Tuesday, 25 February 2014

our sunday :)

morningggg :) hahhh, mana janji-janji kau nadiah? kau kata nak update selalu? dahh diam..syuhhhh hahahaha. maaflah, aku ada hari yang aku malas bawak laptop bila dah bawak laptop tu aku pegi layan running man lah cerita itu lah jadi ada je perkara yang membantutkan aku untuk update blog. ok tak alasan aku? ok la tu kann, kali ni aku nak menempek beberapa gambar. yelah, natang ni bukan ada sape baca lagipun natang ni kan aku punya online diary. nanti lepas ni setiap kali update aku nak buat 'dear diary' jugak lah mcm ada sorg blogger tu. hahaha #pentiruuu.

sebenarnya weekend lepas, aku memenatkan diri. sabtu ahad bantai keluar. sabtu pegi sekolah adik ahad pulak pegi meeting dengan pakwe *meeting sangat kann -_- disebabkan sekolah adik tu panas gila mcm padang pasir, jadi aku tak berapa ada mood nak selfie, fon pun main campak-campak je. ahad pulak keluar selfie ada la dua tiga gambar je *boleh percaya ke dua tiga je? boleh la nak tempek sikit2..

kau tahu bila dua manusia ni jarang jumpa, kitorang malas nak tawaf 1000 kali aeon yang besar dia tak seberapa tu. aku pun boleh jalan tutup mata je. dah hafal sangat semua kedai kat dalam tu. ingat nak lepak foodcourt tetiba rasa mcm bising sangat je macam tak best je..maka berangkatlah ke chatime. beli dua chatime pastu duduk sembang macam-macam. 

*sebenarnya aku still hairan sama ada camera fon aku ni memang baik dengan tuan dia or saje nak kasi aku bunga-bunga sebab dalam gambar sikit pun tak nampak jerawat. cuba kau tengok aku depan2, pengsannnn. sebab tu pakwe asyik tak puas hati je. kahkahkah

*yang ni lagi sorang. takleh langsung nak buat mcm aku tengah candid. tahu je orang nak amek gambar terus senyum. kene marah dengan aku jangan senyum baru boleh amek gambar serius sikit. hahahahaha

*aku tahu, jangan pertikaikan kenapa semua gambar aku ngn MZH mesti macam ni. sebab aku tak tahu cara lain yg sesuai nak selfishh dahh kbaiii..

disebabkan aku orang perak yang tak berapa nak perak sangat, aku tak pernah pergi tempat2 menarik dalam perak ni especially ipoh. jadi, aku tahu date terakhir sebelum pakwe masum sem baru ni akan jadi sangat hambar kalau kitorang duduk dalam aeon je, bawak-bawaklah keluar sikit pegi hirup udara. so, kali ni pegi Gunung Lang. sebenarnya aku nak amek gambar buat bukti dah pegi sana, tapi natang tulisan tu tertutup dengan pokok2 atas gunung nun, lain kali jelah ye *nampak sangat suruh pegi lagi.  

#luahan hati : pakwe dah pindah rumah. jauh sangat dari rumah aku. lepastu dia dah nak balik UiTM, aku still lagi kat ipoh. ada lagi 3 bulan untuk intern. hmmm K T_T

sincerely from nadya :)

Wednesday, 19 February 2014

duit ohh duit


gemorning! *aku selalu baca perkataan ni sebagai gemokerning, mungkin sebab aku ni gemok kott. so, ape dah jadi dua tiga hari kebelakangan ni? ok ke ko? kalau tanya aku mmg aku 50-50. pasal ape? macam-macam. tapi third week of internship aku dah digembirakan oleh pakwe *digembirakan? ayat ape tu? kahkahkah. ok, sebenarnya hari isnin haritu MZH iolss datang ipoh buat seperaiss. tak surprise sangat pasal sebelum gerak tu dia dah kasi tahu nk datang. mimpi ape ntah. dapat lah spend lunch hour yang sekejap mata tu dengan dia. ok lah tu kan dari takde. 

ni haa aku nak cerita pasal duit pt ni. aku dah berminggu-minggu tunggu. sampai petang semalam takde jugak. nak kata acc aku tak aktif, aku baru withdraw duit bulan lepas. tak mungkin boleh terminate less than one month kan? entah lah. aku dah habis fikir dah. semalam k.siti dah mesej aku kata duit dah masuk pagi semalam. tapi petang tu aku cek still takde. ape ntah salah aku kat bank islam ngn PTPTN sampai jadi cenggini. 

dapat je duit pt ni aku nak setelkan segala hutang dan sewaktu dengannya. kasut aku pegi keje dah lama mintak tukar. haritu dah siap acah2 nak tercabut masa tgh lunch hour. sedih tahu. kalau masuk before ahad ni boleh la aku shopping sikit masa dating ahad ni. 



sincerely from nadya :)

Wednesday, 12 February 2014

Keinginan

Assalamualaikum, selamat petang. Yang masih bekerja, selamat bekerja. Aku walaupun tengah intern tapi kerja sangatlah takde dan hidup sangatlah bosan mengadap laptop dari 8pagi sampai 5petang. Ya, baru 2 minggu. Jadi jangan terkejut sepanjang 4 bulan internship ni aku akan update selalu blog ni. 

