Ape khabar manusia-manusia sekalian? Aku sekali lagi tak mengotakan janji. Dasar manusia betul. Haihhh maafkanlah aku untuk ke ribu-ribu kali.
Aku tahu aku hutang cerita yang aku janji masa entry yang lepas. Ok, aku cuba sedaya upaya nak update pakai fon ni. Jadi harap bersabar ye.
Ok, tiga ketul gambar diatas ialah gambar teammates yang sama-sama bersusah senang dimaki dimarah gembira menangis tersenyum selama tiga bulan.
Pekerjaan yang tak akan aku lupakan. Pembantu perangkaan bagi KPKM-5. Travel around north penisular malaysia. Almost 4 bulan makan minum tidur kat hotel. Paling rendah hotel 2 bintang dan paling tinggi 5 bintang. Siapa nak bagi pengalaman camni? LPPKN bagi. Thanks.
Sepanjang bekerja tu lah kene hadap pelbagai kerenah orang. Kerenah bos, senior, kawan-kawan dan especially responden. Nampak senang tapi siapa yg kerja je tahu mcm mana.
Tapi, aku tarik diri dihujung bulan ketiga. Bukan sebab penat. Tapi sebab ada rezeki lain menanti aku. Alhamdulillah. Aku tabik dekat diorang sbb berjaya menghabiskan survey ni. Bagi pihak diorg, aku juga bangga. Tahniah sahabat.
Sepanjang bekerja, diorang lah sahabat yang sentiasa ada dengan aku. Dan sekarang aku rasa kehilangan sgt sbb kerja kat sini takde kawan mcm diorg. *nangis dua baldi*
Nadiah saje lettewww kann..hahaha. Tapi serius la, bila kau jauh dgn family, kawan jelah tempat meluahkan rasa hati.
Walaubagaimanapun, aku sentiasa berdoa yang mereka ni akan dapat kerja as soon as possible. Yelah, aku paham perasaan dh biasa kerja dr pagi smpai malam tetiba skrg xkerja duduk je melangut kat rumah tengok siling. Sakit die disini taww (hati)..
So, secara ringkasnya korang dah tahu la sejarah pekerjaan aku mcm mana kan. Sekarang alhamdulillah aku kerja kat ukm sbg pembantu tadbir. Suasana kerja tak stress tapi aku yg stress sbb takde keje nak dibuat. Hahahaha dasarrrr manusiaaaaa!!!
Ok dah, cukuplah cerita pasal pekerjaan tak seberapa aku ni. Bagi aku ni cara mendapatkan pengalaman hidup yang tak boleh diajar di mana-mana hatta di universiti oxford sekalipun. Setiap orang ada cara tersendiri.
LOL, nadiah.
No comments:
Post a Comment