Monday, 31 December 2012

2013

goodbye 2012 . welcome 2013
same goes to all people , wishing that 2013 would be so much better than 2012 .

assalamualaikum . permulaan yang diharapkan sentiasa indah jadi idaman semua orang . YA . aku pun begitu . mengharapkan perkara yang sama . 2012 akan sentiasa dalam ingatan aku . memori yang terlalu indah bagi aku , mengenali kawan-kawan yang sekepala , yang sanggup susah senang bersama , kongsi apa sahaja dan banyak memberi aku semangat dan nasihat yang membina .

2012 berlalu dengan begitu pantas , meninggalkan aku dalam lautan kenangan , kegembiraan dan kesedihan . tak tahu nak digambarkan macam mana rasa itu .

jujur aku katakan , aku rindu s5 . rindu segalanya macam dulu . kita dipertemukan dalam satu semester dan dipisahkan dalam semester seterusnya . entah lahh . hanya Tuhan yang maha mengetahui segalanya .


2012 juga menemukan aku dengan seseorang . seseorang yang bertahta di hati . banyak memberi kenangan pahit dan manis . sedih dan gembira . berharap 2013 beri lebih kegembiraan kepada kami dan buatkan dia sedar yang aku serius dengan hubungan ni .

akhir kata , akan mencuba sedaya upaya mewarnai hidup sendiri , keluarga dan orang sekeliling untuk 2013 dan seterusnya :)
sincerely from nadya :)

Friday, 28 December 2012

...

mood menulis datang di waktu tengah malam . setelah pulang meeting berjam-jam . dan juga di saat bateri komputer riba hanya tinggal 20% . mata sangat mengantuk tetapi berjaya di atasi oleh beberapa faktor kurang baik yang terjadi hari ini . mungkin orang takkan faham , sebab yang tanggung tu aku . perkara ni kelihatan kecil tapi hakikatnya memberi impak yang besar terhadap aku . yeahh , kepala aku yang tak sakit terus jadi sakit . automatically!

emosi semakin tak dapat dibendung . kat siapa nak mengadu ?



sincerely from nadya :)

Friday, 21 December 2012

birthday wishes ♥

a simple wishes for someone special . happy bithdayy 


the greatest gift that you can give to others is the gift of unconditional love and acceptance. 
22/12/2012 :)



sincerely from nadya :)

Wednesday, 19 December 2012

insaf


simsimi pun pandai nasihat orang .
sincerely from nadya :)

Tuesday, 18 December 2012

kehilangan

Iema, 
Kenapa tak reply msg? 
Kenapa tak angkat phone? 
Kenapa? 
Takde kredit?
sincerely from nadya :)

Monday, 17 December 2012

K


sekarang berani tak nak reply "K" lagi ? haha :D
sincerely from nadya :)

Friday, 14 December 2012

1/2/34

tired day . unstable mood .

i'm hoping for a happy life without any sad things
but
i know i couldn't get it

I WON'T GIVE UP



sincerely from nadya :)

Tuesday, 11 December 2012

pemikiran

aku tak faham sangat sebenarnya sesetengah orang punya pemikiran ni . lagi-lagi lelaki . yelahh, dalam situasi aku sekarang ni , aku tak faham apa yang lelaki fikir bila dia dah couple dengan seseorang perempuan tu . apa yang dia nak dalam relationship tu sebenarnya .

bagi aku , the past is past . kalau kau dah pernah couple dengan seribu perempuan pun perlu ke kau cerita kat orang ke 1001 pasal perempuan yang ke-1000 yang pernah kau couple tu ? *paham tak perumpamaan aku? kalau tanya aku, aku akan jawab tak ! oh , tak faham eh ? jawapan aku NO !

bukan nak lupakan kenangan dulu , tapi kenangan tu simpan sensorang sudah laa . aku tak kesah pun nak dengar cerita pasal tu tapi aku kan perempuan , sakit hati @ jelous tu haruslah ada walaupun sebesar zarah . kesian lahh sikit kat kaum perempuan ni . hati kitorang dah la selembut kapas .

