Thursday, 30 May 2013

pergi .


al-fatihah . aku still sebak lagi . mula aku bukak facebook terbaca post abg shah pasal tu . lepas solat jumaat , abg shah buat announcement pulak . dengan suara yang tengah tahan sebak . aku yang dengar ni on the spot sebak sama .

tadi, aku baru je ternampak artikel pasal indahnya meninggal dunia pada hari jumaat . tapi tak baca lagi sebab ingat nak siapkan soal selidik KP ni dulu . sambil tu aku terfikir kalau lah aku pun dapat meninggal hari jumaat jugak satu hari nanti .

# semoga roh beliau dicucuri rahmat . jom sedekah al-fatihah ya :')
sincerely from nadya :)

Wednesday, 29 May 2013

air mata



seingat aku kali terakhir aku menangis bila aku dan adik beradik aku hantar mak ngn ayah kat aiport haritu . masa tu sebak die jangan cite , aku sampai dalam kereta otw nak balik k.l rasa sedih lagi . dan sebelum tu, aku tak tahu berapa lama air mata ni tak jatuh . dan hari ni, ia jatuh semula . cukuplah rasanya kot . ambil syarat supaya hati aku tenang dan tidur pun lena .

ohh, pernah baca tak fakta pasal menangis tu ? kejap ea..kite tolong gugel kan ye . okay, ni dia


lagi satu, yang aku baca tu, dia cakap menangis ni bagus sebab ia menyebabkan kita penat dan lena tidur . tak pasti berkesan kat semua orang atau tak . tapi yang pastinya ia berkesan kat aku . cuma, lately ni aku jarang menangis . bukan tak stress , tapi rasa nak menangis tu takde . bahaya jugak tu sebab menangis kan satu proses keinsafan . tapi bukan la bermakna tak menangis tu tak insaf kann . jangan salah faham pulak yang tu . manusia ni bukan betul sangat . lain orang cakap , lain pulak yang difikirnya . 

sincerely from nadya :)

Wednesday, 22 May 2013

hack

dalam keadaan sekarang , ni bukan cerita lawak yang boleh dibuat gelak . bagi tahu kat aku ni sape punya keje cepat .



sincerely from nadya :)

Tuesday, 21 May 2013

#tweetseram #ceritaseram #pengalaman #3

nak kata ni sambungan ke tak aku pun tak tahu . tapi kali ni aku tak break page sebab malas dah . sebab entry ni aku cuma nak bagitahu macam mana rya describe 'sesuatu' tu . aku layan kan je budak ni nak tweet pun . bukan nak kasi takut diri sendiri mahupun orang lain . bukan jugak nak naikkan viewer blog , tapi nak kasi gambaran kat bebudak ukm dan orang luar supaya tak takut dan jangan berani sangat . selain dari tu, boleh la buat pedoman diri sendiri supaya jangan berembun sangat . hahaha :)

kalau nak sambung baca boleh , tak sambung dah pun boleh .
  • Kalau nak siket gambaran tentang makhluk yg saya nampak tu saye boleh gambarkan laa sedikit
  • Die tak tinggi sangat, jubah hitam panjang, rambut panjang serabut, mata terang, muka tua dan sangat buruk, samar" laa saya nampak muka tu
  • Dia pandang lama-lama dengan pandangan tajam, lepas tu pergi dengan gerak macam orang berlari, tapi sebetulnye die berjalan jerr
  • Dan sejauh ni lah, saya hanya nampak die kat tempat gelap jerr, walaupun die arah bawah lampu yg terang, tapi tetap je kita tak nampak die
  • Tau muka dukun-dukun tua tu ? Lebih kurang macam tu lah
*tetiba aku terbayang muka azlee senario dalam cerita nongkrong tu . kalau tak tahu , boleh google lepas ni*
  • Lupa nak cakap, memang pun sebelum die datang tu ade pakcik guard yg datang ke saya
  • Die suruh saye balek atau pergi lah dari situ, tapi saye tengah sedap sangat kat situ
  • Lepas tu die cakap lah kalau ternampak apa pun nanti biarkan jerr, jangan dilayan, awalnya saya ingat dia main-main
  • Rupanya makhluk tu benar-benar ada dan sebelumnya saya juga sudah pernah jumpa makhluk tu
sampai situ jelah . aku malas nak sambung dah kali ni . rya pun dah penat menaip . jangan kata rya , aku pun penat jugak . rya pun nampaknya dah tidur time aku publish entry ke-3 ni sebab aku tak nampak dia tweet pape dah lepas dia wish goodnight . jadi , aku pun nak wish goodnight dan beredar untuk tidur :D
sincerely from nadya :)

