Tuesday, 25 June 2013

until when?

speechless. itu perkara yang aku termampu buat bila baca mesej tu.

its just about friends. dalam dunia ni semua orang nak ada kawan yang memahami, semua nak ada kawan yang selalu bagi inspirasi untuk buat semua perkara, kawan yang boleh nasihat kita, tunjukkan kita perkara yang betul dan betulkan kita dalam perkara yang salah. semua orang nak ada kawan macam tu. kawan yang kita boleh share every single thing yang masuk dalam kepala. termasuk aku. dan aku lebih pentingkan keselesaan bila berkawan. yelah, kalau tak selesa berkawan dengan seseorang tu, susah kita nak jadi diri sendiri. be yourself la kann. itu cara aku. mungkin setiap orang ada pendangan tersendiri.

dan dalam perkara yang satu ni, mungkin aku bertindak kejam sebab membiarkan perkara itu diselesaikan sendiri tanpa aku masuk campur. sebab aku tahu, bila once aku masuk campur..the things will be more complicated. jadi aku biarkan semua tu diselesaikan oleh orang yang berkenaan, and me act like nothing happen. tapi dalam hati siapa tahu? tak siapa tahu aku sentiasa risaukan perkara tu. kau tak tahu dan dia pun tak tahu. atas sebab itu, sedikit sebanyak aku mula jaga perbuatan aku supaya takde siapa akan berkecil hati. aku tak ungkit apa-apa perkara kat dia dan tak show apa-apa perkara dekat kau. tapi aku manusia biasa yang tak lepas dari buat kesalahan. dalam tak sedar, mungkin masih ada perkara yang buat kau berkecil hati.

semua ni sebab aku ke? aku yang kacau persahabatan korang sampai terputus macam ni? kalau betul salah ni datang dari aku, why not kau cuba bagitahu aku semuanya. explain dan kita sendiri cari jalan penyelesaian. because of aku tak pernah dapat apa-apa explanation dan cuma aku je yang mencari apa salah aku, maka aku anggap perkara ni takde kene mengena dengan aku. dan kau diamkan perkara ni dari aku padahal dalam hati kemarahan meluap-luap.

dan sekarang, beban ni jatuh pada pihak berkenaan. dan untuk tak keruhkan keadaan, aku diam. lama aku ambil masa diamkan semula perkara ni. nak cakap macam-macam, tapi aku tahankan sebab fikir, masing-masing busy dengan pelajaran. aku dengan final exam aku dan dia dengan upcoming final exam dia.

and now, aku dah tak tahu nak buat apa. terdiam.

sincerely from nadya :)

Thursday, 20 June 2013

hidayah.

hidayah? mungkin aku tak layak memperkatakan tentangnya. tapi, hidayah tu semua orang dapat dan aku juga salah seorang darinya. alhamdulillah, Allah masih menyayangi aku. Dia turunkan hidayah itu disaat aku terkontang-kanting mencari diri sendiri. segalanya telah ditentukan. jika segalanya tak berlaku, mungkin aku masih hanyut dalam dunia aku sendiri. 

takdir? itu yang sebaiknya aku katakan. Tuhan tahu bagaimana hati aku, jadi dia turunkan kesulitan buat aku supaya aku sedar dan kembali kepada-Nya. mungkin agak kejam bila aku katakan yang aku mula sedar semula selepas ditinggalkan. apapun, terima kasih awak sebab tinggalkan saya. kalau tak, saya masih lagi tak sedar sampai sekarang. itu cuma ujian kecil yang Allah turunkan untuk saya dan ianya dah berjaya buat saya kembali kepada-Nya.

perasaan? dah lama aku berperasaan begini. dan perasaan tu makin lama makin menebal sejak mak mula menukar cara penampilan dan membuat keputusan untuk mengunjugi tanah suci bersama ayah. dari situ aku sedar dan aku mula menanam niat. insyaallah, aku ingin juga seperti mak. sama-sama membantu mak belajar dan aku juga turut belajar sama. alhamdulillah ya Allah, indahnya perasaan ini!

