Showing posts with label wordless wednesday :). Show all posts
Showing posts with label wordless wednesday :). Show all posts

Tuesday, 25 February 2014

our sunday :)

morningggg :) hahhh, mana janji-janji kau nadiah? kau kata nak update selalu? dahh diam..syuhhhh hahahaha. maaflah, aku ada hari yang aku malas bawak laptop bila dah bawak laptop tu aku pegi layan running man lah cerita itu lah jadi ada je perkara yang membantutkan aku untuk update blog. ok tak alasan aku? ok la tu kann, kali ni aku nak menempek beberapa gambar. yelah, natang ni bukan ada sape baca lagipun natang ni kan aku punya online diary. nanti lepas ni setiap kali update aku nak buat 'dear diary' jugak lah mcm ada sorg blogger tu. hahaha #pentiruuu.

sebenarnya weekend lepas, aku memenatkan diri. sabtu ahad bantai keluar. sabtu pegi sekolah adik ahad pulak pegi meeting dengan pakwe *meeting sangat kann -_- disebabkan sekolah adik tu panas gila mcm padang pasir, jadi aku tak berapa ada mood nak selfie, fon pun main campak-campak je. ahad pulak keluar selfie ada la dua tiga gambar je *boleh percaya ke dua tiga je? boleh la nak tempek sikit2..

kau tahu bila dua manusia ni jarang jumpa, kitorang malas nak tawaf 1000 kali aeon yang besar dia tak seberapa tu. aku pun boleh jalan tutup mata je. dah hafal sangat semua kedai kat dalam tu. ingat nak lepak foodcourt tetiba rasa mcm bising sangat je macam tak best je..maka berangkatlah ke chatime. beli dua chatime pastu duduk sembang macam-macam. 

*sebenarnya aku still hairan sama ada camera fon aku ni memang baik dengan tuan dia or saje nak kasi aku bunga-bunga sebab dalam gambar sikit pun tak nampak jerawat. cuba kau tengok aku depan2, pengsannnn. sebab tu pakwe asyik tak puas hati je. kahkahkah

*yang ni lagi sorang. takleh langsung nak buat mcm aku tengah candid. tahu je orang nak amek gambar terus senyum. kene marah dengan aku jangan senyum baru boleh amek gambar serius sikit. hahahahaha

*aku tahu, jangan pertikaikan kenapa semua gambar aku ngn MZH mesti macam ni. sebab aku tak tahu cara lain yg sesuai nak selfishh dahh kbaiii..

disebabkan aku orang perak yang tak berapa nak perak sangat, aku tak pernah pergi tempat2 menarik dalam perak ni especially ipoh. jadi, aku tahu date terakhir sebelum pakwe masum sem baru ni akan jadi sangat hambar kalau kitorang duduk dalam aeon je, bawak-bawaklah keluar sikit pegi hirup udara. so, kali ni pegi Gunung Lang. sebenarnya aku nak amek gambar buat bukti dah pegi sana, tapi natang tulisan tu tertutup dengan pokok2 atas gunung nun, lain kali jelah ye *nampak sangat suruh pegi lagi.  

#luahan hati : pakwe dah pindah rumah. jauh sangat dari rumah aku. lepastu dia dah nak balik UiTM, aku still lagi kat ipoh. ada lagi 3 bulan untuk intern. hmmm K T_T

sincerely from nadya :)

Tuesday, 9 July 2013

bulan ramadhan



ramadhan datang lagi dengan membawa seribu satu keberkatan kepada umat islam di serata dunia. alhamdulillah, ramadhan kali ini masih bernyawa. masih diberi kesempatan untuk menyambutnya. masih diberi kekuatan bagi mengerjakan ibadah puasa dan selainnya. InsyaAllah.

semua mesti tahu pasal bulan ramadhan bersamaan seribu bulan dan bermaaf-maafan bukan hanya dilakukan pada 1 syawal tetapi juga perlu dalam bulan ramadhan. ingin saya kongsikan disini bukti bahawa perlunya bermaaf-maafan sebelum mulanya ramadhan.