#tweetseram #ceritaseram #pengalaman #2

maaflah. buat entri sambungan pulak . kesnya sebab tengok panjang sangat post tu wlaaupun dah break page . kekemasan blog mestilah perlu dijaga jugak kan ? *amboi, perangai..hahaha* . mohon semua ambil nafas dulu sebelum aku sambung cerita . selamat membaca :)

sambungan dari entri sebelumnya . 
  • Agak lama juga dia pandang saya macam tu, saya pun sebab soalan saya tak terjawab saya sibuk maen BB jerr hehe
  • Tapi meskipun saya nampak focus dengan BB, saye menengok something kat sekeliling saya, kira-kira kalau terjadi sesuatu ade lah jugak kan
  • Ketika saya memandang ke mata makhluk tu untuk yg kedua kalinya dia masih disitu dan tetap melihat saya seperti itu
  • Disebabkan saya geram, saya pandang dia macam mane dia pandang saya, tapi tetap je die tak peduli
  • Saya dah tak tau nak buat apa masa tu, saya berusaha setenang mungkin dan tidak terlihat panic
  • Saya tunduk berpura-pura maen BB balek, dengan ujung mata saya mengarah ke kaki dia ... Dan disitu lah baru saya agak takut

sincerely from nadya :)

#tweetseram #ceritaseram #pengalaman #1

okay, entry kali ni bunyi mungkin pelik sikit . aku ambik masa untuk publish entry ni sebab nak dapat full story bukan senang dan first aku baca pun aku jadi seram . dan-dan pandang roomate tengok dia dah tidur ke belum *setiap 5 minit toleh belakang* . ni bukan pengalaman aku , tapi one of budak KTR (kelab teater rimba) . aku tak tahu nak represent macam mana tweet dia . jadi , aku gunakan bullet . sesuai ke tak eh? takpe lah. asalkan orang faham

starting from this.
  • Okay tengah duduk sorang ni tetibe ade orang (tak tau laa orang ke tak) datang pakai baju hitam mendekat
  • Sepertinya dia datang memang hanya untuk bertanya, tapi kenapa dia memandangku dengan pandangan yg aneh ? Dah laa tak de orang kat sini
  • Apapun yg terjadi malam ni, saya hanya memberi peringatan kepada diri saya sendiri untuk tidak berpakaian hitam malam-malam -_-"
  • Berjalan kaki sorang dari Rahim Kajai ke KDO dengan lampu jalan yg mati pun okay lagi, asal jangan duduk kat depan panggung seni lama-lama
  • Kalau saya ceritakan hal yg terjadi di panggung seni tadi ke orang lain kira-kira orang lain takut tak haha
time ni aku dah start pelik dah tweet dia . pastu dia sambung ...


sincerely from nadya :)

busy

blog terbiar . berhabuk .

maaf . sibuk .
life student tahun dua bukan macam tahun satu . still ada leisure time untuk pegi main laser tag, bowling dan lain-lain . lagi-lagi hujung2 semester yang dikatakan waktu kritikal student sebab full dengan presentation dan project paper . jangan complain pape sebab wayang pun dah lama aku tak jejak .

alhamdulillah, semua presentation dah lepas . tinggal 2 project paper dan 1 group tesis . harap aku tabah untuk siapkan semuanya bersama kawan-kawan .

tinggal 2 minggu sebelum final exam bermula . aku dah mula rasa cuak . tapi tak ingat nak study lagi . tolong sedarkan aku !
sincerely from nadya :)

Wednesday, 8 May 2013

pesanan .



pesanan untuk kau dan kau .

sincerely from nadya :)

HAPPY BIRTHDAY :D

short and simple entry . 


the greatest mom in the world . happy birthday ! i love you so much  

sincerely from nadya :)

satu perasaan lain

kampung . setiap kali aku teringat pasal kampung , mesti air mata aku jatuh . dan hari ni , aku teringat pasal arwah opah . lebih kurang 4 bulan dah opah tinggalkan kami semua . aku terkilan , sampai sekarang . aku terkilan sebab aku takde peluang untuk lihat wajah opah yang terakhir . cuma melihat pusaranya selepas beberapa hari dikebumikan .

tadi aku terlihat facebook mak . status yang ditulis beberapa hari selepas pemergian opah
Pergi sudah org yg amat ku sygi, tempat bermanja, mengadu susah dan senang. Tak sangka begitu cepat dia pergi meninggalkan kami. Belum puas kami balas jasanya. Mak, semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yg beriman. Kami kehilangan mu

tak semena-mena air mata aku mengalir . ya, selepas kehilangan opah, aku takut jika kehilangan mak dan ayah . aku tahu semua tu kerja ALLAH , tapi aku xmampu menidakkan perasaan takut itu.

beberapa hari lagi mak dan ayah akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah . semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang . aku tak sanggup kehilangan mereka lagi .


sincerely from nadya :)

binatang!

yesterday was the worst day ! dua kali terkejut dengan anjing yang sama :'( 
semalam aku ada 2 benda penting yang mesti dibuat , ambil paper midsem ekonometrik pertengahan pukul 11 pagi dan ada presentation titas waktu petangnya . the worst thing happen bila kitorang ( aku, iema, jas n ainil ) nak pegi kelas lepas dapat phone call yang bertubi-tubi dari seseorang. 

