6.30 am : Bangun pagi, solat dan bersiap untuk nature walk
7.15 am : Kumpul di reception untuk ambil boot Pua Chu Kang. Kenapa aku sebut boot PCK? nanti korang tengok ok.
7.30 am : Nature walk. *Aku nak nasihatkan korang kalau nak pergi, tak payah susah-susah bawak sport shoes sebab takkan guna. Buat berat beg je*
8.45 am : tiba semula di tapak khemah
9.00 am : Breakfast
9.30 am : Sukaneka *yang ni housemate aku buat sendiri. sebab rasa mcm takde benda nak buat, so buat game sikit baru happening*
10.00 am : Terjun pool! *pool dia ni simen biasa je, tapi air dia dari bukit wehh sejuk gila kalau masuk dalam ni*
11.00 am : bersiap untuk checkout
sepanjang berjalan pegi nature walk tu memang pakai boot kuning tu, mula-mula rasa xselesa n awkward. tapi dah lama-lama jalan eh..selesa pulak..hahaha
gambar dalam pool aku tak upload. biarlah jadi tatapan kitorang je. hahaha
Selepas checkout, tempat tujuan kitorang untuk makan tengah hari ialah Lemang Tok Ki! Sini bukan ada lemang je, Ayam bakar, daging bakar, nasi campur semua ada. Sedap pun sedap.
Sebab rasa mcm awal lagi nak balik, ada org suggest untuk pegi Hotspring Bentong. Kitorang pun pergi la situ tapi sekadar mencelup ibu jari kaki sebab masing-masing baru lepas mandi. Kolam dia pulak dalam dekat-dekat 4 kaki. So tengok jelah.
Okay, lastly kalau sesiapa minat camping, korang kene try pergi. Kalau xnk try pun takde masalah. Aku suggest je. Nature walk tu aku taknak komen lebih-lebih sebab nak korang rasa sendiri kalau pergi situ. Tapi serius best!
Lagi 1, kat situ takde line tau. Aku pakai maxis n celcom, Dua-dua akan 1 bar je line kalau bernasib baik dapat la internet tp E jelah. Kitorang kat sana terus tukar flight mode sebab malas nak habiskan bateri dok cari line bagai. Bateri habis sebab bergambar je >.<
Thanks for reading. <3