Wednesday, 25 February 2015

jatuh bangun

Bismillah.

Kembali semula dalam entry yang baru. Jatuh bangun? Korang semua tentu pernah merasai pengalaman jatuh dan bangkit semula dlm hidup korang kan? Tell me if you don't. Jatuh bangun ni tak kira lah dari segi ape. Ada org dr segi pendidikan, pekerjaan, hubungan dengan keluarga atau yang orang biasa lalui sekarang ialah percintaan. Part last ni even budak tak habis sekolah lagi pun dah rasa.

Aku,
Aku ada masa lampau yang cerah, suram dan gelap. Aku dah rasa jatuh bangun dalam semua part yang aku nyatakan kat atas tadi. Bagi aku, semua orang tak sependapat, semua orang berbeza identiti dan paling penting semua orang berbeza pendirian. Aku percaya setiap orang ada pendirian masing-masing. Hatta sekecil2 benda sekalipun mesti dia ada pendirian sendiri. Itu yang kita semua tak boleh ubah. Jadi, jangan pernah pertikaikan pendirian seseorang. Sama ada pendirian seseorang itu melanggar hukum agama, adat dan budaya sekalipun kita takde hak nak mempertikaikan, yang kita boleh buat ialah nasihat. Nak terima atau tak, belakang cerita.

Aku admit yang aku berubah bila masuk working life. Hidup aku weekdays ialah kerja, balik rumah dan tidur. Jumaat lepas kerja balik rumah angah sampai ahad, petang tu balik rumah sewa semula. That my routine now. Sebelum ni 3 bulan aku kerja tak duduk diam. Kerja berjalan je. Balik keje rehat jap pastu keluar balik, balik tidur esok pagi keluar g keje balik. Itu pun sebab bukan keje kat office, sbb tu fieldwork kan. Kalau fikir balik, rutin skrg ni mcm aku praktikal 4 bulan dulu. Cuma bezanya masa tu duduk dengan mak, skrg duduk rumah sewa. 

Paling penting aku faham yang takde orang boleh faham perubahan aku yang mcm lalang ni. Kejap pendirian aku mcm ni, kejap macam tu. Aku sendiri pun rasa nak ketuk kepala sendiri, apetah lg korang. Tapi jenis aku malas nk amek port pasal org, aku nk buat ape aku punya hal as long as tak melanggar batas agama. Aku nak korang letakkan pendirian korang sekuat-kuatnya. Supaya takde sapa boleh jatuhkan korang. Kalau korang jatuh sekalipun, korang boleh bangun dan berkata "aku boleh". 

Aku banyak kali rasa jatuh bangun ni. Ada pernah sekali aku sampai rasa putus asa utk sesuatu perkara tu. Tapi lama-lama fikir sampai bila nk mcm tu? Sampai bila nak down kan diri sendiri padahal kita ada pilihan utk bangun semula? Lepas tu aku bangun dan lepaskan semua. Sikit pun aku tak simpan dalam hati, after that hidup aku gembira tanpa fikir pasal orang. 

Kalau korang belum start, jangan kata tak boleh. Kalau dah start, jangan pernah rasa nak berhenti dari mula semula. Putus asa tak boleh ada dalam kamus hidup sesiapa pun. Everyone deserve a happy life in their own style. Dan ini style aku.

Aku kongsikan supaya korang berfikir, bukan semua manusia dalam hidup ni sentiasa gembira, ada jugak sedihnya tapi jangan biar kesedihan tu membelenggu hidup sampai korang terbantut segala impian korang. 

Semoga hidup kita semua dilimpahi rahmat dari Allah. Sekian. 


Nadiah.

sincerely from nadya :)

Tuesday, 24 February 2015

kursus oh kursus

Selamat petang. Sebagai pekerja yang berdedikasi *tangan didada mata keatas* seseorang itu perlulah mrnghadiri kursus untuk memantapkan kerja-kerja dan sahsiah beliau *muntah hijau* kahkahkahkah..

Merepek je kerjanya si nadiah ni. Tak tahu lah aku apa nak jadi. Lempang kang. Hmmm ok lah, aku sebenarnya nk story psl kursus. Staff2 ukm ni haruslah mencukupkan jam kursus sebanyak 48 jam yang bersamaan dengan 7 hari. Jenis dan tempat kursus bergantung kepada keadaan. Mostly bangi dan ppukm jelah. Kampus KL sgt susah nk buat kursus sebab staff pun bape kerat je. Tak mcm bangi dan ppukm.

Ada orang pilih nak kursus melagha, ada orang nak kursus berjalan merata..like i always said setiap orang lain2 perangai sebab bukan semua rambut hitam ada yg perang ada yg putih. Ye dak?