Ketika Rasul akan naik ke mimbar pada hari jumaat, malaikat Jibril dtg & berdoa: "Ya Allah, abaikan saja puasa umat Muhammad SAW apabila":1. sebelum memasuki ramadhan tidak terlebih dahulu mohon maaf kepada ayah ibunya.2. tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami & isteri.3. tidak bermaafan terlebih dahulu dengan sanak saudara & orang2 sekitarnya.Maka Rasulullah S.A.W pun mengaminkannya

baca ayat kat atas tu je dah buat aku gerun. ya, aku banyak buat salah dengan orang lain. banyak sangat. dan aku harap sesiapa yang baca entry kali ni dapat maafkan semua kesilapan aku. semoga ramadhan kali ni membawa seribu satu makna yang mendalam buat kita. mungkin ada yang pertama kali berjauhan dengan keluarga, berseorangan atau lain-lain. tak mengapa, Allah sentiasa berada di sisi hamba-hambanya :) dan aku harap, ini bukan ramadhan terakhir untuk aku. InsyaAllah.


akhir sekali, selamat berpuasa :)
sincerely from nadya :)

Tuesday, 25 June 2013

until when?

speechless. itu perkara yang aku termampu buat bila baca mesej tu.

its just about friends. dalam dunia ni semua orang nak ada kawan yang memahami, semua nak ada kawan yang selalu bagi inspirasi untuk buat semua perkara, kawan yang boleh nasihat kita, tunjukkan kita perkara yang betul dan betulkan kita dalam perkara yang salah. semua orang nak ada kawan macam tu. kawan yang kita boleh share every single thing yang masuk dalam kepala. termasuk aku. dan aku lebih pentingkan keselesaan bila berkawan. yelah, kalau tak selesa berkawan dengan seseorang tu, susah kita nak jadi diri sendiri. be yourself la kann. itu cara aku. mungkin setiap orang ada pendangan tersendiri.

dan dalam perkara yang satu ni, mungkin aku bertindak kejam sebab membiarkan perkara itu diselesaikan sendiri tanpa aku masuk campur. sebab aku tahu, bila once aku masuk campur..the things will be more complicated. jadi aku biarkan semua tu diselesaikan oleh orang yang berkenaan, and me act like nothing happen. tapi dalam hati siapa tahu? tak siapa tahu aku sentiasa risaukan perkara tu. kau tak tahu dan dia pun tak tahu. atas sebab itu, sedikit sebanyak aku mula jaga perbuatan aku supaya takde siapa akan berkecil hati. aku tak ungkit apa-apa perkara kat dia dan tak show apa-apa perkara dekat kau. tapi aku manusia biasa yang tak lepas dari buat kesalahan. dalam tak sedar, mungkin masih ada perkara yang buat kau berkecil hati.

semua ni sebab aku ke? aku yang kacau persahabatan korang sampai terputus macam ni? kalau betul salah ni datang dari aku, why not kau cuba bagitahu aku semuanya. explain dan kita sendiri cari jalan penyelesaian. because of aku tak pernah dapat apa-apa explanation dan cuma aku je yang mencari apa salah aku, maka aku anggap perkara ni takde kene mengena dengan aku. dan kau diamkan perkara ni dari aku padahal dalam hati kemarahan meluap-luap.

dan sekarang, beban ni jatuh pada pihak berkenaan. dan untuk tak keruhkan keadaan, aku diam. lama aku ambil masa diamkan semula perkara ni. nak cakap macam-macam, tapi aku tahankan sebab fikir, masing-masing busy dengan pelajaran. aku dengan final exam aku dan dia dengan upcoming final exam dia.

and now, aku dah tak tahu nak buat apa. terdiam.

sincerely from nadya :)

Wednesday, 29 May 2013

air mata



seingat aku kali terakhir aku menangis bila aku dan adik beradik aku hantar mak ngn ayah kat aiport haritu . masa tu sebak die jangan cite , aku sampai dalam kereta otw nak balik k.l rasa sedih lagi . dan sebelum tu, aku tak tahu berapa lama air mata ni tak jatuh . dan hari ni, ia jatuh semula . cukuplah rasanya kot . ambil syarat supaya hati aku tenang dan tidur pun lena .

ohh, pernah baca tak fakta pasal menangis tu ? kejap ea..kite tolong gugel kan ye . okay, ni dia


lagi satu, yang aku baca tu, dia cakap menangis ni bagus sebab ia menyebabkan kita penat dan lena tidur . tak pasti berkesan kat semua orang atau tak . tapi yang pastinya ia berkesan kat aku . cuma, lately ni aku jarang menangis . bukan tak stress , tapi rasa nak menangis tu takde . bahaya jugak tu sebab menangis kan satu proses keinsafan . tapi bukan la bermakna tak menangis tu tak insaf kann . jangan salah faham pulak yang tu . manusia ni bukan betul sangat . lain orang cakap , lain pulak yang difikirnya . 