kalau aku boleh berhenti sebut nama ex aku , aku tak contact sepenuhnya dengan ex aku walaupun peluang nak buat macam tu sangat banyak . please lah memahami yang aku tak pernah buat semua tu dan kenapa dia tak boleh ?

mungkin MR.A tak tahu yang aku tak suka bila dia sebut pasal tu . mungkin jugak dia tahu dan sengaja nak uji aku . maaf , benda tu memang boleh buat aku fikir negatif dan lenyapkan 100% mood gembira aku . kalau sebut pasal ni pun mood aku boleh hilang , ni nak suruh berbaik-baik ? harapan tinggal kenangan jelahh ye . mungkin bab lain aku boleh berlembut , tapi bukan pasal ni .
sincerely from nadya :)

Friday, 7 December 2012

family

penat asyik bercerita pasal hati , pasal sedih-sedih , pasal sakit . kali ni nak show off gambar anak sedara yang comel pulak :D


yang ni nama die muhammad ammar ziqri bin rosmadi . 
si kecik yang banyak keletah dan tersangat lah manja :)



yang comel sorang ni nama die nur hana kaisara binti mohd. khir azlan .
budak comel dan kiutt :)

cukuplah itu je untuk entri kali ni , lain kali kite show off gambar 1 family pulak ye termasuk cinta hati :) be a good son and daughter ye sayangg . i love you moree  

sincerely from nadya :)

semangat

" jangan sekali-kali putus harapan , besar mana pun masalah . rumit mana pun situasi..jangan risau, kita ada family kecik ni..selagi ada daya, kita sama-sama bantu.. "

mesej tu datangnya dari seseorang . seseorang yang selalu bagi kata-kata semangat . yang memahami aku walaupun tempoh perkenalan kami tak lama . yang tahu perangai aku buruk dan baik walaupun tak sepenuhnya .

air mata aku jatuh bila setiap kali mengulang baca mesej yang sama . ya , semangat aku hilang sedikit demi sedikit . bukan aku menidakkan ketentuan tuhan yang menurunkan ujian buat aku . aku sedar , ini satu cara Allah menyedarkan aku supaya tidak sentiasa terleka dengan kehidupan duniawi . aku juga tahu , kesakitan didunia akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita . terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang ini .

selepas beberapa hari terlantar kat bilik , aku sedar . aku perlu dapatkan semula semangat aku yang dulu . aku benci kehidupan aku masa sakit . aku tak suka dilihat lemah oleh orang-orang sekeliling .

entah kenapa , demam campak buat aku betul-betul lemah . lemah semangat dan fizikal . mungkin beberapa tragedi sebelum aku demam campak terlalu memberi kesan sehingga aku terbawa-bawa sampai sekarang .

terlalu banyak perkara yang terjadi kat aku hari demi hari . segalanya berlaku begitu pantas . sampai aku tak pasti aku betul-betul kuat nak hadapi semua ni atau tak . mungkin luarannya aku nampak gembira , tapi dalamannya aku sendiri tak pasti .
sincerely from nadya :)

Thursday, 6 December 2012

sakit

apa yang membezakan aku dengan orang yang sihat cuma keadaan fizikal aku dengan ubat-ubat yang aku kena telan . aku tahu tuhan dah tentukan ni masanya aku kene benda ni . ada bagus nya aku kena sekarang daripada aku kene lagi 2 minggu . masa tu mesti busy nak study untuk final exam . sepanjang beberapa hari aku demam campak ni , rasa macam diri makin malas . mungin faktor ubat yang buat aku banyak tidur . mungkin jugak faktor lain .

semenjak dua menjak ni aku ada terfikir yang aku ada  apa-apa penyakit kronik ke ?

soalan ni pernah jugak ex-bf aku tanya masa kitorang kapel dulu dan sekarang aku ditanya soalan yang sama oleh adib . setahu aku , last sekali medical check-up yang aku buat sebelum masuk ukm takde pulak doktor cakap aku ada penyakit kronik . yang pastinya aku dapat detect yang aku rasa lain macam since short sem haritu . kadang-kadang rasa susah nak bernafas , tapi tau la aku kan , aku buat tak tahu je dan anggap semua tu biasa .

