Tuesday, 9 July 2013

bulan ramadhan



ramadhan datang lagi dengan membawa seribu satu keberkatan kepada umat islam di serata dunia. alhamdulillah, ramadhan kali ini masih bernyawa. masih diberi kesempatan untuk menyambutnya. masih diberi kekuatan bagi mengerjakan ibadah puasa dan selainnya. InsyaAllah.

semua mesti tahu pasal bulan ramadhan bersamaan seribu bulan dan bermaaf-maafan bukan hanya dilakukan pada 1 syawal tetapi juga perlu dalam bulan ramadhan. ingin saya kongsikan disini bukti bahawa perlunya bermaaf-maafan sebelum mulanya ramadhan.

Ketika Rasul akan naik ke mimbar pada hari jumaat, malaikat Jibril dtg & berdoa: "Ya Allah, abaikan saja puasa umat Muhammad SAW apabila":1. sebelum memasuki ramadhan tidak terlebih dahulu mohon maaf kepada ayah ibunya.2. tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami & isteri.3. tidak bermaafan terlebih dahulu dengan sanak saudara & orang2 sekitarnya.Maka Rasulullah S.A.W pun mengaminkannya

baca ayat kat atas tu je dah buat aku gerun. ya, aku banyak buat salah dengan orang lain. banyak sangat. dan aku harap sesiapa yang baca entry kali ni dapat maafkan semua kesilapan aku. semoga ramadhan kali ni membawa seribu satu makna yang mendalam buat kita. mungkin ada yang pertama kali berjauhan dengan keluarga, berseorangan atau lain-lain. tak mengapa, Allah sentiasa berada di sisi hamba-hambanya :) dan aku harap, ini bukan ramadhan terakhir untuk aku. InsyaAllah.


akhir sekali, selamat berpuasa :)
sincerely from nadya :)

No comments:

Post a Comment