Tuesday, 26 June 2012

tabah ye :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) 
ni la padah nye online tengah-tengah malam . mula-mula elok je main-main comment pasal monyet , sekali bila refresh tengok-tengok dah jadi cam ni . makne nye dia tak kasi online letteww kann :) terus laju-laju bukak blog . baca update orang lain sume . terbaca pasal adik izni accident . semoga takde pape ye adik awak izni . 


cakap pasal accident . semalam mak saya pun accident . motor langgar kereta . motor yang langgar tu takde pape , tapi kete mak pulak yang kemek . tak pasal-pasal je masuk bengkel 2 hari kann . nasib la orang yang ada dalam kete takde pape . alhamdulillah . 



sincerely from nadya :)

Monday, 25 June 2012

i'll try my best :)


assalamualaikum dan salam sejahtera . mo0d meng-update blog yang ditinggalkan beberapa hari telah kembali gara-gara kegembiraan setelah meng-check majoring dlm SMPWEB :) siang tadi dapat mesej dari iema zahar mengatakan dia dapat ekonomi monetari dan fiskal . tahniahh :) 

tertanya-tanya jugak , kat mana nak tengok benda tu . bila tanya iema , dia cakap kawan dia tengokkan . tadi tergerak hati nak bukak page KPTS FEP . diorang post la pasal majoring kannn , siap kasi instruction lagi macam mana nak check . akhirnyaaa saya tahuu majoring saya . hoyehhhh :)

doakan yang terbaik untuk saya bersama ekonometrik dan statistik gunaan . saya akan cuba yang terbaik . mana tahu boleh dapat degree first class macam apa yang mak dan ayah saya nak . siapa tahu kann ? tuhan je tahu :) 


sincerely from nadya :)

Wednesday, 20 June 2012

tiada hati :')

wahai rindu yang bertamu di balik kasih ,
wahai kasih yang bertamu di pinggir cinta ,
wahai cinta yang bertamu ditabir hati ,
wahai hati yang menyimpan segalanya . . .

menjauhlah dikau jika kesudahannya menyedihkan ,
pergilah dikau jika ia menimbulkan kesusahan di masa hadapan ,
berlalulah dikau jika supaya tiada hati-hati yang terluka ,
akan ku cuba menutup pintu hati ini agar kelak tiada yang bersedih di balik kesedihan ini .

# moga tuhan permudahkan segala usaha yang dilakukan .


sincerely from nadya :)

Tuesday, 19 June 2012

go0d luck exam korangg :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) walaupun jauh dimata , tetapi dekat dihati . itu ungkapan yang sesuai untuk saya yang tidak berada di UKM saat ini tetapi merindui sahabat yang masih bergelut dengan peperiksaan semester 2 . esok paper organizational behavior kan ? tu kalau tak salah la . sebab saya tak ambil paper tu , so tak tahu nama sebenarnye . selalu dengar orang panggil OB je :)


nak wish go0d luck la kat semua yang ada exam esok . untuk sesiapa yang esok tu paper last , tahniah sebab berjaya habiskan exam sem 2 ni :) selamat bercuti kawan-kawan . untuk mana yang ada lagi paper tu , harap bersabar :) jangan sedih-sedih . kali ni anda , mungkin nanti , saya ? itu kita tak tahu kan . 



sincerely from nadya :)

Saturday, 16 June 2012

berhentiii ! hahha :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) sedikit cerita di tengahari ni . ni cerita lawak taww *sambil angkat papan tanda :) tadi lepas makan tengahari , mak dan ayah duduk merehatkan diri kat ruang tamu . sambil-sambil tu tengok la luar rumah .


mak : ehh , sejak bila ada papan tanda tu kat situ ?
ayah : dah lama dah 
mak : tak , sebelum ni tak ada .
ayah : ada !

** masing2 nak menegakkan pendapat masing2 **

tapi part yang lawak nye tu , sampai bukak pintu pagar keluar tengok sendiri papan tanda tu . mana tak nye lawak . pasal papan tanda berhenti pun boleh jadi satu isu . aku yang nampak situasi ni hanya mampu gelak lepas tu pegi dapur cerita kat kakak aku . lepas tu laju-laju buat entry ni :) 



sincerely from nadya :)

Friday, 15 June 2012

dugaan di hari sabtu :(

assalamualaikum dan salam sejahtera . walaupun berada dalam train ETS bernombor ET 62 silver . tetap menggagahkan diri update blog dengan cerita hott yang baru terjadi tadi . takde laa hot sangat pun . cuma hati ni je yang hot .