keluarga? kawan? aku tahu mereka gembira jika perkhabaran ini disampaikan. siapa tak gembira jika terima hidayah Allah bukan? aku harap mereka menerima perubahan aku. aku masih lagi sedang belajar. mungkin sekarang tak dapat dilihat dari sudut pemakaian. insyaAllah, satu hari nanti penampilan akan diubah. sekarang aku masih lagi belajar untuk istiqamah dalam ibadah. bagi aku, itu penting sebelum aku berubah. ingin kukuhkan amalan dan hati supaya tak rapuh bila ingin berubah nanti. doakan aku :')

diri sendiri? aku cuma berdoa supaya aku sentiasa istiqamah dalam perjalanan aku yang satu ini. aku tak mahu berpatah balik. dan manusia sentiasa melakukan kesalahan, aku juga begitu. tak lari dari kesilapan. maafkan aku, doakan aku. semoga ada cahaya yang menanti disebalik perubahan ini.


sincerely from nadya :)

Friday, 7 June 2013

best wish of luck in your final examinantion :D


firstly , jangan salah sangka dengan post facebook kat atas tu . aku tak buat ranking untuk kawan2 aku . kalau boleh, semua nak ditag kat situ tapi apakan daya , yang 17 orang tu pun amek masa 15 minit nak fikir . budak2 ni semua dah fikir aku ranking kan kawan2 . bukannn . bukannn .


tujuannya just nak wish goodluck dekat semua orang . final exam dah mula hari isnin ni , harap2 semua orang dah bersedia termasuk lah aku . tapi aku still terumbang ambing ni . kene study balik elok2 . wish for the best pointer this semester . pray for me okayy :) 

nak bagi lepas 2 paper dulu lepastu reward diri dengan pulang ke rumahhh ! miss my home :( dah mengadu nak balik . lepastu sir cakap "balik rumah boleh study? kalau boleh, baru balik" terus mood down xjadi balik . 

"the road may seem rough, life may seem tough, but for a smooth sailing, my good luck wishes are enough"

semoga berjaya :D

sincerely from nadya :)

Saturday, 1 June 2013

tak faham

serius aku tak faham . aku tak faham ape yang jadi kadang-kadang . at one time memang aku kejam . sebab aku kene dah lama and aku buat tak tahu je , so orang pun pijak-pijak aku lagi . best kan buat orang macam tu? teruskan . mungkin dendam kau dengan aku dah lama . aku mengaku, dulu memang aku pun berdendam dengan kau . pastu lelama aku fikir balik , buat ape aku nak berdendam dengan kau , tak berbaloi . aku ramahkan diri, tegur balik .

aku ingat kau follow aku sebab dendam kau dah habis . rupanya kau cuma nak tahu cerita kitorang dan buat kesimpulan sendiri . aku tahu kau perati ape yang kitorang buat . tapi kau tak tahu cerita disebaliknya . dan aku pun tak tahu cerita kau sepenuhnya , sebab tu aku tak judge kau !

please , kalau kau rasa perasaan kau tu cuma bertepuk sebelah tangan , please la move dengan orang lain . serius aku menyampah tengok . mula-mula memang la jadi bende main untuk aku , tapi kalau dah lama-lama , kawan aku pun menyampah sekali bila tengok . lepastu , tunggu dan lihat jelah aku kawen dengan sape . puas hati .

nak cakap lebih-lebih dengan orang macam kau ni pun susah jugak . sebab dah berapa lama pun still keras hati takat tu jugak . kalau aku , orang dah taknak tu say goodbye jelah . tak pun anggap je mcm kawan biasa . no hard feeling . aku malas lah printscreen benda mcm aku slalu buat tu , nanti kawan-kawan aku tanye macam-macam pulak kan , walaupun aku tahu tweet kau tu memang tepat menuju kat aku . aku malas layan , aku tutup mata jelah . anggap kau takde . habis cite !

ni budak ni duduk jauh lagi dengan aku . for your information , aku jumpa pun belum lagi even dah satu sem . kalau kira balik bape kali penah jumpa dari zaman habis sekolah sampai sekarang , baru sekali kot . tak macam kau , byk kali jumpa . 1 poli . agaknye kalau aku ni satu u dengan dia , lagi kau meroyan kot sebab boleh lah aku twitpic banyak2 . baru puas hati aku .

kalau nak tuduh sesuatu , biar benda tu aku buat . so, aku tak kesah lah kene tuduh . ni tak , fikir sesuatu yang aku mmg xbuat . memang nak kene la dgn aku kann
sincerely from nadya :)