Showing posts with label no labels :). Show all posts
Showing posts with label no labels :). Show all posts

Friday, 21 March 2014

nuffnang!


petang! kau orang mesti dah tahu bila aku sebut pasal nuffnang kan? Nuffnang ni established comunity yang jalankan perniagaan melalui advertising. Mostly blogger or anyone akan prefer nuffnang sebab aku rasa mudah. Mudah nak sign-up dan mudah nak advertised iklan diorang. 

Cuma aku ni manusia yang lembap dan pemalas, lepas almost 5 years jump into blogging area still tak sign-up nuffnang until today. nampak tak perangai tu? ok, sebenarnya aku bukan malas, aku tak sign-up benda ni pasal aku fikir i'm not into blogging mood 24/7. aku cuma update bila aku free dan mostly aku ada something special to share. itu aku. sebab tu aku rasa aku sangat tak layak nak buat advertising punya section kat blog. And most of my entire life is going same day by day. bangun tidur -> makan -> mandi -> bla bla bla -> tidur. thats all! kau rasa tak menyampah ke baca blog aku kalau hari2 aku update 'morning, saya dah makan' 'malam, saya nak tidur' blerghhhh aku rasa aku bukan macam tu. sebab aku boleh muntah baca entri sendiri *boleh pakai tak alasan aku? 

berbalik kepada nuffnang ni, entah kenapa tetiba harini tangan aku ringan nak sign-up nuffnang ni. maybe dah sampai masa. masa aku jadi full time blogger? mungkin. *ahhh sudah lah kau nadya, harini kau cakap macam tu, esok kau dah malas nak update. *syuhhhhh diamlah! #cakapdenganhatisendiri

sekarang ni, dah ada nuffnang, jaga-jaga, aku mula nak semakkan korang punya timeline. aku mula nak pegi melawat blogger-blogger comel ni. sape rasa dia comel, nak aku review blog dia, angkat jari, taip kat ruangan comment korang punya URL. takde aral melintang, selagi aku hidup, insyaAllah aku review semula. 

sincerely from nadya :)

Friday, 9 August 2013

happy eid fitri.

SELAMAT HARI RAYA. 
dengan setulus hati, saya NURUL NADIAH ISAHAK ingin meminta ampun dan maaf dari pembaca sekalian atas keterlanjuran kata, kesilapan tutur kata, dan kesalahan budi bicara. semoga dihari raya yang mulia ini kita semua dapat saling bermaaf-maafan sesama kita. 

semoga keindahan syawal ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik selepas melalui bulan ramadan selama sebulan. insyaAllah :') 


Nak kasi lemang tak sampai, mampu tayang gambar je. Semoga bergembira semua ;)




sincerely from nadya :)

Wednesday, 8 May 2013

pesanan .



pesanan untuk kau dan kau .

sincerely from nadya :)

Friday, 3 May 2013

terseksa

hai :) korang semua apa khabar ? harap baik-baik je . jangan jadi mcm aku pulak . haaa . kenapa dgn aku ? al kesahnye begini , minggu lepas kan aku balik UM *rumah kakak aku* (kalau sesape tak tahu) sampai je UKM petang ahad tu tengok2 takde air , tengah2 malam tu jugak aku kemas barang terus lari naik KIY sebab nak basuh baju , alang2 stay bilik iema terus . 

esoknye tu aku pegi basuh kain , jalan nak basuh kain tu lah TERjatuh tangga . jadilah kaki aku berdarah . kalau sebelah boleh tahan lagi , ni tak . dua-dua belah ! niceee :'( masa tu ok lagi lah . muka pun boleh control sikit2 . selasa ialah hari yang sgt pack . siang ada presentation dan malam ada dinner kolej . 

tengah2 dinner tu tetiba minah dua orang ni *ainil n iema* boleh pulak call ajak pegi tgk midnight cerita iron man 3 . bila aku tanya kat mana , diorang jawab dengan selambernye MID VALLEY . amboi . sakan nak drive pegi mid memalam buta kan ? sebab memikirkan aku tak rehat dari siang + lepas tu nak naik broga , makanya aku menghentikan niat nak pegi tengok midnight tu . baik duduk bilik , TIDO ! haha :)

pagi tu dalam pukul 5 something kitorang gerak ke bukit broga . and guess what ? we meet anding and ryzal :D hikhikhik . start naik bukit ni lah kaki aku mula bengkak ni campur dengan luka tadi kan . lagi bertambah naissss . 

tadi otw nak balik UM lagi , naik bas rengit . driver die bawak mcm roller coaster sampai ade sorang ni terpijak kaki aku dengan kasut heels dia . oh my.... kaki baru nak baik kottt . hmm :( dah jd mcm ni , tahun bila nak sembuh nya?

sincerely from nadya :)

Tuesday, 23 April 2013

3 hari 2 malam bersama mereka :)

#dahikmah #gopeng #anak-anakyatim #KGV

awal-awal post dah buat orang menyampah sebab letak hashtag kat entry blog . okay, abaikan part tu . kita staright to the point untuk benda yang sangat-sangat nak diceritakan ni .