sincerely from nadya :)

Wednesday, 22 May 2013

hack

dalam keadaan sekarang , ni bukan cerita lawak yang boleh dibuat gelak . bagi tahu kat aku ni sape punya keje cepat .



sincerely from nadya :)

Tuesday, 21 May 2013

#tweetseram #ceritaseram #pengalaman #3

nak kata ni sambungan ke tak aku pun tak tahu . tapi kali ni aku tak break page sebab malas dah . sebab entry ni aku cuma nak bagitahu macam mana rya describe 'sesuatu' tu . aku layan kan je budak ni nak tweet pun . bukan nak kasi takut diri sendiri mahupun orang lain . bukan jugak nak naikkan viewer blog , tapi nak kasi gambaran kat bebudak ukm dan orang luar supaya tak takut dan jangan berani sangat . selain dari tu, boleh la buat pedoman diri sendiri supaya jangan berembun sangat . hahaha :)

kalau nak sambung baca boleh , tak sambung dah pun boleh .
  • Kalau nak siket gambaran tentang makhluk yg saya nampak tu saye boleh gambarkan laa sedikit
  • Die tak tinggi sangat, jubah hitam panjang, rambut panjang serabut, mata terang, muka tua dan sangat buruk, samar" laa saya nampak muka tu
  • Dia pandang lama-lama dengan pandangan tajam, lepas tu pergi dengan gerak macam orang berlari, tapi sebetulnye die berjalan jerr
  • Dan sejauh ni lah, saya hanya nampak die kat tempat gelap jerr, walaupun die arah bawah lampu yg terang, tapi tetap je kita tak nampak die
  • Tau muka dukun-dukun tua tu ? Lebih kurang macam tu lah
*tetiba aku terbayang muka azlee senario dalam cerita nongkrong tu . kalau tak tahu , boleh google lepas ni*
  • Lupa nak cakap, memang pun sebelum die datang tu ade pakcik guard yg datang ke saya
  • Die suruh saye balek atau pergi lah dari situ, tapi saye tengah sedap sangat kat situ
  • Lepas tu die cakap lah kalau ternampak apa pun nanti biarkan jerr, jangan dilayan, awalnya saya ingat dia main-main
  • Rupanya makhluk tu benar-benar ada dan sebelumnya saya juga sudah pernah jumpa makhluk tu
sampai situ jelah . aku malas nak sambung dah kali ni . rya pun dah penat menaip . jangan kata rya , aku pun penat jugak . rya pun nampaknya dah tidur time aku publish entry ke-3 ni sebab aku tak nampak dia tweet pape dah lepas dia wish goodnight . jadi , aku pun nak wish goodnight dan beredar untuk tidur :D
sincerely from nadya :)

#tweetseram #ceritaseram #pengalaman #2

maaflah. buat entri sambungan pulak . kesnya sebab tengok panjang sangat post tu wlaaupun dah break page . kekemasan blog mestilah perlu dijaga jugak kan ? *amboi, perangai..hahaha* . mohon semua ambil nafas dulu sebelum aku sambung cerita . selamat membaca :)

sambungan dari entri sebelumnya . 
  • Agak lama juga dia pandang saya macam tu, saya pun sebab soalan saya tak terjawab saya sibuk maen BB jerr hehe
  • Tapi meskipun saya nampak focus dengan BB, saye menengok something kat sekeliling saya, kira-kira kalau terjadi sesuatu ade lah jugak kan
  • Ketika saya memandang ke mata makhluk tu untuk yg kedua kalinya dia masih disitu dan tetap melihat saya seperti itu
  • Disebabkan saya geram, saya pandang dia macam mane dia pandang saya, tapi tetap je die tak peduli
  • Saya dah tak tau nak buat apa masa tu, saya berusaha setenang mungkin dan tidak terlihat panic
  • Saya tunduk berpura-pura maen BB balek, dengan ujung mata saya mengarah ke kaki dia ... Dan disitu lah baru saya agak takut

sincerely from nadya :)

