Tuesday, 23 April 2013

3 hari 2 malam bersama mereka :)

#dahikmah #gopeng #anak-anakyatim #KGV

awal-awal post dah buat orang menyampah sebab letak hashtag kat entry blog . okay, abaikan part tu . kita staright to the point untuk benda yang sangat-sangat nak diceritakan ni .

** formal sikit **

bermula pada 19 - 21 april yang lepas , telah berlangsungnya program Karnival Gempak Variasi (KGV) Kolej Ungku Omar . sempena program tahunan ini , sekratariat kerohanian KUO telah mengadakan satu program serentak iaitu Kembara Perkukuh Jalinan 2013 yang menjemput anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim/miskin Darul Hikmah (Dahikmah), Gopeng.

seramai 47 anak-anak yatim hadir bersama 2 orang ustaz mereka bersama-sama memeriahkan lagi program KGV ini . mereka ditempatkan di blok2 asrama di kolej ungku omar . banyak program yang dijalankan bersama mereka tak lain tak bukan untuk memberi mereka satu suasana baru dan mengembirakan anak-anak yatim ini .

turut bersama-sama menjayakan program ini ialah ketua program dan fasi-fasi dari sekratariat kerohanian sendiri dan dari sekretariat lain . beberapa orang fasi juga datang dari kolej lain bersama-sama membantu dalam menguruskan keadaan anak-anak yatim ini sepanjang mereka berada di UKM .

** tak formal **

fuhh fuhh . dah mcm buat teks ucapan ape benda tah part formal kat atas tu . nak cerita yang aku adalah one of fasi yang terlibat . anak-anak yatim dibahagi kepada 5 kumpulan . disebabkan aku ni bidan terjun , makanya aku masuk lah group 5 . jadi , cerita selepas ni banyak nye berkisar pasal group aku jelah . hikhikhik :D

group aku ni ada 10 org anak2 yatim . paling tua form 4 dan paling kecil baru 6 tahun .

*budak group 5*

*tempat lawatan sepanjang hari ahad*
*me, k.farhah, k.mimi, k.dayah dan a.alif*

*me with illyna :) *

*bersama fasi sementara tunggu bebudak main kat stadium ukm*

*the one who giving them cupcake :) *

*persembahan dari anak-anak dahikmah*



*last picture*

nak cerita semua pun tak larat kan ? kalau tengok gambar tu harap nye faham la :) itu saja untuk entri kali ini :D

sincerely from nadya :)

Sunday, 14 April 2013

menangis

*menangis*

*menangis*

*menangis*

kenapa ? bacalah entri ainil yg ni -> tittle? 

sincerely from nadya :)

Friday, 12 April 2013

err -.-"

iema mesti bengang kalau tengok entry ni . haha . maaf aku terjumpa :)
comment benda sama 5 kali -.-"


sincerely from nadya :)

Thursday, 11 April 2013

ditahan encik polis ?

tadi aku pegi keluar bertiga . mak, ayah n aku . cadangnye nak pegi beli kain kat jakel nak buat seluar . jarak antara jakel ni dengan rumah aku ade la dalam 15-20 minit . then , perjalanan diteruskan macam biasa . sampai la kat satu tempat lebih kurang 500 meter dari jakel , tetiba nampak pakcik polis!

masa ni memasing tak pakai seat belt . ingatkan plan menjadi bila pakai lelaju , last2 kene tahan jugak . tapi lupa yg keluar naik viva dan viva takde pelekat tmpat keje ayah . kalau exora ade la pelekat tu . then polis ni pun tahan kitorg

polis : encik, mintak ic dan lesen
ayah : baik encik
polis : jgn risau, tak pakai seat belt je pun . keje mana cik ?
ayah : FRU
polis : anggota ?
ayah : ya.

ayah pun keluarkan ic polis dan encik polis tu tak buat pape pun . hahaha . nampak takkk? nampak takk? haha :D okay, tolong jangan dengki dengan kekuasaan ni sebab bukan ayah tak penah kene saman . penah je kene before ni . huhu
sincerely from nadya :)

Sunday, 7 April 2013

friends forever :D #maNia



dah janji kat twitter nak cite pasal ni kan . ohh, tak tahu ? tak follow twitter aku la tu maknenye :D haha . okay , straight to the point . what is maNia ? mania ni actually nama 5 of us .

M - mimi
A - azzwan
N - nadya
I - iema
A - ainil

okay, now dah dapat dah mania tu ape kan ? simple je cerita ni :) mana kitorang dapat idea ni ? yang tu tnye depan2 la . penat nak cerita sebiji2 kat sini .
sincerely from nadya :)