Salam.
Hai. Aku dah janji kan yang aku akan cuba cari masa nak update. So, kali ni aku nak update pasal first ever trip aku dengan roomate dan housemate. Roomate ni maksud aku rakan sebilik dan housemate bermaksud orang yang tinggal dalam rumah tapi bilik lain. Okay?
Sepanjang setahun lebih aku duduk rumah sewa ni, aku tak pernah lagi pergi travel dengan diorang since diorang pun kadang-kadang on-call. Weekend diorg pun kadang-kadang kerja. Aku pulak weekend menghilang balik UM or Ipoh. So, tak terfikir nak pergi somewhere sesama. Tapi.. tetiba one day sama ada hujung bulan 9 ke awal bulan 10
(aku tak ingat) roomate aku tanya nak follow ke tak pegi camping ni. Aku pun on je sbb aku mcm minat jugak benda-benda camni. Tapi korang jgn tanya camne nak booking sebab aku tak tahu langsung pasal benda ni. Orang lain yang uruskan dan aku cuma bayar part aku je...huhuhu
Tapi aku tahu la sikit-sikit rate dia..
Khemah 2 orang - RM288 (include breakfast dan nature walk)
kalau datang single dan ramai-ramai, aku nasihatkan untuk korang add bed dan nature walk sebab 1 khemah maksimum boleh masuk 5pax. So, tambah 3 bed dan nature walk mcm aku punya trip ni.
Kitorang ambil 3 khemah. 2 khemah ni untuk pasangan husband n wife dan kitorang yang single ni 1 khemah masuk 5 orang skali
(untuk jimat) >.< eh aku lupa bagitau rate nak tambah bed dengan nature walk kan? harga dia RM30 (RM15 utk bed dan RM15 untuk nature walk) harga bed dia dah include breakfast skali kalau tak silap aku.
Okay, sekarang baru aku nak cerita perjalanan kitorang sepanjang kat situ.
11.00 am : Bergerak dari rumah, singgah HUKM pegi ATM kejap dan pergi ambil lagi sorang lab mate housemate aku tak jauh dari rumah. Lepastu isi minyak.
11.30 am : Lunch kat Tesco (sebab malas nak berhenti dah lepasni, so makan terus)
2.00 pm : Singgah kat kedai Lemang Tok Ki (masa ni dah sampai Bentong, tapi sebab check in pukul 3, so kitorang saje buat-buat lambat sikit. Lepak dulu)
2.30 pm : bergerak ke Caravan Serai
2.45 pm : Tiba (dekat je dengan Lemang Tok Ki) orang tu terus bagi kitorang check in sebab dah clear semua. Masa ni dia akan hidangkan air halia bentong. Sape senang keluar angin tu mmg on the spot keluar je, Hahaha
Lepastu kitorang ape lagi, bergambar la..ingat senang ke nak datang tempat camni.
Tak ingat masuk khemah pukul berapa. Solat dan lepak-lepak jap tunggu asar. Pastu tengok diorang ni mandi pool.
6.30 pm : keluar cari pasar malam terdekat. Ok part ni kelakar. Kiotang tanya pekerja situ, pasar malam ada kt mana. Dia pun bagitau kat pekan bentong. Kitorang pun pegi la pekan bentong, sekali pegi rupanya tu pasar cina. cehhh. so kotang terpaksa patah balik pegi Mempaga, sbb situ baru betul pasar malam melayu.
9.30 pm : Sampai Caravan semula. Mandi, solat dan rehat. Tido.. ZzZzZz
Belanja sikit gambar Day 1
Yang last ni gambar first aku dengan roomate aku.
Kelakar gila. dah bape lama duduk takde gambar sesama.
Stay tuned untuk
day 2 punya aktiviti okeyyy ;)
sincerely from nadya :)