Thursday, 5 December 2013

rezeki.

harini hari khamis dan khamis kali ni tak macam khamis biasa. *banyak nye perkataan khamis.

minggu ni, bangun je tidur terus fikir hari jumaat. punya lah tak sabar nak balik rumah *walapun balik k.l je* tapi sebab frust tak balik ipoh minggu lepas, minggu ni perasaan die lain sikit. tapi ceritanya sekarang bukan pasal tu, nak cerita pasal rezeki. 

kelas pukul 8 pagi dah diganti ke isnin haritu, jadinya aku masih lagi berada diatas katil sambil diselimuti selimut kesayangan. pukul 10 siap-siap ke kelas dengan perasaan yang biasa-biasa je. kelas ekonomi malaysia, macam biasa presentation. 2 group je present minggu ni dan disebabkan si jasmimi lambat, jadi bagi peluang pang dan aliff present dulu. alhamdulillah. slide kali ni dapat pujian. tak macam slide minggu lepas yang tetiba boleh ter-pilih syarikat yang sama pulak. 

pukul 2 kelas OR, sebelum kelas, bell kasi surat intern yang supposedly aku amek kat tingkat 6 FEP hari isnin tapi dah diambil oleh asma. berita menyedihkan bila bell kata takde elaun untuk intern ni. waaa T.T aku cek surat tu, yup. memang betul takde elaun. sampainye hatiiiiiii :'(

kelas habis awal, 10 minit sebelum 5 petang. sambil jalan balik dari FEP, aku singgah ke cafe FST untuk cari makanan berbuka. *berjalan ke stall kebab, ramai orang. *nampak pau. decide untuk beli pau, tengok2 ade orang lain nak beli pau yg sama. orang ni mcm dpt baca fikiran aku, sbb kat situ pau kacang ada 4 je. then die beli dua, aku beli dua. *bayar.

sambil jalan nak balik ke kolej, decide untuk beli makanan yang tak berapa berat sgt. sebab tadi beli pau kan, tetiba terfikir nasi lemak anney. masuk dengan muka yang biasa, tegur alia sebab nampak die ada dlm tu jugak. fikir nak beli roti untuk sarapan esok, ambil roti blueberry 2 dan satu nasi lemak telur. letak kat kaunter. *masa tu ade seorang lelaki, gaya mcm lecturer tengah sembang dgn anney. sambil seluk tangan kat dlm beg nk cari duit, tetiba encik ni dah keluar duit bayarkan.

at first aku ingat die ada beli sesuatu, sebab tu die keluarkan duit utk bayar. not yang dihulurkan sama. RM5. then die convince anney utk amek duit die dan abaikan duit aku. "saya bayar" katanya. aku terdiam. ucap terima kasih dengan senyuman paling manis yang aku mampu dan berlalu pergi dengan makanan di tangan. berjalan ke bilik dengan senyuman yang tak lekang. 

p/s : terima kasih kepada encik yang membayar makanan saya. rezeki orang berpuasa mungkin. alhamdulillah, semoga Allah merahmati rezeki encik ;)


sincerely from nadya :)

No comments:

Post a Comment