Saturday, 12 May 2012

:) ibu bekerjaya , sentiasa di hati ♥

assalamualaikum dan salam sejahtera . sebelum kembali semula ke UKM , saya nak tulis satu entri berkenaan hari ibu . yelahh , esok iaitu 13 may kan hari ibu . jadi entri ni khas untuk ibu saya :) tema tahun ni ialah ibu bekerjaya , sentiasa di hati . sesuai betul tema tu dengan entri ni , walaupun PM khususkan tema ni kepada ibu muda dan ibu saya tak laa muda pun * dah jadi nenek dahh :) tapi saya tetap sukaa dan tuju entri ni untuk ibu saya .

tak ramai orang tahu , ibu saya seorang polis . seorang polis yang telah berkhidmat selama 30 tahun dengan PDRM . tetapi , ibu tak pernah mengabaikan anak-anaknya . buktinya , 3 orang anaknya telah berjaya mendapatkan diploma dan ijazah . tak cukup itu , salah sorang kakak saya telah lulus dengan kepujian ( dekan ) secara keseluruhan . kini , tiba giliran saya :)

disaat ibu menitiskan air mata , saya juga turut tersentuh . lebih-lebih lagi pada majlis pernikahan kedua-dua kakak saya . betapa sedihnya ibu apabila anaknya sudah menjadi hak orang lain .

seperti ibu lain , ibu saya sedaya upaya menjaga anak-anaknya . mengajarkan nilai-nilai murni supaya menjadi teladan saudara mara . memberi kesenangan yang seadanya supaya anak-anaknya tidak alpa dengan kemewahan dunia .

saya pasti , diluar sana lebih ramai yang mengagumi ibu mereka sendiri seperti saya . ibu cinta hati saya . dia ratu hidup saya . saya sayang ibuu :)


sincerely from nadya :)

No comments:

Post a Comment