#tweetseram #ceritaseram #pengalaman #1

okay, entry kali ni bunyi mungkin pelik sikit . aku ambik masa untuk publish entry ni sebab nak dapat full story bukan senang dan first aku baca pun aku jadi seram . dan-dan pandang roomate tengok dia dah tidur ke belum *setiap 5 minit toleh belakang* . ni bukan pengalaman aku , tapi one of budak KTR (kelab teater rimba) . aku tak tahu nak represent macam mana tweet dia . jadi , aku gunakan bullet . sesuai ke tak eh? takpe lah. asalkan orang faham

starting from this.
  • Okay tengah duduk sorang ni tetibe ade orang (tak tau laa orang ke tak) datang pakai baju hitam mendekat
  • Sepertinya dia datang memang hanya untuk bertanya, tapi kenapa dia memandangku dengan pandangan yg aneh ? Dah laa tak de orang kat sini
  • Apapun yg terjadi malam ni, saya hanya memberi peringatan kepada diri saya sendiri untuk tidak berpakaian hitam malam-malam -_-"
  • Berjalan kaki sorang dari Rahim Kajai ke KDO dengan lampu jalan yg mati pun okay lagi, asal jangan duduk kat depan panggung seni lama-lama
  • Kalau saya ceritakan hal yg terjadi di panggung seni tadi ke orang lain kira-kira orang lain takut tak haha
time ni aku dah start pelik dah tweet dia . pastu dia sambung ...


sincerely from nadya :)

Wednesday, 8 May 2013

satu perasaan lain

kampung . setiap kali aku teringat pasal kampung , mesti air mata aku jatuh . dan hari ni , aku teringat pasal arwah opah . lebih kurang 4 bulan dah opah tinggalkan kami semua . aku terkilan , sampai sekarang . aku terkilan sebab aku takde peluang untuk lihat wajah opah yang terakhir . cuma melihat pusaranya selepas beberapa hari dikebumikan .

tadi aku terlihat facebook mak . status yang ditulis beberapa hari selepas pemergian opah
Pergi sudah org yg amat ku sygi, tempat bermanja, mengadu susah dan senang. Tak sangka begitu cepat dia pergi meninggalkan kami. Belum puas kami balas jasanya. Mak, semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yg beriman. Kami kehilangan mu

tak semena-mena air mata aku mengalir . ya, selepas kehilangan opah, aku takut jika kehilangan mak dan ayah . aku tahu semua tu kerja ALLAH , tapi aku xmampu menidakkan perasaan takut itu.

beberapa hari lagi mak dan ayah akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah . semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang . aku tak sanggup kehilangan mereka lagi .


sincerely from nadya :)

Wednesday, 13 March 2013

pertandingan foto popular tg2km

salam sejahtera *entah sejak bila aku bagi salam dekat permulaan post ntahh.. nampak tak tittle entry kali ni ? aku masuk pertandingan ? betul ke ni ? betul ke ? nadya , sila sedarkan diri cepat . ya ! for the first time aku nak join benda macam ni kat UKM . lagi2 melibatkan facebook yang aku tahu sgt susah nak dpt likers *kalau aku la :(  selalu tu tengok orang lain je . ni baru teringin nak join .

gambar yang aku hantar takde la bagus mana pun sebab aku sendiri tak puas hati ngn gambar ni . tangkap kelam kabut memang lahh kan . gambar ni aku tangkap sem lepas masa aku amek subjek PB ( pilihan bebas ) Fotografi . kitorang kene hantar 10 gambar jenis kabur depan dan kabur belakang . satu hari tu , nak dekat deadline dah aku ajak iema pusing ukm bawak camera . tapi nye perjalanan kitorang hanyalah dari kuo/kiy sampai ke air terjun ni *yang dekat dengan bulatan depan FPI tu . kalau korang tak tahu , sumpah korang bukan budak ukm ! haha :D


*gambar ni kabur effect dari teknik pengaburan yang aku guna . aku nak kabur depan je tapi dengan belakang sekali kabur . hahaha :) kalau nak like sekali pun boleh jugak . tekan je kat gambar atas tu . hehe :D
sincerely from nadya :)

Wednesday, 6 March 2013

all in one ;)

BWB ( Beauty With Brain )


*caption : iema, ainil dan saya :)

*caption : damia :)

Karnival WOW,Putrajaya 

*caption : giant bubble :D


*caption : KLpop yang disangka KPop >.<

*caption : 5 of us ( elfie, iema, saya, ainil dan din )

*caption : ehh, mana saya?