aku dah siap kemas barang, then bukak pintu bilik sir sambil tunggu yang lain . elok tengah sembang2 tetiba terdengar mcm bunyi tergelincir kat belakang aku . betul2 belakang okayyy . pusing je tengok ada anjing hitam yg besar . kau fikir aku buat apa? mestilah aku jerit kan? masuk balik bilik hempas pintu kuat2 sebab takut sgt . ambil masa tenangkan diri dulu . semua dah terkejut sbb aku buat mcm tu , tapi diorg tak tahu masa tu jantung aku mcm berhenti kejap sebab takut sangat . pastu ckp ngn aku jgn buat mcm tu , meh try duduk kat tempat aku kejap . rasa sikit mcm mana . 

then aku intai balik keluar tengok dah takde anjing tu . then aku jalan lagi tapi still dengan rasa takut, sebab aku rasa mesti anjing ni ada area situ lagi . jalan punya jalan . nahhhhh , ada lagi anjing tu buat terkejut kat aku lagi sekali . kalau betul aku ada sakit jantung, tak jalan presentation titas petang semalam sebab aku masuk hospital . 

lepas tu berjaya masuk dewan kuliah, tapi jantung aku memang laju gila la sampai aku ambil masa lama jugak nk tenangkan balik . terbayang lagi terkejut dengan anjing tu mcm mana . 

sincerely from nadya :)

Friday, 3 May 2013

terseksa

hai :) korang semua apa khabar ? harap baik-baik je . jangan jadi mcm aku pulak . haaa . kenapa dgn aku ? al kesahnye begini , minggu lepas kan aku balik UM *rumah kakak aku* (kalau sesape tak tahu) sampai je UKM petang ahad tu tengok2 takde air , tengah2 malam tu jugak aku kemas barang terus lari naik KIY sebab nak basuh baju , alang2 stay bilik iema terus . 

esoknye tu aku pegi basuh kain , jalan nak basuh kain tu lah TERjatuh tangga . jadilah kaki aku berdarah . kalau sebelah boleh tahan lagi , ni tak . dua-dua belah ! niceee :'( masa tu ok lagi lah . muka pun boleh control sikit2 . selasa ialah hari yang sgt pack . siang ada presentation dan malam ada dinner kolej . 

tengah2 dinner tu tetiba minah dua orang ni *ainil n iema* boleh pulak call ajak pegi tgk midnight cerita iron man 3 . bila aku tanya kat mana , diorang jawab dengan selambernye MID VALLEY . amboi . sakan nak drive pegi mid memalam buta kan ? sebab memikirkan aku tak rehat dari siang + lepas tu nak naik broga , makanya aku menghentikan niat nak pegi tengok midnight tu . baik duduk bilik , TIDO ! haha :)

pagi tu dalam pukul 5 something kitorang gerak ke bukit broga . and guess what ? we meet anding and ryzal :D hikhikhik . start naik bukit ni lah kaki aku mula bengkak ni campur dengan luka tadi kan . lagi bertambah naissss . 

tadi otw nak balik UM lagi , naik bas rengit . driver die bawak mcm roller coaster sampai ade sorang ni terpijak kaki aku dengan kasut heels dia . oh my.... kaki baru nak baik kottt . hmm :( dah jd mcm ni , tahun bila nak sembuh nya?

sincerely from nadya :)

Wednesday, 1 May 2013

blurr

sebenarnya, aku takde idea nak story ape pun . tapi sebab fikir balik last entry 23 april kan, gagahkan jugak la diri untuk type entry ni walaupun tak rasa ade readers . tahu sebab apa aku rasa tak sedap hati ? minggu lepas masa sesi kritik blog , aku bukak blog sendiri dan baca segala komen . sebabnya, dulu aku ni jenis malas nak check komen kat blog . sekali aku terjumpa satu komen ni . dari en. azzwan .

masa tu kan kelas aplikasi komputer , dan aku tak update apa-apa untuk 2 minggu . whoaaa . then dia komen la yg aku ni sebagai blogger tegar dlm kelas tu tak update apa-apa untuk 2 weeks sangat la buat dia upset . padahal aku tak perasan pun komen tu . lagi pulak time tu aku tersangat lah bz dengan teater bagai kan . pastu memang tak check komen . bagus sangat nadya .

and now , seminggu tanpa any enty pun dah rasa worst gila . maybe sebab minggu lepas bz kot . plus plus aku balik k.l tak bawak laptop kann .

semalam dinner kolej aku . sepatutnya aku boleh story pasal tu, tapi sebab satu gambar pun tak dapat lagi, jadi tertangguh la entry tu . one more, pagi tadi naik broga dan mandi kat sg. tekala . best wehh :) nanti aku cerita taww . janji !
sincerely from nadya :)