okay kita bermula dengan bangun pagi . tengok jam . arghh , nak tido lagi ! padahal jam dah pukul 8.30 . mana tak nya , kemas punya kemas barang semalam sampai pukul 4 something cam tu . then elok je nak tido , mata ni rasa segar je . padahal badan dah penat sangat ni . memikirkan perjalanan hari ni akan jadi perjalanan yang memenatkan , jadi paksa mata ni untuk tidur jugak . sebab mengantuk lagi , tido balik sampai pukul 9 pagi .

bangun terbabas sikit , 9.15 . *teruk betul aku ni . hahahhaa :) bangun , kutip semua barang . pegi mandi then siap untuk tunggu bas . say go0dbye kat bebudak aras , r0omate dan seangkatan dengannya . lepas tu tunggu bas dengan jaya nya . walaupun hati rasa berat je nak tinggal semua orang , tapi nak buat macam mana . dah rezeki saya untuk cuti lebih sikit kann , guna la sebaiknya dengan family :)

tak ingat pukul berapa , bas 6K / 6Z pun sampai . naik , sembang-sembang dengan kawan . cerita hott nye bermula kat stesen ktm UKM . sebab malas beratur panjang , aku memilih untuk beli tiket ke kajang guna mesin je . salah aku kat situ laa . sebab kalau siapa yang beli tiket kat kaunter , dia ada cakap yang platform 1 tu tak guna sebab  ade problem . adoi , nasib sempat kawan aku bagitau .

dah sampai kajang , dengan bergembiranye pegi kat kaunter nak beli tiket ets . sekali kakak tu cakap " maaf dik , train ets problem . train tak lalu kajang , adik kene naik kat K.L sentral . cepat lari naik ktm semula " . aku pun cam errr . tengok-tengok train dah jalan dah pun . last-last aku cakap kat akk tu , " takpe la kak , kasi tiket ke K.L sentral je " . aku pun berlalu dengan muka yang hampa . bayangkan , nak tunggu next train berapa lama pulak kann ? adoinyee .

sebelum tu call mak dulu . setel sume tunggu jela . sementara nak sampai K.L sentral tu , tak payah tanya la bape kali ktm tu berhenti tengah jalan . dalam hati aku ni sabar je . nak balik ipoh punya pasal kann . bila sampai mid valley , aku cam happy sket la , sebab dah nak sampai kan . sekali elok je dia stop kat tengah-tengah jalan . kalau korang biasa naik , dia stop kat stesen lrt bangsar . siap boleh takde air-cond dengan elektrik lagi . memang kene sabar lagi la kan ? dah la lapar . sedih gilerrr .

sampai kat K.L sentral tu , lari-lari pegi beli tiket . alhamdulillah dapat tiket on the spot . pukul 1.05 . train yang aku naik sekarang ni laa . yang sedihnye tak sempat nak beli makanan . sedih sangat . harap-harap mak masak sedap untuk anaknye yang tercinta ni nak makan .

# menunggu untuk sampai ke ipoh dengan kelaparan :(
sincerely from nadya :)

Wednesday, 13 June 2012

wahai sayang yang bukan sayangku :)


assalamualaikum dan salam sejahtera . ini adalah salah satu artikel yang dipetik dari website tentang cinta . tak tahu kenapa ia sangat menarik hati saya untuk dikongsi bersama anda * padahal dah tahu sebenanye :) hehe . kat sini saya nak kongsikan satu lagu yang berkenan di hati . macam kena je lagu ni kekadang . sambil dengar lagu boleh la baca kata hati saya kat bawah ni ye , selamat membaca :)

Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?
Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa ku memohonkan kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.
**yg baik jadikan sempadan**

sincerely from nadya :)

Monday, 11 June 2012

ini jawapannya :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :)
bangun je pagi ni terperasan yang jasmimi ada post something dekat wall facebook saya . dalam mamai-mamai ni , saya pun bukak . laptop pulak menunjukkan kelembapan dia bergerak . so sabar laa jap . bila dah berjaya bukak . tengok2 dah ada orang comment punn . hahaha :)

okayy , masa tu sabar lagi . lepas tu bukak blog pulak . sekali jasmimi post pasal benda yang tadi tu . ehh , jap . korang semua dapat tangkap tak yang dia ni kene hack ? okay , jas sebenarnya kena hack !!! dengan siapa ? kejap lagi saya cerita :)


perasan tak yang dia ni macam nak tuduh saya pulak kann ? tak laaa ! saya tak buat ! saya tak sentuh facebo0k anda :) yang buat tu adalah orang yang cakap : " tak baik taw mencaruttttt ! " haaaa . saya cuma berada di sebelah izni je :) hahaha . betul tak izni ? huhuhu 