** formal sikit **

bermula pada 19 - 21 april yang lepas , telah berlangsungnya program Karnival Gempak Variasi (KGV) Kolej Ungku Omar . sempena program tahunan ini , sekratariat kerohanian KUO telah mengadakan satu program serentak iaitu Kembara Perkukuh Jalinan 2013 yang menjemput anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim/miskin Darul Hikmah (Dahikmah), Gopeng.

seramai 47 anak-anak yatim hadir bersama 2 orang ustaz mereka bersama-sama memeriahkan lagi program KGV ini . mereka ditempatkan di blok2 asrama di kolej ungku omar . banyak program yang dijalankan bersama mereka tak lain tak bukan untuk memberi mereka satu suasana baru dan mengembirakan anak-anak yatim ini .

turut bersama-sama menjayakan program ini ialah ketua program dan fasi-fasi dari sekratariat kerohanian sendiri dan dari sekretariat lain . beberapa orang fasi juga datang dari kolej lain bersama-sama membantu dalam menguruskan keadaan anak-anak yatim ini sepanjang mereka berada di UKM .

** tak formal **

fuhh fuhh . dah mcm buat teks ucapan ape benda tah part formal kat atas tu . nak cerita yang aku adalah one of fasi yang terlibat . anak-anak yatim dibahagi kepada 5 kumpulan . disebabkan aku ni bidan terjun , makanya aku masuk lah group 5 . jadi , cerita selepas ni banyak nye berkisar pasal group aku jelah . hikhikhik :D

group aku ni ada 10 org anak2 yatim . paling tua form 4 dan paling kecil baru 6 tahun .

*budak group 5*

*tempat lawatan sepanjang hari ahad*
*me, k.farhah, k.mimi, k.dayah dan a.alif*

*me with illyna :) *

*bersama fasi sementara tunggu bebudak main kat stadium ukm*

*the one who giving them cupcake :) *

*persembahan dari anak-anak dahikmah*



*last picture*

nak cerita semua pun tak larat kan ? kalau tengok gambar tu harap nye faham la :) itu saja untuk entri kali ini :D

sincerely from nadya :)

Sunday, 14 April 2013

menangis

*menangis*

*menangis*

*menangis*

kenapa ? bacalah entri ainil yg ni -> tittle? 

sincerely from nadya :)

Thursday, 11 April 2013

ditahan encik polis ?

tadi aku pegi keluar bertiga . mak, ayah n aku . cadangnye nak pegi beli kain kat jakel nak buat seluar . jarak antara jakel ni dengan rumah aku ade la dalam 15-20 minit . then , perjalanan diteruskan macam biasa . sampai la kat satu tempat lebih kurang 500 meter dari jakel , tetiba nampak pakcik polis!

masa ni memasing tak pakai seat belt . ingatkan plan menjadi bila pakai lelaju , last2 kene tahan jugak . tapi lupa yg keluar naik viva dan viva takde pelekat tmpat keje ayah . kalau exora ade la pelekat tu . then polis ni pun tahan kitorg

polis : encik, mintak ic dan lesen
ayah : baik encik
polis : jgn risau, tak pakai seat belt je pun . keje mana cik ?
ayah : FRU
polis : anggota ?
ayah : ya.

ayah pun keluarkan ic polis dan encik polis tu tak buat pape pun . hahaha . nampak takkk? nampak takk? haha :D okay, tolong jangan dengki dengan kekuasaan ni sebab bukan ayah tak penah kene saman . penah je kene before ni . huhu
sincerely from nadya :)

Sunday, 7 April 2013

#midsemholiday #BL1M #kursus #lesenmotor


sukati korang nak cakap aku loser ke ape ke sebab baru nak amek lesen moto . asalkan aku bahagia dan aku menggunakan bantuan yang sedia ada . aku nak sebut 1 benda tapi confirm ade reader yang tak suka aku nak mention ni . tapi aku still nak mention . thanks kat awak yang sorang tu sebab bagitau saya pasal bantuan ni and buat saya terpaksa amek lesen . terpaksa ke ? maybe kalau saya tak tahu pasal benda ni , lambat sikit la kott amek nye :)

aku nak bergembira kat rumah . rehat rehat . tup2 dapat mesej suruh pegi kursus lesen . terus down mood .
sincerely from nadya :)