*caption : reaksi din paling lawak 

*caption : thanks abg bomba :)

wedding Izwa :)

*caption : door gift, pelamin and pengantin :)

*caption : me, izwa dan adib :)

#happy :D
sincerely from nadya :)

Tuesday, 5 February 2013

tamak

susah betul aku nak terima semuanya . mungkin aku jenis keras kepala sebab susah nak cerna nasihat orang lain . lagi suka buat hal sendiri dari ikut apa orang cakap . tinggal 10 hari lagi sebelum aku mulakan semula kehidupan tamak aku tu . aku sentiasa berfikir yang semua orang perlukan aku dan aku perlukan semua orang . sebab tu aku sedaya upaya spent masa dengan semua orang walaupun sekejap . cukup untuk aku lihat diorang dan diorang lihat aku . walaupun hanya cakap HI ! . cukup untuk aku rasa sekurang-kurangnya aku dah lihat korang dalam 1 hari .

keadaan dia sama je macam aku terasa dengan family aku masa diorang pegi cameron highland baru-baru ni tak bawak aku . sebenarnya aku takdelah nak pegi sangat pun . aku cuma nak ada dengan diorang je . itulah yang aku rasa dengan korang . aku takde pun nak pegi memana sangat , tapi aku cuma nak ada dengan semua orang . kalau lah aku mampu satukan dengan semua orang , mesti tak jadi mcm ni .

aku tak boleh lupa kata-kata sir . pasal diorang dan adib . " sama ada kitorang akan tarik kau dari adib atau adib akan tarik kau dari kitorang . masing2 rebutkan kau sekarang " . bila sir cakap macam tu , aku menidakkan kata-kata dia . sebab aku taknak semua tu jadi . aku taknak hilang sape pun . aku TAMAK ! memang aku tamak .

memang masa sir cakap macam tu aku gelak . riak muka macam terharu bagai . tapi hati sape tahu ? aku selalu tak tentu arah dengan keputusan aku sendiri . sikit sebanyak aku menyesal . tapi , korang kene tahu yang aku rasa bersalah . bukan aku tak cuba . aku cuba . tapi aku tahu korang tak nampak ape yg aku cuba buat . aku cuba buat yang korang tak perlu rasa sedih tanpa aku . walaupun hati aku merana . itu semua letak tepi dulu . itu antara aku dengan hati aku .
sincerely from nadya :)

Wednesday, 30 May 2012

wordless wednesday :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) tak tahu mana nak mula . sepatutnya post ini di post lebih awal , tetapi akibat masalah teknikal , maka ianya menjadi wordless thursday :) apa yang saya nak ceritakan hari ni ialah moment-moment terindah bersama kawan-kawan terapat saya dalam kelas set 5 ni . sepanjang semester 1 saya tak banyak kawan . just mana-mana yang satu kelas . keluar kelas , bawak haluan masing2 . bila terjumpa setakat say hi je . so , layan gambar ye :)

* my ex-ro0mate vs my twins . kat mana die ada , maybe saya ada situ . hahahha :)

* kawan lelaki yang gila-gila :) terbaikk laa korg :)

* 4 org kawan cilik :) comel sangat kalau jalan ngn diorg :)

* yang penting . diorg tak boleh lawan lecturer terbaikkk ni . hahahha :)

# mana-mana yang gambarnye tak dipaparkan kat sini , jangan terasa pulak , bukan bermakna saya takde moment terindah . cuma mereka ni berada pada tangga teratas laa :) hahhaha 


sincerely from nadya :)

Wednesday, 18 April 2012

wordless wednesday :)

assalamualaikum and greetings to all readers . thanks for being here and continue reading this post . today wordless wednesday is about be yourself :) this not only for me , but for all of you too . 


let me share to you 10 tips on how to be yourself .
  1. find yourself and define yourself in your terms.
  2. avoid fixating on the past and not letting yourself grow.
  3. stop caring about how people perceive you.
  4. be honest and open.
  5. relax.
  6. treat yourself as you treat your bestfriend.
  7. develop and express your individuality.
  8. stop comparing yourself to others.
  9. follow your own style.
  10. accept that some days you're the pigeon and some days you are the statue.
i'll tried to be myself . i don't really care how your personality as long as you be yourself .  human are the greatest creation , don't waste it :)


don't be sad if you are the red among the green . appriciate it . it means you are too special :)

sincerely from nadya :)