# pesanan buat jasmimi : jgn laa marah . aku dah biasa kena dah ngn diorang ni . relaxx okay :)



sincerely from nadya :)

Saturday, 9 June 2012

bersangka baik :)


assalamualaikum dan salam sejahtera :) permulaan entri kali ini , saya kongsikan satu gambar yang menarik minat saya . sentiasa bersangka baik . setiap orang ada pendapat sendiri . termasuk saya . saya tahu kita tak boleh nilai orang dari luaran sahaja iaitu melalui lenggok tubuh , tutur kata dan memek muka . tapi saya tahu , ada sesetengahnya kita tak dapat elakkan dari bersangka buruk . bukan nak kata bersangka buruk tu tak boleh , tapi kalau boleh elakkan , cuba la .

saya tahu , kalau orang tengok memek muka saya mesti dalam otak dah cerna macam mana perangai saya , layanan saya . tapi , belum cuba belum tahu kan ? kawan saya semua macam tu . mula-mula semua ingat saya sombong , tak tegur orang . tapi , bila dah kenal . tengok la perangai saya macam mana . punya la gila :) sampai ada yang tak sangka perangai saya macam ni sebenarnya . 

saya tak kisah semua tu . saya tahu semua orang ada pendapat masing-masing . tapi , pesanan saya cuba la kita bersangka baik bila first time kenal seseorang tu . tak semestinya orang tu tak senyum , dia sombong . mungkin dia kena ulser ke kan ? tak semestinya orang tak tegur kita , dia tu sombong . mungkin dia memerhati dari jauh je . 

# semoga first impression orang terhadap saya selepas ni takde yang buruk dah :)

sincerely from nadya :)

Friday, 8 June 2012

laser tag :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) pada 08 jun 2012 , seramai 14 orang dari kelas set 5 aplikasi komputer telah pun pergi menyerang laser tag warzone *betul ke ehh nama die? di IOI mall puchong :) dah lama tak menjejakkan kaki ke kawasan puchong . first time datang IOI mall tu . selama ni dengar-dengar je . hahaha , poyo je nak buat entri pasal laser tag . padahal tak main pun . pegang menatang tembak-tembak tu pun tak . setakat tengok je . no wonder la kalau korang tengok kat blog jas takde muka aku pun kat gambar tu . aku duduk kat belakang je masa tu :) *tengok diorang posing.

sorry laa sebab aku tak main . aku ada masalah kesihatan sket , so tak berani nak main . setakan main tembak belon laser tu larat laa . tu pun tak dapat hadiah . sedih taww :( tapi takpe , at least time diorang main tu aku dapat pegi shopping novel . dapatlaa novel dua buah dengan harga yang berpatutan menggunakan member card :) thankss popular !

untuk korang yang nak tengok gambar tu . maybe aku bawak lepas exam aplikasi komputer kott . sebab esoknye takde exam . senang aku nak copy bagai . tunggu jela yee . buat masa ni sabar je dulu :)

# ade sape2 tak puas hati ke aku pegi sana tapi tak main ?
sincerely from nadya :)

peperiksaan :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) anda sedang ulangkaji ? berehat sebentar dengan membaca blog saya ? terima kasih . sangat menghargainya :) entry kali ni nak wish g0od luck untuk semua student yang ambil exam . lagi lagi kepada anda yang baca blog ni . ye anda . ehh , betul la anda . jangan terkeliru pulak :) tapi untuk orang yang tak ambil exam tu jangan gelak-gelak sangat . hahahaha * tuju kat en. azzwan sebenarnye .

okayy . last sekali nak wish go0d luck lagi sekali :) *mesti bosan baca entri ni . hahaha :)
sincerely from nadya :)

Thursday, 7 June 2012

selamat mengambil peperiksaan :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) baru ada kekuatan untuk update blog . sebelum ni tengok je post-post orang lain . ada yang gembira , ada yang sedih . tak tahu la nak kata . yang penting , minggu depan dah start exam :'(

ni nak laa tunjuk satu gambar semasa . hahaha :)


 tak tahu la ni sebab semangat nak exam ke , semangat nak habiskan exam cepat-cepat ke , ataupun sebab selalu lupa tarikh exam . ni je cara nak kasi ingat dan bagi semangat nak study untuk habiskan exam cepat-cepat kemudian pulang ke ipoh secepat mungkin :) tak sabarnyeee :) huhuhu

# nak studyyyyy ! *study laa sgt kannn


sincerely from nadya :)