Monday, 4 February 2013

friends

macam mana nak mulakan ? aku sendiri tak tahu . sepatutnya aku tak patut berfikiran macam ni . yelahh , since aku sendiri yang buat semua keputusan dalam life aku . termasuk berkawan .

did you know how much i missed all of you ? ahh . me keep thinking the same thing . aku sedar lama-lama orang akan bosan dengan aku . yeahh , bosan dengan perangai aku ni .  kadang tu memang aku emo . orang takkan faham sebab apa aku emo . aku fikir pasal korang !

jujur aku cakap , kadang tu jasad aku ke tempat lain dan fikiran aku ke tempat lain jugak . pernah aku ceritakan probelm aku kat sorang kawan aku ni , and they keep telling me the same thing . LET IT BE . aku bukan orang yang tak fikir pasal orang lain , tahu ?

semester yang baru bakal menjelma . tapi mampu ke aku bahagikan masa untuk puaskan hati semua orang ? kadang tu hati sendiri pun tak terjaga .

hati , sila kuat sekarang dan teruskan hingga hari mendatang ya ? untuk kawan-kawan , aku doakan korang sentiasa bergembira dan lebih gembira tanpa aku di sisi :')
sincerely from nadya :)

Monday, 17 December 2012

K


sekarang berani tak nak reply "K" lagi ? haha :D
sincerely from nadya :)

Friday, 7 December 2012

semangat

" jangan sekali-kali putus harapan , besar mana pun masalah . rumit mana pun situasi..jangan risau, kita ada family kecik ni..selagi ada daya, kita sama-sama bantu.. "

mesej tu datangnya dari seseorang . seseorang yang selalu bagi kata-kata semangat . yang memahami aku walaupun tempoh perkenalan kami tak lama . yang tahu perangai aku buruk dan baik walaupun tak sepenuhnya .

air mata aku jatuh bila setiap kali mengulang baca mesej yang sama . ya , semangat aku hilang sedikit demi sedikit . bukan aku menidakkan ketentuan tuhan yang menurunkan ujian buat aku . aku sedar , ini satu cara Allah menyedarkan aku supaya tidak sentiasa terleka dengan kehidupan duniawi . aku juga tahu , kesakitan didunia akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita . terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang ini .

selepas beberapa hari terlantar kat bilik , aku sedar . aku perlu dapatkan semula semangat aku yang dulu . aku benci kehidupan aku masa sakit . aku tak suka dilihat lemah oleh orang-orang sekeliling .

entah kenapa , demam campak buat aku betul-betul lemah . lemah semangat dan fizikal . mungkin beberapa tragedi sebelum aku demam campak terlalu memberi kesan sehingga aku terbawa-bawa sampai sekarang .

terlalu banyak perkara yang terjadi kat aku hari demi hari . segalanya berlaku begitu pantas . sampai aku tak pasti aku betul-betul kuat nak hadapi semua ni atau tak . mungkin luarannya aku nampak gembira , tapi dalamannya aku sendiri tak pasti .
sincerely from nadya :)

Thursday, 6 December 2012

sakit

apa yang membezakan aku dengan orang yang sihat cuma keadaan fizikal aku dengan ubat-ubat yang aku kena telan . aku tahu tuhan dah tentukan ni masanya aku kene benda ni . ada bagus nya aku kena sekarang daripada aku kene lagi 2 minggu . masa tu mesti busy nak study untuk final exam . sepanjang beberapa hari aku demam campak ni , rasa macam diri makin malas . mungin faktor ubat yang buat aku banyak tidur . mungkin jugak faktor lain .

semenjak dua menjak ni aku ada terfikir yang aku ada  apa-apa penyakit kronik ke ?

soalan ni pernah jugak ex-bf aku tanya masa kitorang kapel dulu dan sekarang aku ditanya soalan yang sama oleh adib . setahu aku , last sekali medical check-up yang aku buat sebelum masuk ukm takde pulak doktor cakap aku ada penyakit kronik . yang pastinya aku dapat detect yang aku rasa lain macam since short sem haritu . kadang-kadang rasa susah nak bernafas , tapi tau la aku kan , aku buat tak tahu je dan anggap semua tu biasa .

