Wednesday, 8 May 2013

satu perasaan lain

kampung . setiap kali aku teringat pasal kampung , mesti air mata aku jatuh . dan hari ni , aku teringat pasal arwah opah . lebih kurang 4 bulan dah opah tinggalkan kami semua . aku terkilan , sampai sekarang . aku terkilan sebab aku takde peluang untuk lihat wajah opah yang terakhir . cuma melihat pusaranya selepas beberapa hari dikebumikan .

tadi aku terlihat facebook mak . status yang ditulis beberapa hari selepas pemergian opah
Pergi sudah org yg amat ku sygi, tempat bermanja, mengadu susah dan senang. Tak sangka begitu cepat dia pergi meninggalkan kami. Belum puas kami balas jasanya. Mak, semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yg beriman. Kami kehilangan mu

tak semena-mena air mata aku mengalir . ya, selepas kehilangan opah, aku takut jika kehilangan mak dan ayah . aku tahu semua tu kerja ALLAH , tapi aku xmampu menidakkan perasaan takut itu.

beberapa hari lagi mak dan ayah akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah . semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang . aku tak sanggup kehilangan mereka lagi .


sincerely from nadya :)

No comments:

Post a Comment