bila masuk sem baru ni aku perasan yang rambut sangat banyak gugur . dah macam orang sakit lukemia pun ade . aku try jugak google pasal penyakit tu , mana lah nak tahu kan ade tanda-tanda . takde lah sedar-sedar dah masuk stage last je nanti . tapi malangnya , sikit pun aku tak jumpa . tak pasti sama ada aku perlu buat medical check-up atau tak .

time macam ni la aku terfikir , kalau la tiba-tiba aku dapat penyakit , sanggup ke bakal suami aku tu jaga aku sampai aku mati ? mungkin dia akan tinggalkan aku dan cari orang lain . mungkin jugak dia akan jaga aku . tapi, kalau dia tak sanggup nak jaga aku , baik la tinggalkan aku cepat-cepat sebelum lagi merana . bukan merana sebab sakit , tapi merana sebab terlalu sayangkan dia .
sincerely from nadya :)

Tuesday, 4 December 2012

dua dunia

aku tak faham lagi cara nak tangani demam campak ni sebenarnya . bagi aku, demam campak ialah gabungan demam biasa dan cacar air .

kalau difikirkan balik untuk bagi hilang demam , kita kene selubung selimut sampai keluar peluh then demam tu pun kebah . untuk cacar air pulak , kita tak boleh berpeluh sebab nanti gatal2 . kipas kene on 24/7 dan speed kipas tu mestilah ditahap yang takkan buat korang berpeluh .

mak aku cakap , kalau demam tu dah kebah means kau dah nak sembuh . tapi cuba korang fikirkan , macam mana demam nak kebah kalau tak boleh berpeluh?  sila bagitau aku sekarang .

mungkin sebab tu , malam tadi badan aku panas tapi aku menggeletar kesejukan . nampak tak kes dua dunia kat situ ?

#pray for me :(
sincerely from nadya :)

Sunday, 2 December 2012

tweets


i hope so :)
sincerely from nadya :)

MC

disebabkan tersangat lah bosan duduk kat bilik , rajin pulak jejari menaip . buat assigment malas pulak kann ? ape nak jadi lah ni .

okay , tadi dah pergi pusat kesihatan UKM for check-up . pergi berdua ingatkan dia nak check jugak sebab demam kan . then bila dah register semua dia cakap taknak pulak . haihh , kalau tahu tadi awal-awal dah pergi sendiri . UO dengan PK tu sekangkang kera je sayangg . beria je nak naik kereta bagai kannn . demam campak je pun , bukan lumpuh 1 badan .

masa check-up tu dah lah kene speaking . rasa macam tengah buat speaking test pun ade tadi . nasib baik lah tak tergagap sangat depan doktor tadi . nak tergelak pun ade bila dah keluar dari bilik tu . haha :)

hasilnya, cuma dapat MC untuk 2 hari . hari ni and esok dan 4 jenis ubat . itu sahaja .



1 ubat mandi , 1 multivitamin , 1 paracetamol dan 1 ubat alahan . dan dalam firasat aku , aku mesti datang lagi hari rabu untuk panjangkan mc . tak mungkin benda ni boleh baik dalam 2 hari kann?


sincerely from nadya :)

demam campak :(

01 dec 2012 akan jadi moment bersejarah bila aku kene demam campak . 


terasa sedih kerana tak dapat berpantang bersama family . takde sape nak jaga makan minum kat sini . terpaksa lah menjaga diri sendiri kann . 

pagi-pagi dah call mak bagitahu semua ni . then mak pun mencurahkan berbakul-bakul nasihat supaya jaga diri dan pantang sikit makan tu . tapi dalam kepala aku just terbayang yang aku terpaksa makan bubur nasi je sementara kat sini sebab tak dapat cari makanan yang tak berminyak dan tak gatal . 

tapi kan tapi kan ade orang tu demam jugak ? hahaha . elok sangat lah tu kan awak . memasing demam . awak yang tak berapa nak jauh tu , sila jaga diri baik-baik ye :D

sincerely from nadya :)