hai, seminggu amek masa nak update. sabar jelah perangai kan. ok lah, ahad lepas, aku dapat satu undangan pegi wedding someone. guess who? abang wan. abang kepada encik gula-hati aku. wahhh. mcm ape je excited nye bila dapat invitation mcm tu.
bila dah nak pegi wedding tu, kau bukan jumpa dia dan abg dia je. kau kene jumpa mak, ayah, adik-adik, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu dan segalanya lah dalam family dia. nahhhhh sabtu malam tu jenuh jugak aku pujuk hati sendiri suruh tahan sikit debar nak jumpa semua orang ni. mengantuk punya pasal, tertidur jugak lah aku.
so esoknya, pukul 11 datang lah encik gula-hati dari kuala kangsar pick-up aku kat rumah. mengada sangat kannn. hahaha. biarlahhh, encik gula-hati aku tak heran, yg korang over sangat pehal? *cakap dalam hati. selepas sesat mencari rumah, then kasi instruction semula. maka sampai lah dia ke rumah mak ayah aku. sambut masuk rumah sat, sembang2, 11.30 mcm tu gerak ke kuala kangsar balik.
sampai ke padang rengas, singgah petronas tunggu encik gula-hati tukar pakai baju melayu *walapun hanya menyarung selipar jepun. >.< then, bergerak lah kami masuk ke perkarangan Kolej Vokasional Kuala Kangsar. benda pertama buat ialah keliling dewan kolej dulu untuk cari kereta kancil. motif? dalam tu ada kasut. hahaha. rupanya kereta tu still ada kat rumah, ok pegi rumah pulak.
sampai je depan rumah, nahhhhh ramai gila sedara mara si kakak ipar encik gula-hati ni. penuh satu kemah depan rumah tu. nak buat apa? keluar dengan muka yg blushing *baju sedondon habis ni. sampai ada orang bahan kata kami ni pengantin no.2. cissss! hahaha. tak pasal je kene candid dengan adik dia. hikss
*kemain sangat nadya kannn >.<
setel semua hal kat rumah, gerak ke dewan dengan pengantin. sampai je pengantin, biasa lah kann pengantin naik pelamin dulu then turun makan. jgn dengki sebab aku dapat makan meja pengantin. siap dengan kunjungan makcik-makcik dia lagi. sorang-sorang datang mengusik. tak pasal je haritu aku diet sebab makan sikit. hahahaha
makanan dia sedap. yelah, kalau org2 tua ni, dia pegi kenduri, tak tgk benda lain, no 1 kene tgk makanan dia. catering ni amek dari kuala kurau. menurut mak dia yg aku temu ramah tu, katanya bapak dia suka catering ni, sedap. org yg datang pun puji. baguslah kalau mcm tu kan. kalau org muda ni, perangai bila pegi kenduri orang, 1. tgk pelamin; 2. tengok doorgift dia kasi apa; 3.lastly baru makanan. hahahaha. betul tak?
punya lah lama aku menempek kat kenduri orang tu, sampai rasa mcm wedding family sendiri *coming soon, insyaAllah :) dah lepas zohor, barulah amek kesempatan bergambar dengan pengantin.
benda pertama aku nak puji ialah: pelamin. cantik gila wehhh. sesuai dengan tempat yg dibuat dalam dewan. pelamin pulak atas pentas, so besar mana pentas, besar tu lah pelamin dia. terbaikkk lah! so, dah pukul 3 something mcm tu aku pun beransur pulang dihantar oleh encik gula-hati semula ke rumah. pandai amek, pandai hantar ye. hehe. begitulah cerita ahad lepas.
p/s: kesah hadiah wedding abg wan ni lawak gila. aku kene redah hujan bagai tahu masa nk bawak balik hadiah tu dari ukm ke k.l? alhamdulillah, hadiah dah diterima pun. semoga mendapat manfaat ;)
p/s: kesah hadiah wedding abg wan ni lawak gila. aku kene redah hujan bagai tahu masa nk bawak balik hadiah tu dari ukm ke k.l? alhamdulillah, hadiah dah diterima pun. semoga mendapat manfaat ;)