengar . one more , kalau rasa ada simptom2 penyakit ni cepat2 la pergi rurjuk hospital berdekatan *macam iklan pulak :)

itu sahaja untuk entri kali ni . btw, cerita ni quite good. tapi lagi best tengok kat wayang aku rasa sebab baru feel takut sket kann :D kalau nak tengok try klik sini

# entri yang sama juga di post kat blog lagi satu :)


sincerely from nadya :)