bila masuk sem baru ni aku perasan yang rambut sangat banyak gugur . dah macam orang sakit lukemia pun ade . aku try jugak google pasal penyakit tu , mana lah nak tahu kan ade tanda-tanda . takde lah sedar-sedar dah masuk stage last je nanti . tapi malangnya , sikit pun aku tak jumpa . tak pasti sama ada aku perlu buat medical check-up atau tak .

time macam ni la aku terfikir , kalau la tiba-tiba aku dapat penyakit , sanggup ke bakal suami aku tu jaga aku sampai aku mati ? mungkin dia akan tinggalkan aku dan cari orang lain . mungkin jugak dia akan jaga aku . tapi, kalau dia tak sanggup nak jaga aku , baik la tinggalkan aku cepat-cepat sebelum lagi merana . bukan merana sebab sakit , tapi merana sebab terlalu sayangkan dia .
sincerely from nadya :)

Sunday, 25 November 2012

kata hati

bercakap kene tengok keadaan .
berfikir kene matang .
buat keputusan mesti fikir panjang .

jodoh tu tuhan yang tentukan ,
selagi kita berusaha ,
insyaallah tuhan akan bantu kita .

kalau awak berfikir macam budak umur 1 tahun ,
saya cuba jadi sesorang berumur 20 tahun .

kalau awak buat keputusan macam orang umur 20 tahun ,
saya akan ikutkan apa sahaja permintaan awak ,
APA SAHAJA .

saya cuma mampu berdoa dan berharap hati awak akan tetap
dan hubungan ni takkan terbiar macam tu je .



sincerely from nadya :)

Wednesday, 7 November 2012

Friday, 12 October 2012

keliru

aku tak tahu apa yang terjadi sekarang . keadaan macam dah berpecah belah . aku sendiri rasa serba salah dengan semua ni . kadang-kadang aku terimbas balik apa yang pernah aku buat sebelum ni . perkara yang sama pernah aku buat . aku tak pasti itu ego atau sebaliknya . tetapi , sejujurnya ia tentang hati aku .

ya , masa tu aku terlalu memerlukan masa bersendirian . sehingga aku memutuskan untuk tidak bersama mereka , menutup blog ini dan menjauhkan diri . 2 bulan . itu jangkamasa yang cukup lama aku terasa sendiri . tanpa teman rapat s5 yang sebelumnya tidak pernah berenggang .

cukup dengan apa yang pernah aku buat sebelum ini . aku berharap takkan ada lagi yang kedua kali . tetapi , tuhan itu maha penyayang . sekali lagi dia menguji hambanya dengan kejadian yang sama kali kedua . bersabarlah . itu sahaja yang mampu aku katakan .



sincerely from nadya :)

Wednesday, 12 September 2012

welcome back :)

selamat pagi . entri pertama dalam semester satu di tahun dua selepas menutup sebentar atas alasan yang tidak munasabah pada semester dua yang lepas . lupakan masa yang lalu, bangun selepas keadaan pulih tetapi jatuh semula akibat tidak kuat . by the way, have a nice day :)
sincerely from nadya :)

Tuesday, 26 June 2012

tabah ye :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) 
ni la padah nye online tengah-tengah malam . mula-mula elok je main-main comment pasal monyet , sekali bila refresh tengok-tengok dah jadi cam ni . makne nye dia tak kasi online letteww kann :) terus laju-laju bukak blog . baca update orang lain sume . terbaca pasal adik izni accident . semoga takde pape ye adik awak izni . 


cakap pasal accident . semalam mak saya pun accident . motor langgar kereta . motor yang langgar tu takde pape , tapi kete mak pulak yang kemek . tak pasal-pasal je masuk bengkel 2 hari kann . nasib la orang yang ada dalam kete takde pape . alhamdulillah . 



sincerely from nadya :)

Tuesday, 19 June 2012

go0d luck exam korangg :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) walaupun jauh dimata , tetapi dekat dihati . itu ungkapan yang sesuai untuk saya yang tidak berada di UKM saat ini tetapi merindui sahabat yang masih bergelut dengan peperiksaan semester 2 . esok paper organizational behavior kan ? tu kalau tak salah la . sebab saya tak ambil paper tu , so tak tahu nama sebenarnye . selalu dengar orang panggil OB je :)


nak wish go0d luck la kat semua yang ada exam esok . untuk sesiapa yang esok tu paper last , tahniah sebab berjaya habiskan exam sem 2 ni :) selamat bercuti kawan-kawan . untuk mana yang ada lagi paper tu , harap bersabar :) jangan sedih-sedih . kali ni anda , mungkin nanti , saya ? itu kita tak tahu kan . 



