Thursday, 11 October 2012

hyperlink mentee s2

berikut merupakan 6 link mentee set 2 aplikasi komputer yang berada dibawah jagaan saya .



make it fun in our way :)

sincerely from nadya :)

Monday, 1 October 2012

selamat datang :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) entri ini ditujukan khas kepada student aplikasi set 2 yang dikelolai oleh en. azzwan terutamanya mentee saya seramai enam orang tu . walaupun dah banyak kali tunjuk dalam kelas , tapi still nak korang tengok sendiri blog saya ni :) jangan lupa follow tau !

pertama sekali , maaf sebab saya tak bagi contact number . jangan risau , contact number anda semua saya ada :) mana saya dapat, jangan tanya sebab senang je nak dapat contact number korang . bila-bila saya nak , saya boleh mesej/call :) hahahaha .

yang kedua , email akan jadi medium pertanyaan secara rasmi . disebabkan saya akan bukak email selalu , jadi , saya prefer kalau nak tanya apa-apa terus je email saya . email anda juga saya ada :) saya faham kalau anda reply email lambat tapi kalau boleh alert dengan email anda ye :) dan setahu saya en. azzwan dah pun beri email saya pada anda .

yang ketiga , saya tak mungkin dapat bersama anda dalam kelas melainkan kelas saya yang berlansung pada waktu yang sama dibatalkan . tapi jangan risau , saya tetap mentor anda . pertanyaan di luar waktu kelas dibolehkan asalkan tak mengganggu jadual sesiapa . semasa kelas , anda boleh bertanya mana-mana mentor atau tanya en. azzwan terus :)

yang keempat , blog saya ada memuatkan sedikit tutorial tentang blog pada entri yang lepas . untuk lihat , anda boleh klik tutorial blog pada bahagian labels . ia mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda  :)

setakat ni , itu sahaja pesanan dari saya .


sincerely from nadya :)

Saturday, 22 September 2012

tema

pagi :) hari ahad yang ceria ni *ceria ke?* saya nak minta jasa baik rakan-rakan untuk sama-sama membantu saya menyenaraikan seberapa banyak tema yang akan digunakan oleh adik-adik junior kita dalam kelas aplikasi komputer .

setakat ini kami sudah mendapat beberapa tajuk tetapi masih tidak mencukupi . segala cadangan akan dipertimbangkan . harap kita sama-sama dapat membantu mereka ya? berikut adalah sebahagian tajuk yang telah kami kumpulkan :

1. pengurusan jenazah
2. solat-solat
3. doa
4. hadis
5. dosa-dosa
6. adab
7. kekeluargaan
8. ifolio
9. blogspot
10. word
11. excel
12. powerpoint
13. fakulti ekonomi dan pengurusan
14. UKM
15. access
16. automotif
17. fotografi
18. fesyen
19. makanan
20. resepi
21. poligami
22. isu semasa
23. pertanian
24. malaysia
25. haiwan
26. oh my english
27. oh my chinese
28. oh my tamil
29. sukan
30. sinematografi
31. kesihatan
32. karier
33. teknologi
34. pelancongan
35. teater / kesenian
36. perniagaan

# sebarang cadangan boleh dikemukakan dalam ruangan komen . terima kasih :)
sincerely from nadya :)

Friday, 21 September 2012

hikayat nasi lemak dan 3 orang rakan

malam :) disebabkan sir bercuti dari post kat blog die, baik aku cerita dulu sebelum aku lupa pasal cerita ni. memory aku dah la makin kurang. al-maklumlah bila umur dah nak menjangkau 20-an ni kan. hahaha :D okay, back to the story.

8.30 pagi : aku dah terpacak kat bilik sir azzwan.

9.00 pagi : 5 minit sebelum tu sir dah start kemas barang untuk bawak pergi meeting. jadi bilik tu aku yang punya sekarang ni. hahahaha *gelak jahat*

9.15 pagi : afzan dan izni datang dengan membawa 3 bungkus makanan. satu untuk izni, satu untuk afzan dan satu lagi untuk sir. makanan untuk sir ialah nasi lemak + telur mata cair. sebab ade orang tunggu bilik tu, jadi aku buat keputusan turun beli nugget jap.

9.30 pagi *rasenye* : afzan dan izni dah pegi masuk kelas balik. tinggal aku berseorangan semula dengan  nasi lemak + telur mata cair yang ada atas meja.

10.30 pagi : iema call tanya ada kat mana then dia datang bilik sir. tak lama lepas tu k.nonoy sampai dan muncul jugak izni ngn afzan.

11.00 pagi : sir still tak habis meeting. iema dah lapar. afzan, izni ngn k.nonoy nak pegi pusanika. izni offer nasi lemak + telur mata cair yang dibelikan afzan dekat iema yang tengah lapar dengan kata-kata " sir kan pegi meeting, mesti makan sedap2 kat sana " . elok je iema nak bukak nasi lemak + telur mata cair fadhil pun muncul.

*now dah tak ingat pukul berapa* sir pun balik meeting dengan perut yang lapar jugak. iema dengan bagusnya mengaku dekat sir yang dia dah makan nasi lemak + telur mata cair tu. bukan berseorangan tapi bertiga ! iema, k.nonoy ngn fadhil

ape lagi, 1 hari sir asik cakap je pasal nasi lemak + telur mata cair tu. memang kene bahan habis lah diorang kan? confirm lepas ni kalau beli makanan untuk sir mesti kunci rapat2 dalam peti besi sampai makanan tu selamat masuk dalam perut sir.

# disebabkan aku tak bersalah dalam cerita ni, aku gelak jelah kann :D


sincerely from nadya :)

Wednesday, 19 September 2012

terkena

pagi :) ini kisah semalam. kisah aku di hack oleh iema. sejujurnya rasa marah tu tak pernah timbul sebab setahu aku, aku orang pertama yang mencetuskan keadaan saling hack orang ni masa kelas aplikasi kat lab dulu. mungkin juga bukan aku pencetusnya.

semalam aku lupa tentang perjanjian " siapa tak logout, kita hack " . dengan innocent je aku keluar dari bilik sir then pergi lab untuk tanya pasal berapa lama ambil masa untuk install program . balik2 je, ni lah jadinye



# motif nak tunjuk ayat nabil dengan fadhil je. nak muntah bila aku baca banyak kali. hahaha :D
sincerely from nadya :)