Ok dah merepek. So, sebagai staff baru, aku kene la g induksi. Senang cite cam orientasi laaa. Paling 'gembira' ialah kursus ni kat bangi. Yelah, nama pun aku lantikan bangi kan memang la induksi sana. Untuk menambahkan jam kursus, aku pun accept dengan gembira.

Maka, berangkatlah aku ke bangi esok selama satu malam. Habis kursus aku chow g balik rumah angah. Begitulah rutin weekend seorang nadiah. So, jumpa di ukm bangi esok. Bye!

LOL, nadiah.

sincerely from nadya :)

air tangan

Selamat malam. Pelik sikit kan bila aku update blog di malam hari? Sila rasa pelik kalau anda tiada rasa itu. *kejam*

Sebenarnya aku puas merenung keluar jendela...melihat kebesarannya untuk cari idea nak update blog. At last aku fikir, biarlah aku tempek sesuatu yang menarik di lidah.

Firstly, aku nak bgtau aku ni adalah seorang anak dara yang malas masuk dapur kalau balik rumah mak. Why? Sebab aku tahu mak masak double triple lagi sedap. Tapi mak selalu buat supaya aku kene jugak masak sekali dua. Errggghhhh...

Kalau kat rumah sewa, aku masak ikut suka hati. Agak rasa nak makan apa, baru aku masak mengikut bahan yg mudah di cari. Yelah, kau kene la paham satu rumah 4 org. Peti ais ada satu, nak sumbat barang 4 org. Bila beli stok peti ais je, kene susun brg dlm tu bg muat.

Awal2 duduk sini haritu aku agak excited jugak nak masak tp sekarang perasaan tu pudar sikit atas alasan susah nk simpan barang. Lepastu aku kalau masak, dah bajet dah sekali makan je, tengok2 ade lebih jugak. Tu lagi satu hal..

Sekarang ni aku nak tempek beberapa makanan yg aku masak sepanjang kat rumah sewa. Tapi ni bukan semua, takkan megi ngn telur goreng pun aku nak tunjuk. Logik sikit k









Okay, gambar pankek dengan roti telur cheese tu paling latest. Tu juadah berbuka tadi. Kalau nak tahu, aku suka masak apa yang aku suka makan je. Kecuali yang ayam lemon tak jadi tu. Tu baru first time aku try malangnya tak jadi. Waaaa *nangis dua baldi*

So, itu jelah yang dapat aku tunjukkan kali ni. Semoga berbahagia dan sihat selalu. Jumpa next entry.

LOL, nadiah.

sincerely from nadya :)

Monday, 16 February 2015

Ole-ole meow-meow

Selamat pagi.

Minggu lepas angah pegi berkursus 4 hari kat sarawak. Balik tu angah beli ole-oleh untuk kitorang semua. Nasib baik beli, kalau tak taknak kawan. Hahahahaha. Ok gurau jelah.

Tapi ok jugak kalau beli sebab nak dapat g sana ntah tahun bila pulak, so dapat la buat kenangan walaupun tak g sendiri.


So, semua orang dapat t-shirt sorang satu. Tapi nak bagi jeles sume orang, aku je dapat warna kegemaran. Sebabnya kata angah die xtau warna kegemaran orang lain selain aku. Tu laaa, lain kali show your colour k. 😚😚 Baju adik pun cantik jugak sebab kaler purple cair dan gambar kucing besar. Tapi masih lagi baju aku tercantik di hati. Kahkahkahkah taknak kalah.

So, setiap rumah dapat kek lapis berlainan perisa. Paling untung aku la sebab sensorang makan satu bekas. Hahaha. Kau gila? Aku potong2 kasi akk kat office sikit n housemate sikit. Aku nak makan sorang benda tu mmg harapan la...

Kesimpulannya, dapat kek lapis baju kucing dan keychain burung kenyalang. Yeayyy happy me

LOL, nadiah.

sincerely from nadya :)

Saturday, 14 February 2015

kucar kacir

Selamat pagi guys. Eh boleh kata pagi lagi kan? Sbb belum 12 tengahari. Hahaha. Btw, sejak bila seorang nadiah tersangat rajin meng-hupdate blog di hari minggu?

Sebenarnya, nak update blog ni xmenjadi masalah pun. Kat mana-mana pun boleh cuma kalau dah ada perangai big M tu memang segalanya kalah. 

Tapi paham la, bila tetiba rajin nak menaip takde point pulak nk bercerita. Pening pulak kepala itewww. *sila muntah hijau* 

.
.
.
.
.
.

Woii nak buat entry ape ni woii..movie pun dh habis download, ape aku nak merepek kat sini xdapat2 lg. Sabar jelah hakak....itu lah salah satu sebab kenapa aku tak rajen nak hupdate. 