sincerely from nadya :)

Saturday, 16 June 2012

berhentiii ! hahha :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) sedikit cerita di tengahari ni . ni cerita lawak taww *sambil angkat papan tanda :) tadi lepas makan tengahari , mak dan ayah duduk merehatkan diri kat ruang tamu . sambil-sambil tu tengok la luar rumah .


mak : ehh , sejak bila ada papan tanda tu kat situ ?
ayah : dah lama dah 
mak : tak , sebelum ni tak ada .
ayah : ada !

** masing2 nak menegakkan pendapat masing2 **

tapi part yang lawak nye tu , sampai bukak pintu pagar keluar tengok sendiri papan tanda tu . mana tak nye lawak . pasal papan tanda berhenti pun boleh jadi satu isu . aku yang nampak situasi ni hanya mampu gelak lepas tu pegi dapur cerita kat kakak aku . lepas tu laju-laju buat entry ni :) 



sincerely from nadya :)

Friday, 15 June 2012

dugaan di hari sabtu :(

assalamualaikum dan salam sejahtera . walaupun berada dalam train ETS bernombor ET 62 silver . tetap menggagahkan diri update blog dengan cerita hott yang baru terjadi tadi . takde laa hot sangat pun . cuma hati ni je yang hot .

okay kita bermula dengan bangun pagi . tengok jam . arghh , nak tido lagi ! padahal jam dah pukul 8.30 . mana tak nya , kemas punya kemas barang semalam sampai pukul 4 something cam tu . then elok je nak tido , mata ni rasa segar je . padahal badan dah penat sangat ni . memikirkan perjalanan hari ni akan jadi perjalanan yang memenatkan , jadi paksa mata ni untuk tidur jugak . sebab mengantuk lagi , tido balik sampai pukul 9 pagi .

bangun terbabas sikit , 9.15 . *teruk betul aku ni . hahahhaa :) bangun , kutip semua barang . pegi mandi then siap untuk tunggu bas . say go0dbye kat bebudak aras , r0omate dan seangkatan dengannya . lepas tu tunggu bas dengan jaya nya . walaupun hati rasa berat je nak tinggal semua orang , tapi nak buat macam mana . dah rezeki saya untuk cuti lebih sikit kann , guna la sebaiknya dengan family :)

tak ingat pukul berapa , bas 6K / 6Z pun sampai . naik , sembang-sembang dengan kawan . cerita hott nye bermula kat stesen ktm UKM . sebab malas beratur panjang , aku memilih untuk beli tiket ke kajang guna mesin je . salah aku kat situ laa . sebab kalau siapa yang beli tiket kat kaunter , dia ada cakap yang platform 1 tu tak guna sebab  ade problem . adoi , nasib sempat kawan aku bagitau .

dah sampai kajang , dengan bergembiranye pegi kat kaunter nak beli tiket ets . sekali kakak tu cakap " maaf dik , train ets problem . train tak lalu kajang , adik kene naik kat K.L sentral . cepat lari naik ktm semula " . aku pun cam errr . tengok-tengok train dah jalan dah pun . last-last aku cakap kat akk tu , " takpe la kak , kasi tiket ke K.L sentral je " . aku pun berlalu dengan muka yang hampa . bayangkan , nak tunggu next train berapa lama pulak kann ? adoinyee .

sebelum tu call mak dulu . setel sume tunggu jela . sementara nak sampai K.L sentral tu , tak payah tanya la bape kali ktm tu berhenti tengah jalan . dalam hati aku ni sabar je . nak balik ipoh punya pasal kann . bila sampai mid valley , aku cam happy sket la , sebab dah nak sampai kan . sekali elok je dia stop kat tengah-tengah jalan . kalau korang biasa naik , dia stop kat stesen lrt bangsar . siap boleh takde air-cond dengan elektrik lagi . memang kene sabar lagi la kan ? dah la lapar . sedih gilerrr .

sampai kat K.L sentral tu , lari-lari pegi beli tiket . alhamdulillah dapat tiket on the spot . pukul 1.05 . train yang aku naik sekarang ni laa . yang sedihnye tak sempat nak beli makanan . sedih sangat . harap-harap mak masak sedap untuk anaknye yang tercinta ni nak makan .

# menunggu untuk sampai ke ipoh dengan kelaparan :(
sincerely from nadya :)