mesej tu datangnya dari seseorang . seseorang yang selalu bagi kata-kata semangat . yang memahami aku walaupun tempoh perkenalan kami tak lama . yang tahu perangai aku buruk dan baik walaupun tak sepenuhnya .
air mata aku jatuh bila setiap kali mengulang baca mesej yang sama . ya , semangat aku hilang sedikit demi sedikit . bukan aku menidakkan ketentuan tuhan yang menurunkan ujian buat aku . aku sedar , ini satu cara Allah menyedarkan aku supaya tidak sentiasa terleka dengan kehidupan duniawi . aku juga tahu , kesakitan didunia akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita . terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang ini .
selepas beberapa hari terlantar kat bilik , aku sedar . aku perlu dapatkan semula semangat aku yang dulu . aku benci kehidupan aku masa sakit . aku tak suka dilihat lemah oleh orang-orang sekeliling .
entah kenapa , demam campak buat aku betul-betul lemah . lemah semangat dan fizikal . mungkin beberapa tragedi sebelum aku demam campak terlalu memberi kesan sehingga aku terbawa-bawa sampai sekarang .
terlalu banyak perkara yang terjadi kat aku hari demi hari . segalanya berlaku begitu pantas . sampai aku tak pasti aku betul-betul kuat nak hadapi semua ni atau tak . mungkin luarannya aku nampak gembira , tapi dalamannya aku sendiri tak pasti .
nad,,jangan laa sedih2,,aku kan ada..
ReplyDeletethanks iema :')
Delete