Jumpa lagi di entry yg berlimu nanti. Muahahahahahaha


LOL, nadiah.

sincerely from nadya :)

Wednesday, 11 February 2015

kisah yang tertangguh part 2

Sedaya upaya lah aku menaip pakai keyboard kecik ni entry panjang2 kan. Demi untuk melunaskan janji-janji yg pernah aku buat. *ohhh nadiahhh kenapa kauu berjanjiiii!! Hahahaha.

Okay, kali ni aku nak cerita pasal graduation day dan pre-graduation pulak.

At that time, aku masih lagi bekerja dgn LPPKN dan masa tu aku kat penang. Jadi, dari penang aku amek bas direct ke k.l. Stay rumah angah sbb senang, nanti mak ayah adik beradik lain pun akan kumpul kat situ. Aku datang awal sbb nak pegi raptai konvo + amek jubah dll dan pre-grad lahhh ape lagi.









Cukuplah sikit2 kan. Karang muntah hijau pulak korang tengok gambar aku banyak2. Hahaha. Aku nak pesan, sape yang nak konvo nanti please la bawak fon. Sebab korang akan kebosanan mcm aku. Aku sampai tidur kott masa TNC berucap tu. Buruk perangai kann..

Lepas habis sesi graduation tu, petangnya aku sekeluarga pegi amek gambar family sebagai kenangan.



Sebelum ni mana penah lagi kitorang amek gambar studio. Masa aku grad tu la first time. Tu pun sbb permintaan aku. Takpe, next time aku akan pastikan akan ada gambar family kat studio lg. Must have!


Malam nye pulak untuk meraikan graduation aku, aku belanja semua makan steamboat. Rugi adik ngn abg ipar aku yg takde tu. Hahahaha. Semua baju sama dari pagi sampai malam. Adoiyaiii..

Itu jelah cerita hari graduasi aku. Semoga korang bergembira sebab aku dah pun melunaskan dua janji aku. Yeayyy tepuk tangan...

LOL, nadiah.

sincerely from nadya :)

kisah yang tertangguh part 1

Selamat pagi.

Ape khabar manusia-manusia sekalian? Aku sekali lagi tak mengotakan janji. Dasar manusia betul. Haihhh maafkanlah aku untuk ke ribu-ribu kali.

Aku tahu aku hutang cerita yang aku janji masa entry yang lepas. Ok, aku cuba sedaya upaya nak update pakai fon ni. Jadi harap bersabar ye.




Ok, tiga ketul gambar diatas ialah gambar teammates yang sama-sama bersusah senang dimaki dimarah gembira menangis tersenyum selama tiga bulan. 

Pekerjaan yang tak akan aku lupakan. Pembantu perangkaan bagi KPKM-5. Travel around north penisular malaysia. Almost 4 bulan makan minum tidur kat hotel. Paling rendah hotel 2 bintang dan paling tinggi 5 bintang. Siapa nak bagi pengalaman camni? LPPKN bagi. Thanks. 

Sepanjang bekerja tu lah kene hadap pelbagai kerenah orang. Kerenah bos, senior, kawan-kawan dan especially responden. Nampak senang tapi siapa yg kerja je tahu mcm mana. 


Tapi, aku tarik diri dihujung bulan ketiga. Bukan sebab penat. Tapi sebab ada rezeki lain menanti aku. Alhamdulillah. Aku tabik dekat diorang sbb berjaya menghabiskan survey ni. Bagi pihak diorg, aku juga bangga. Tahniah sahabat. 

Sepanjang bekerja, diorang lah sahabat yang sentiasa ada dengan aku. Dan sekarang aku rasa kehilangan sgt sbb kerja kat sini takde kawan mcm diorg. *nangis dua baldi* 

Nadiah saje lettewww kann..hahaha. Tapi serius la, bila kau jauh dgn family, kawan jelah tempat meluahkan rasa hati. 

Walaubagaimanapun, aku sentiasa berdoa yang mereka ni akan dapat kerja as soon as possible. Yelah, aku paham perasaan dh biasa kerja dr pagi smpai malam tetiba skrg xkerja duduk je melangut kat rumah tengok siling. Sakit die disini taww (hati)..

So, secara ringkasnya korang dah tahu la sejarah pekerjaan aku mcm mana kan. Sekarang alhamdulillah aku kerja kat ukm sbg pembantu tadbir. Suasana kerja tak stress tapi aku yg stress sbb takde keje nak dibuat. Hahahaha dasarrrr manusiaaaaa!!! 

Ok dah, cukuplah cerita pasal pekerjaan tak seberapa aku ni. Bagi aku ni cara mendapatkan pengalaman hidup yang tak boleh diajar di mana-mana hatta di universiti oxford sekalipun. Setiap orang ada cara tersendiri. 


LOL, nadiah. 





sincerely from nadya :)