nampak tak? sakan sangat terus buat entry. terukk nadya. TERUK! okey, penyakit gila ni dah datang balik. mula dengan zati yang tetiba kasi idea ajak pegi cameron semalam. aku jadi mcm err, cameron? sape yang larat drive wehh? adhwa? kesian pulak mamat tu. haha ;) aku kasi idea nak pegi cameron kat fana pastu fana pun macam krikk krikk je. cameron? tak sesuai utk gadis single mcm kitorang okeyy. haha :D
aku terus kasi idea water theme park i-city sebab aku memang pernah aim tempat tu. lagipun aku ngn fana memang tak penah pegi water theme park. ape kata cuba sekali sebelum tinggalkan bumi UKM kann :) aku pun pantang benda cenggini cepat-cepat review price sume. padahal duit belum tentu ada lagi. tengok je dulu. kasi datang mood excited tu :) dah nampak dah boleh ajak sape kat shah alam tu. hikhikhik
setakat ni i-city aku pernah pegi tengok lampu-lampu tu sume ngan masuk snow walk je. tapi snow walk tu aku dah tobat ahh nak masuk. gile bapak sejuk wehh. masa tu masuk sebab nak bawak mak ayah jenjalan.
masa dalam tu jangan tanya aku macam mana. separuh beku dah. suhu -3 kot. aku ni dah la jenis tak tahan sejuk sangat memang berlari cari pintu keluar jelah.
masa aku ngn family pegi snow walk tu, water world still under construction. tetiba sem lepas iema inform cakap water world tu dah bukak. tapi sampai sekarang aku tak dapat nak pegi lagi. sedihh. ni yang sakan tengok price ni. meh aku kongsi kat korang skali
Waterworld:
Operation Hours: 11am - 7pm (daily)
Ticket Price: RM40 (Adult) / RM30 (child)
Snowalk:
Operation Hours: 10am - 12am
Ticket Price:
10am - 5.45pm: RM25 (Adult) / RM20 (child)
6pm - 12am: RM35 (Adult) / RM30 (child)
Funworld:
Operation Hours: 2pm - 12am
Trick Art Museum Ticket Price: RM10 per pax
5D Cinema: RM10 per pax
Funworld Rides and Attractions Ticket Prices: RM5 to RM10 per ride
City of Digital Lights:
Operation Hours: 6pm - 12am
City of Digital Lights Rides & Attractions: RM5 to RM10 per ride
Parking:
Mon-Fri: 6am-7pm: RM1 (1st hour), RM1 (every subsequent hour, max RM3, must exit before 7pm)
Mon-Fri:7pm-6am: RM10
Sat&Sun. PH: RM2 (first 2 hour), RM2 (every subsequent hour)
at least aku letak sini senang sikit nak tengok balik nanti kan. selamat menjamu mata dan menahan nafsu nak pegi. kahkahkah
sincerely from nadya :)