Tuesday, 17 April 2012

nasihat untuk semua :)

assalamualaikum dan salam sejahtera . di pagi-pagi buta yang barakah ni , saya nak memberi sedikit nasihat untuk semua supaya jangan jadi macam saya . kenapa ? sebab hidup saya dah tunggang-langgang buat masa sekarang . semua sebab ber-program , tujuan nya apa ? nak kumpulkan LC . lagi-lagi isu LC yang dibangkitkan . tak kali ni saya takkan sentuh isu itu dah .

isu kali ni tentang masa . saya sebenarnya bukan seseorang yang pandai mengatur masa . dari kecil sampai umur 20 memang perangai tu tak pernah berubah walaupun saya sepatutnya ubah ia mengikut situasi , tetapi saya tak buat semua tu . mengapa ? sebab saya tak mampu . saya tak mampu nak lawan kata hati . contoh terdekat ialah belajar . bila dekat dengan peperiksaan , mesti buat jadula belajar . 10 kali saya buat jadual tu , 1 kali pun saya tak pernah ikut . nampak tak ?

sekarang , ditambah pula dengan pengurusan program , peperiksaan , assignment . memang tak menang tangan . dan akhirnya , terpaksa untuk tak tidur seperti sekarang . perasaan tu tak dapat digambarkan sebab masih ada kerja yang 'pending' . otak tak dapat berfikir dengan baik . bayangkan lah , kelas bermula jam 8 pagi diteruskan hingga ke petang dan dari petang mula sibuk membuat aktiviti jualan bagi mengumpul dana  untuk program yang akan berlangsung tak lama lagi . tamat jualan jam 12 malam campur dengan kira untung dan bincang sekadar yang perlu maka , dapat balik ke bilik jam 1.30 pagi .

bila nak siapkan assignment ? bila nak ulangkaji untuk exam ? bila nak buat laporan program ?

saya tinggalkan anda dengan tanda tanya . supaya kita sama-sama dapat berfikir tentang isu yang saya timbulkan kali ini . terima kasih :)
sincerely from nadya :)

2 comments:

  1. Nad,

    Pengurusan masa adalah satu perkara yang kadangkala sangat mudah untuk dirancang tetapi sangat rumit untuk dilaksanakan. Bukan hanya anda, sedangkan pekerja profesional yang mungkin ada pengalaman berpuluh tahun, masih mempunyai masalah dalam perkara ini.

    Bagi saya, selagi anda berpuas hati dengan apa yang anda lakukan setiap hari, itu sudah memadai. Kita manusia, bukan robot. Buat setakat termampu. Jangan lupa perkara penting. Maaf atas ceramah umum.


    a z z w a n

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam . thanks untuk ceramah umum tu en. azzwan . betul kata en. selagi kita berpuas hati dengan hasilnya itu dikira memadai . tetapi bayangkan lah , sepanjang masa sebelum kita berpuas hati tu mesti banyak kesukaran yang kita lalui kan ? 2 semester di ukm ni dah banyak tunjukkan beribu kelemahan saya yang saya tak nampak sebelum ni .

      Delete