...sambungan
aktiviti hari kedua dimulakan dengan ceramah kesihatan . patut semua ajk dan peserta datang pukul 8 tapi aku ngn farah pukul 7.30 baru terkocoh kocoh nak pegi mandi . lastnye kitorang sampai dewan dekat pukul 8.30 rasanye . sampai2 je tengok bebudak ni tengah angkat periuk belanga semalam punya majlis . tak cuci lagi ! mangsanya kami ni la .
alhamdulillah majlis berjalan lancar . terima kasih pusat kesihatan dungun atas kerjasama anda :) masing2 sibuk kira BMI dan check tekanan darah . aku pun tak terlepas :) huhu . mestilah nak jugak kan . tak boleh kalahhh ! BMI aku normal tapi cukup2 je sebelum masuk overweight . tak kesah la pasal tu . tekanan darah aku pulak boleh rendah dari sepatutnya ? terkejut jugak aku . ornag kalau normal tekanan darah die mesti 120/80 tapi aku ni tak sampai pun :(
okay, lupakan pasal tu . lepas kemas2 kitorg siap barang untuk sukaneka petang ni pulak . sambil siap barang ni, gambar mesti mau ambil jugak kan . semua muka2 tak boleh jumpa kamera . tapi aku ni bertuah sket , malas nak bawak kamera sendiri . sekarang tanggung la sebab terpaksa tunggu kawan2 upload dulu baru dpt copy .
petang nye sukaneka start pukul 3.30 :)
*sebok pulak adik kat belakang tu*
balik sukaneka aku penat gile . farah ajak pegi tepi pantai pun aku malas . aku nak rehat ngn nak kemas barang sebelum balik esok . lagipun malam tu kitorng nak pegi makan ikan bakar kat pekan . baik simpan tenaga :)
beli sikit cenderahati untuk family . then balik ke rumah dalam pukul 1pg mcm tu . balik memang tak rasa ape dah . mengantuk je tau . terus tido !
sincerely from nadya :)
No comments:
Post a Comment