Thursday, 13 October 2016

KURUS : Keinginan, Keperluan atau Tekanan

Nampak tajuk tu bukan main lagi. Dah macam syarahan je aku rasa. Tapi aku rasa ramai yang alami benda ni, termasuk la aku sendiri. Bagitau aku, orang berbadan besar mana yang taknak kurus? Even though kau ada pasangan yang tak kisah kau berbadan besar pun kau mesti rasa sebaliknya kan. Aku ada satu kisah pasal ni. 

Aku ni perempuan. Berbadan besar. Tinggi. Orang kata kalau tinggi ni takpe gemuk pun. Sebab aca-acah tak nampak gemuk sebab kau tinggi. NO! Orang maybe boleh cakap macam tu. Tapi aku sendiri naik penimbang tu rasa takut nak tengok  nombor ape yang keluar. tapi bila orang kata "takpe, kau tinggi" aku diamkan jelah. Sebab yang azab cari baju seluar semua aku. Korang tahu apa kan. Jadi aku pun slow-slow la buat macam-macam diet. Start yang aku perasan, aku turun 3-4 kg je. Lepastu dah tak jadi ape. Aduhhh ni sekarang aku dah pening nak buat diet cara apa. Hahahaha

Ada lagi satu cerita, aku ada sorang kenalan. Wanita. Belum berkahwin. Badan dia tak besar mana pun. Tapi dia rendah sikit dari aku. Lepastu dia jenis pakai baju kurung yang besar-besar tau pegi kerja. Masa aku start nak diet sebab ada run ortho PPUKM last month. Dia pun bagitahu dia start diet jugak. Dia tak makan. Kadang-kadang makan pun sekeping dua biskut sehari. Kau bayangkan? Dia lose weight belas kg jugak la. Tergugat aku dowhh. So tadi pagi tetiba terbukak cerita pasal dia dengan orang lain. Sebab org lain dah perasan dia ni dah kurus sangat macam ape je. 

Rupanya, aku baru tahu cerita yang dia kuruskan badan sebab orang kampung dia dok mengata. Like seriously?? Ape orang kampung dia semua kurus macam lidi ke? takde orang yg obesiti kat kg tu? Aduhh aku dengar rasa berdesing je telinga dengar. Barulah aku sedar kenapa dia nak sangat kuruskan badan. Dia pernah cakap dengan aku tau. Dia takut nak makan. Satgi makan sikit terus naik mendadak. Kau bayangkan sampai tahap tu dia takut weh. Ni dah jadi tekanan. Bukan keperluan dah. Lagipun dia tu kurus je sebelum ni. Ape la masalah orang-orang ni nak cakap camtu. 

Korang nak tahu ape orang tu cakap? "kalau dah kawen, badan besar takpe la. Ni anak dara lagi" Serius aku dengar rasa nak carut je. Kalau aku duduk kampung tu memang aku dah sekolahkan diorang ni. Mak aku kalau dengar kata aku tak makan sebab nak diet, memang kene la aku. 

Ni la masalah besar orang-orang kita ni. Tak habis sekolah mengata, tak sambung belajar mengata, tak kawen mengata, dah kawen tak dapat anak mengata, anak tak bertambah-tambah mengata, kurus mengata, gemuk pun mengata. tak paham aku. Tekanan ni bahaya tau guys. Kalau korang yang dah biasa kena ni sangat la bahaya. Silap haribulan boleh terjun bangunan. Kalau yang tak kena lagi ni. Doa la banyak-banyak supaya tak kena. 

Semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t. InsyaAllah Amin.


sincerely from nadya :)

Menghilang

Assalamualaikum.

Perghh lama jugak aku menghilang dari sini ek..maafkan daku yerr.

Sebenarnya, aku bukan saje-saje menghilang. Tapi kan, lepas aku pindah rumah dari Prisma Perdana ke Taman Jaya, aku terus mengabaikan laptop kesayangan ni. Sebab masa pindah barang tu, aku pass kat mak surh bawak balik Ipoh terus. Plus aku kan kerja mengadap pc setiap hari. tak larat la aku balik kerja menghadap laptop lagi.

Lepastu mulalah zaman laptop aku merajuk. Aku sedar pun awal tahun haritu. Al kisahnya angah nak pinjam laptop aku letak kat rumah dia sebab dia senang nak buat kerja. Sekali tengok, laptop aku tak keluar apa-apa kat screen. aku masa tu dah macam nak nangis dah. Bila review nak repair bukan main mahal lagi. Terperap lagi laptop tu tak dibaiki.

Tetiba dua bulan lepas aku sembang dengan bos kecik aku. Sebab dia ni pandai bab-bab pc laptop semua ni. Kat office kalau jadi pape kat pc, jarang sangat la panggil PTM. Kecuali ada benda-benda dalaman pc je kitorang kene panggil. So, aku pun cakap la kat dia laptop aku tak keluar pape kat screen. aku kasi dia tak sampai seminggu pun. Plus masa tu pun sibuk sikit banyak kerja. Ade 1 hari jumaat tu, aku cuti skali dia whatsapp gambar laptop aku dah elok, Bila aku tanya, dia kata screen aku elok, just ade wire yg terputus sikit je..sambung benda tu ok dah.

The next isnin tu, aku pun belanja dia makan untuk balas jasa dia baiki laptop aku. Aku insist nak belanja air kat gloria coffee. Tapi dia mcm serba salah, then aku belanja green tea cawan besar dengan nasi ayam kunyit kat pagar je,

Maka, kembali la semula laptop kesayangan aku. Mula dari tu, kau jangan tanya. Rajin gila aku on benda alah ni. Kalau merajuk lagi tak tahu la. Tu la sebab aku mengilang. Biaselah, aku kan memang camtu. sikit-sikit hilang. Okay la, stay tuned untuk cerita seterusnya tau! Byeeee
sincerely from nadya :)