Perghh lama jugak aku menghilang dari sini ek..maafkan daku yerr.
Sebenarnya, aku bukan saje-saje menghilang. Tapi kan, lepas aku pindah rumah dari Prisma Perdana ke Taman Jaya, aku terus mengabaikan laptop kesayangan ni. Sebab masa pindah barang tu, aku pass kat mak surh bawak balik Ipoh terus. Plus aku kan kerja mengadap pc setiap hari. tak larat la aku balik kerja menghadap laptop lagi.
Lepastu mulalah zaman laptop aku merajuk. Aku sedar pun awal tahun haritu. Al kisahnya angah nak pinjam laptop aku letak kat rumah dia sebab dia senang nak buat kerja. Sekali tengok, laptop aku tak keluar apa-apa kat screen. aku masa tu dah macam nak nangis dah. Bila review nak repair bukan main mahal lagi. Terperap lagi laptop tu tak dibaiki.
Tetiba dua bulan lepas aku sembang dengan bos kecik aku. Sebab dia ni pandai bab-bab pc laptop semua ni. Kat office kalau jadi pape kat pc, jarang sangat la panggil PTM. Kecuali ada benda-benda dalaman pc je kitorang kene panggil. So, aku pun cakap la kat dia laptop aku tak keluar pape kat screen. aku kasi dia tak sampai seminggu pun. Plus masa tu pun sibuk sikit banyak kerja. Ade 1 hari jumaat tu, aku cuti skali dia whatsapp gambar laptop aku dah elok, Bila aku tanya, dia kata screen aku elok, just ade wire yg terputus sikit je..sambung benda tu ok dah.
The next isnin tu, aku pun belanja dia makan untuk balas jasa dia baiki laptop aku. Aku insist nak belanja air kat gloria coffee. Tapi dia mcm serba salah, then aku belanja green tea cawan besar dengan nasi ayam kunyit kat pagar je,
Maka, kembali la semula laptop kesayangan aku. Mula dari tu, kau jangan tanya. Rajin gila aku on benda alah ni. Kalau merajuk lagi tak tahu la. Tu la sebab aku mengilang. Biaselah, aku kan memang camtu. sikit-sikit hilang. Okay la, stay tuned untuk cerita seterusnya tau! Byeeee
No comments:
Post a Comment