assalamualaikum dan salam sejahtera :) permulaan entri kali ini , saya kongsikan satu gambar yang menarik minat saya . sentiasa bersangka baik . setiap orang ada pendapat sendiri . termasuk saya . saya tahu kita tak boleh nilai orang dari luaran sahaja iaitu melalui lenggok tubuh , tutur kata dan memek muka . tapi saya tahu , ada sesetengahnya kita tak dapat elakkan dari bersangka buruk . bukan nak kata bersangka buruk tu tak boleh , tapi kalau boleh elakkan , cuba la .
saya tahu , kalau orang tengok memek muka saya mesti dalam otak dah cerna macam mana perangai saya , layanan saya . tapi , belum cuba belum tahu kan ? kawan saya semua macam tu . mula-mula semua ingat saya sombong , tak tegur orang . tapi , bila dah kenal . tengok la perangai saya macam mana . punya la gila :) sampai ada yang tak sangka perangai saya macam ni sebenarnya .
saya tak kisah semua tu . saya tahu semua orang ada pendapat masing-masing . tapi , pesanan saya cuba la kita bersangka baik bila first time kenal seseorang tu . tak semestinya orang tu tak senyum , dia sombong . mungkin dia kena ulser ke kan ? tak semestinya orang tak tegur kita , dia tu sombong . mungkin dia memerhati dari jauh je .
# semoga first impression orang terhadap saya selepas ni takde yang buruk dah :)
No comments:
Post a Comment