Sunday, 16 September 2012

trending

sebelum korang meneruskan aktiviti pembacaan , aku nak ingatkan peminat K-POP akan tak suka dengan entri ni . so , kalau agak peminat tegar k-pop tu , boleh berundur dulu sebab aku taknak korang maki hamun entri ni :p

hari ni aku perhati je twitter ni naik satu trending pelik #TranslateKpopGroupsInMalay . mula-mula aku diamkan je sebab aku tak berminat k-pop ni . tapi bila TL aku dah naik sikit2 benda ni , ape lagi aku pun terjah la tengok apa yang diorang nak kata .

sekali bukak , keluar lah benda2 ni . * aku amek mana yang menarik je . yang aku rasa biase2 je aku tak printscreen. nama dan gambar pulak aku rahsiakan :) sape yang ada twitter boleh la tengok :)





aku baca tweet diorang ni sampai gelak guling2. terpakse tutup muka dengan selimut sebab nak cover dari rumate . nanti rumate cakap aku gila pulak gelak sorang2 . kalau korang rasa tak lawak , boleh klik pangkah sekarang ><"


sincerely from nadya :)

penyakit


petang :) hari yang agak membosankan walaupun banyak kerja sebenarnye , tapi feeling macam takde je . pendekkan cerita , sebab boring + internet dah laju kann . aku pun google la movie ape tak tengok lagi . then tengok movie SAM *saya amat mencintaimu arahan syafiq yusof aka anak yusof haslam aka adik syamsul yusof yang berlakon dalam filem ni jugak . amboi, panjangnye mukaddimah .

sesiapa yang tak tengok cerita ni lagi , boleh la google nanti ye . sebenarnya nak cerita pasal penyakit yang sam ni ada , iaitu ganguan identiti disosiatif . aku tak pasti sama ada wujud atau tak orang yang berpenyakit ni kat luar sana sebab boleh dikatakan ni penyakit dalaman la . macam kita ada 2 atau lebih identiti .

yang bahayanya penyakit ni , kita tak tahu sama ada identiti kita tu baik or jahat . mesti satu identiti je baik kan ? tu yang jadi kat sam ni aku rasa . aku ade search kat wikipedia jugak pasal penyakit ni . baca la sikit2 kan . mana tahu terjumpa ke orang macam ni . seram pulak kalau fikir balik .

tapi aku rasa penyakit ni takde pangakhiran kecuali kita mati . sebabnya ni macam identiti kita . contohnye aku ni boleh switch identiti aku dari baik ke jahat . haaa . tapi penyakit ni puncanya trauma yang sangat ekstrem . insyaallah aku takde la trauma gitu sekali kan .

nasihatnye , banyak2 kan lah doa moga kita terlindung dari segala benda tak baik ni . tuhan kan maha mendengar . one more , kalau rasa ada simptom2 penyakit ni cepat2 la pergi rurjuk hospital berdekatan *macam iklan pulak :)

itu sahaja untuk entri kali ni . btw, cerita ni quite good. tapi lagi best tengok kat wayang aku rasa sebab baru feel takut sket kann :D kalau nak tengok try klik sini

# entri yang sama juga di post kat blog lagi satu :)


sincerely from nadya :)

Wednesday, 12 September 2012

karma


karma kerap menghantui . 

mungkin disebabkan aku pernah membuat seseorang kecewa 
sehingga aku rasa seperti apa yang dia rasa juga ? 
jauh mana pun aku lari , aku tetap di sini .
banyak kali mana pun aku mencuba , ia tetap tak berhasil .

mungkin aku perlu hidup bersendiri , 
sehingga karma itu pergi dengan sendiri 
kemudian aku perlu menerima apa yang terjadi dalam hidup ini .

mohon karma itu pergi dengan aman dalam hidupku , 
berhenti menggangguku dengan kesilapan masa lalu ,
meninggalkan kesan luka yang tak terhingga ,
biarkan aku hidup aman semula .

hati ,
mohon juga segera sembuh dari segala kelukaan , 
kelukaan yang baru datang menghampiri ,
semoga kuat menempuhi segalanya ,
untuk menjalani kehidupan disini .





sincerely from nadya :)

welcome back :)

selamat pagi . entri pertama dalam semester satu di tahun dua selepas menutup sebentar atas alasan yang tidak munasabah pada semester dua yang lepas . lupakan masa yang lalu, bangun selepas keadaan pulih tetapi jatuh semula akibat tidak kuat . by the way, have a nice day :)
sincerely from nadya :)

Wednesday, 11 July 2012

ini yang terakhir :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) saya open semula blog ni setelah memikirkan beberapa perkara yang perlu diberitahu . maaf . saya tahu ada yang marah bila saya closed blog . tak pasti kalau ada yang suka kan . tak kisah ape persepsi orang terhadap saya sekarang . terima je seadanya . sebelum tu , saya nak umumkan ini post terakhir untuk belog nadya isahak II ni , insyaallah . saya akan buka untuk 24 jam . dan akan tutup semula . selepas ini , account ni digunakan hanya untuk tengok update dari sir dan kawan-kawan s5 .

maaf sekali lagi saya mohon dari anda semua . jika sepanjang masa perkenalan kita , ada masanya anda tidak berpuas hati dengan sikap saya , harap dimaafkan . lagi satu , saya juga minta maaf kerana pernah memesan pada anda semua supaya jangan berhenti ber-blog , tetapi saya pula berhenti . saya fikir , saya mungkin tidak mampu untuk handle 2 blog dalam satu masa , kerana saya bukanlah pro-blogger seperti yang pernah sir azzwan sebut . kelemahan saya terlalu banyak sehingga tak dapat nak sembunyikan semuanya dari anda . maaf .

perkara seterusnya yang ingin saya beritahu , saya masih menulis di blog . ingat lagi blog saya yang pertama ? belog nadya isahak I . saya masih menulis disitu . saya mengalu-alukan kedatangan anda disitu :)

untuk anda semua , semoga bergembira selalu :) salam terakhir dari saya buat anda yang terindah :) sekian .


sincerely from nadya :)