Cerita ni terjadi masa aku berada kat K.L jumaat lepas. Setakat ni aku baru cerita kat sorang member aku, sekarang aku nak cerita kat korang semua supaya korang pun tak terkena.
Jumaat lepas, petangnya aku pegi keluar makan dengan 3 orang kawan aku. Tengah duk syok makan ni tetiba ada satu nombor naik. Kalau nombor pelik-pelik call nombor celcom memang harapan aku tak angkat, tapi kali ni nombor pelik ni call nombor maxis aku. Disebabkan maxis ni memang aku guna untuk segala urusan, so aku pun angkat.
Awal-awal dia dah perkenalkan nama dia yang aku tak ingat pun *aku kan pelupa* tapi aku cuma ingat nama dia start huruf 'A' maybe Azim or whatever. Mula-mula aku ingat si Zulfadhli ni troll aku sebab aku dah biasa kene troll dengan dia, tapi fikir balik suara lain, nombor pun nombor office dan yang paling penting masa tu dia dah pegi camping. Dia ingatkan aku beberapa kali yang perbualan aku dengan dia dirakam sebagai bukti. Aku pulak masa tu tengah makan, kesah pulak aku kau nak rakam suara aku, bukan sedap pun.
Dia bagitahu dia dari Syarikat Takaful ape benda ntah *aku cuma ingat takaful je* dan dia bagitahu dia dapat maklumat aku dari CIMB. Katanya, takaful ni takde kene mengena dengan CIMB dan dia tawarkan kepada pemegang akaun CIMB beragama islam *nama pun takaful* dan sekali lagi aku diingatkan aku bahawa perbualan aku dan dia dirakam.
Kejap lagi aku dedahkan nombor dia. Nasib baik call log tak hilang bila aku tukar simkad phone dan aku masih boleh trace nombor dan waktu dia call.
Aku dengan ragu-ragu kata lahh aku ni still student tapi dia dengan bersemangat cerita yang ramai student amek jugak skim insurans ni. Dia terangkan segala benefit dari insurans ni contohnya "insurans ni cover cik kalau terjadi kes cik diragut atau samun di ATM" "insurans ni juga cover jika cik accident" and bla bla bla...
Aku pun just jawab "Ohh, yeke" "ok"..sebabnya mamat ni bercakap tanpa henti tanpa memberi aku peluang berkata "Tidak!" sebab bila aku cuba nak cakap yang aku tak minat, dia mesti cakap "Cik dengar dulu penjelasan saya, saya pun taknak ambil masa yang banyak, 2 minit je" korang tahu tak 2 minit dia tu berapa lama? setengah jam tahu? kalau perempuan tengah sarat nak beranak pun dah boleh beranak dulu dah.
Dia cuma mintak tiga maklumat je dari aku iaitu NAMA PENUH, NOMBOR IC, dan ALAMAT. Dia tak mintak nombor akaun or anything yang pelik. Tapi paling pelik bila dia tak bagitahu aku mod pembayaran insurans ni. Bila aku tanya, dia cuma cakap "kami akan hantar beberapa dokumen ke rumah cik dalam masa 1 minggu dan cik boleh terminate dalam masa 30 hari" aku pun dalam hati, nak jugak tengok kejadah ape yang dia nak hantar kat aku ni.
Lelaki tersebut habiskan call setelah 22 minit 34 saat membebel. Dalam masa 22 minit tu, aku boleh makan, bayar makanan kat kaunter dan cakap bye-bye kat kawan yang bawak aku pegi keluar masa tu. Semalam sebab tak henti-henti pegi fotosatat dokumen, aku lupa nak google maklumat pasal benda ni. Harini baru berkesempatan buat dan aku baca banyak gila penipuan pasal benda ni. Paling kene hati-hati bila dia mintak security number credit card. yang tu jangan la korang bagi. tanpa segan silu terus end call je taw. jangan jadi macam aku. tapi Alhamdulillah sebab kalau dia nak tolak duit dari CIMB aku pun aku tak kesah sebab dalam tu memang takde duit. *ahhh, mana-mana acc pun mana ada duit..hahahaha*
Tadi lepas aku google sedikit maklumat pasal ni, ada orang yang pernah terkena diorang cakap diorang call semula number yang call tu dan operator cakap "The number you have dialed is not in service". Kemudian aku call balik nombor ni dua kali dan ayat yang sama aku dapat.
PLEASE PEOPLE, BE MORE CAREFUL!
sincerely from nadya :)