Thursday, 20 June 2013

hidayah.

hidayah? mungkin aku tak layak memperkatakan tentangnya. tapi, hidayah tu semua orang dapat dan aku juga salah seorang darinya. alhamdulillah, Allah masih menyayangi aku. Dia turunkan hidayah itu disaat aku terkontang-kanting mencari diri sendiri. segalanya telah ditentukan. jika segalanya tak berlaku, mungkin aku masih hanyut dalam dunia aku sendiri. 

takdir? itu yang sebaiknya aku katakan. Tuhan tahu bagaimana hati aku, jadi dia turunkan kesulitan buat aku supaya aku sedar dan kembali kepada-Nya. mungkin agak kejam bila aku katakan yang aku mula sedar semula selepas ditinggalkan. apapun, terima kasih awak sebab tinggalkan saya. kalau tak, saya masih lagi tak sedar sampai sekarang. itu cuma ujian kecil yang Allah turunkan untuk saya dan ianya dah berjaya buat saya kembali kepada-Nya.

perasaan? dah lama aku berperasaan begini. dan perasaan tu makin lama makin menebal sejak mak mula menukar cara penampilan dan membuat keputusan untuk mengunjugi tanah suci bersama ayah. dari situ aku sedar dan aku mula menanam niat. insyaallah, aku ingin juga seperti mak. sama-sama membantu mak belajar dan aku juga turut belajar sama. alhamdulillah ya Allah, indahnya perasaan ini!

keluarga? kawan? aku tahu mereka gembira jika perkhabaran ini disampaikan. siapa tak gembira jika terima hidayah Allah bukan? aku harap mereka menerima perubahan aku. aku masih lagi sedang belajar. mungkin sekarang tak dapat dilihat dari sudut pemakaian. insyaAllah, satu hari nanti penampilan akan diubah. sekarang aku masih lagi belajar untuk istiqamah dalam ibadah. bagi aku, itu penting sebelum aku berubah. ingin kukuhkan amalan dan hati supaya tak rapuh bila ingin berubah nanti. doakan aku :')

diri sendiri? aku cuma berdoa supaya aku sentiasa istiqamah dalam perjalanan aku yang satu ini. aku tak mahu berpatah balik. dan manusia sentiasa melakukan kesalahan, aku juga begitu. tak lari dari kesilapan. maafkan aku, doakan aku. semoga ada cahaya yang menanti disebalik perubahan ini.


sincerely from nadya :)

No comments:

Post a Comment