Sebenarnya bakat merepek kat blog ni dah makin lama makin terhakis dari diri aku. Ada lagi satu bakat, bakat fotografi pun dah terhakis jugak sebab dah pemalas nak usung camera berat kesana-sini plus aku dah gila gambar sekarang. Kekekeke >.< so, mana-mana pegi mesti nak ada gambar lepastu sume amek pakai phone. Bila sekali pegang DSLR balik terus tangan kene parkinson. 

Kali ni aku nak cerita pasal keinginan. Aku ada banyak keinginan tapi ni yang paling susah nak buat. Hijrah. Hijrah ni kalau zaman Nabi dulu perpindahan dari satu tempat ke satu tempat, tapi aku nak hijrah benda lain. Aku nak berhijrah dari segi pemakaian. Bila? Aku masih lagi tak mampu jawab pasal tu. Aku rasa aku pernah tulis entry sebelum-sebelum ni pasal ni. Malangnya, aku masih lagi ditakuk lama. *kecewa dengan diri sendiri

Allah dah datangkan rasa tu dekat aku, tapi aku still macam ni jugak. Aku selalu tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh and purdah tu, comelnye diorang. Tapi aku tak pernah suarakan pasal benda ni kat family. Sebab aku fikir, once aku nak berubah aku tahu diorang akan support habis2. Cuma haritu aku ada bagitahu en gulahati, Alhamdulillah, dia happy and support aku sehabisnya. Thanks awakkk :')

Doakan aku, aku tengah cuba nak jaga pemakaian. InsyaAllah, coming soon. The new me ;)

sincerely from nadya :)

Sunday, 9 February 2014

#wedding #classmates #PKU #SMTK #1

Hai, nak kene wish good morning lagi sekali ke? tak payah lahh kann.. Kali ni nak story pasal wedding classmates masa sekolah teknik dulu. Wedding ni berlansung sabtu lepas 8/2/14. Alang2 aku memang duduk sini, takkan lah nak lepaskan peluang pegi tengok membe kawen kan? Ni first classmates SMTK aku kawen. disebabkan kelas kitorang cuma ada 1 dan budaknya cuma ada 30, dah tu dah 4 tahun plan reunion tak jadi2. Maka, kitorang jadikan wedding ekin ni sebagai satu tempat nak reunion walaupun bape orang je datang. Meh aku tempek gambar sikit.

*ni adalah perempuan-perempuan comel yang datang ke wedding ni. ada yg bukan classmates + ada yg tak masuk gambar sekali

*kali ni selfie classmates pulakk ;)

*baru show off pengantin. 

Alhamdulillah, tahniah lah untuk pasangan Ekin dan Jaie. Semoga kekal hingga ke anak cucu, dimurahkan rezeki *background lagu maher zain - barakallah. Akhir enty kali ni, tunggu next reunion masa wedding ida pulak bulan 5 nanti. Kbaiii


sincerely from nadya :)

internship progress #3

Selamat pagi! Marilah mulakan isnin dengan senyuman yer. Nampaknya dah lama sangat aku tak merepek kat tempat ni. Fuhhhh fuhhh *buang habuk. Ok, sebenarnya aku takde point pun nak update tapi tetiba pagi ni teringat yang aku tak show off lagi tempat aku praktikal kan. Meh sini nak tunjuk sikit.


Ini lah tempat aku praktikal, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kalau orang perak diorang panggil ni SUK je. Dalam bangunan ni, semua jabatan induk untuk negeri Perak disatukan dekat sini, dan jabatan yang aku praktikal ialah UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) Perak. Tapi gambaran yang aku bagi ni, bahagian depan, realitinya, semua staff akan masuk ikut belakang. 

Aku rasa cukup kot nak show off tempat aku praktikal ni, lain kali aku update benda ape je yang kitorang kene buat masa praktikal. Untuk kawan-kawan yang tengah praktikal skali tu, selamat bekerja. Yang still bercuti, korang dah tak selamat dah sebab tinggal seminggu sebelum daftar masuk sem baru kecuali UiTM. Yang dah start sem baru, selamat belajar. Kbaiiii :D




sincerely from nadya :)