Thursday, 5 December 2013

rezeki.

harini hari khamis dan khamis kali ni tak macam khamis biasa. *banyak nye perkataan khamis.

minggu ni, bangun je tidur terus fikir hari jumaat. punya lah tak sabar nak balik rumah *walapun balik k.l je* tapi sebab frust tak balik ipoh minggu lepas, minggu ni perasaan die lain sikit. tapi ceritanya sekarang bukan pasal tu, nak cerita pasal rezeki. 

kelas pukul 8 pagi dah diganti ke isnin haritu, jadinya aku masih lagi berada diatas katil sambil diselimuti selimut kesayangan. pukul 10 siap-siap ke kelas dengan perasaan yang biasa-biasa je. kelas ekonomi malaysia, macam biasa presentation. 2 group je present minggu ni dan disebabkan si jasmimi lambat, jadi bagi peluang pang dan aliff present dulu. alhamdulillah. slide kali ni dapat pujian. tak macam slide minggu lepas yang tetiba boleh ter-pilih syarikat yang sama pulak. 

pukul 2 kelas OR, sebelum kelas, bell kasi surat intern yang supposedly aku amek kat tingkat 6 FEP hari isnin tapi dah diambil oleh asma. berita menyedihkan bila bell kata takde elaun untuk intern ni. waaa T.T aku cek surat tu, yup. memang betul takde elaun. sampainye hatiiiiiii :'(

kelas habis awal, 10 minit sebelum 5 petang. sambil jalan balik dari FEP, aku singgah ke cafe FST untuk cari makanan berbuka. *berjalan ke stall kebab, ramai orang. *nampak pau. decide untuk beli pau, tengok2 ade orang lain nak beli pau yg sama. orang ni mcm dpt baca fikiran aku, sbb kat situ pau kacang ada 4 je. then die beli dua, aku beli dua. *bayar.

sambil jalan nak balik ke kolej, decide untuk beli makanan yang tak berapa berat sgt. sebab tadi beli pau kan, tetiba terfikir nasi lemak anney. masuk dengan muka yang biasa, tegur alia sebab nampak die ada dlm tu jugak. fikir nak beli roti untuk sarapan esok, ambil roti blueberry 2 dan satu nasi lemak telur. letak kat kaunter. *masa tu ade seorang lelaki, gaya mcm lecturer tengah sembang dgn anney. sambil seluk tangan kat dlm beg nk cari duit, tetiba encik ni dah keluar duit bayarkan.

at first aku ingat die ada beli sesuatu, sebab tu die keluarkan duit utk bayar. not yang dihulurkan sama. RM5. then die convince anney utk amek duit die dan abaikan duit aku. "saya bayar" katanya. aku terdiam. ucap terima kasih dengan senyuman paling manis yang aku mampu dan berlalu pergi dengan makanan di tangan. berjalan ke bilik dengan senyuman yang tak lekang. 

p/s : terima kasih kepada encik yang membayar makanan saya. rezeki orang berpuasa mungkin. alhamdulillah, semoga Allah merahmati rezeki encik ;)


sincerely from nadya :)

Tuesday, 26 November 2013

internship progress #1

alhamdulillah. Tadi dapat call dari Pejabat Kerajaan Negeri Perak, bagitahu permohonan praktikal kat situ dah diluluskan, dia inform jugak kata bell pun diterima tempat yang sama. kalau bell tak dapat tempat lain, dia pun akan prkatikal tempat sama dengan aku. alhamdulillah. 

gembira betul harini. yelah, bayangkan satu batu besar yang terhimpap dari awal sem dah pun diangkat dari bahu. lega dia jangan cerita la. mana taknya, dah 3 minggu risaukan pasal ni, sebabnya orang lain semua dah dapat jawapan diterima kat situ, diterima kat sini. tup tup aku satu tempat tak dapat lagi. SLAI tu jangan tanya, dah mcm facebook dah aku bukak. kalah Ifolio. yang mak pulak asyik ingatkan suruh call tanya tempat tu lepas aku bagitahu pasal permohonan intern kene tolak kat ASNB ngn Tabung Haji. 

thanks untuk doa dari kawan-kawan. aku selalu cite kat housemate ngn budak rumah sebelah, risau pasal intern ni. tempat tak dapat2. balik rumah tadi, tengok housemate tgh tidur. so, aku keluar terus g rumah sebelah cite pasal berita gembira ni. tapi orang first aku call, mestilah mak. dengar suara mak mcm lega. mak pun tahu perasaan aku mcm mana. 

sekarang ni boleh proceed untuk thesis dan final presentation beserta tutorial yang tak pernah habis ni. yeayyy ;)

sincerely from nadya :)

Tuesday, 19 November 2013

rindu. sahabat.


rindu,
siapa kata tak rindu? 
kenangan dicipta bukan untuk dilupakan,
tetapi untuk diingati selamanya.

sahabat, 
anda selamanya di hati,
disebut di dalam doa,
diseru di dalam mimpi.

menjauh bukan bermaksud menghilang,
segalanya masih terpahat di hati.

aku mohon, 
Tuhan jagakan mereka untukku,
kerana aku tak mampu untuk selalu berada disisi mereka,
menghadiahkan gelak tawa,
bersama ketika mereka duka.

*credit to Ainil Akmal


*maaf atas ketidak-sempurnaan aku selama ini. maaf atas segalanya. sayang korang. 



sincerely from nadya :)

Thursday, 10 October 2013

maaf. maaf. maaf.

setelah menghilangkan diri dari dunia blogging untuk beberapa ketika. punya lah rasa nak lempang diri sendiri laju-laju bila cek balik last post 9 august 13. cisss dah dua bulan lepas dah tu. satu perkembangan dunia blogger yg sangat tak bagus -.-"

nak kata kelas pack tu tak jugak, mungkin mood berblogging dah hilang diterbang dek angin rasanya. kekekeke >.< #alasan. okay, as you know sekarang aku dah masuk final year. only a few weeks left before berangkat pergi internship. kejap je masa berlalu. tuptup dah nak habis belajar dah. takut pulak rasa nak jump pegi working life. entah mcm mana lah agaknya. nak cari tempat intern pun kemain susah lagi, belum nak keje nanti. adoiiii. 

buat masa sekarang ni, kita letak tepi dulu semua tu. yang penting nak mintak maaf. #macam lah ade readers sangat. okeyy, see you in next post! 


sincerely from nadya :)

Friday, 9 August 2013

happy eid fitri.

SELAMAT HARI RAYA. 
dengan setulus hati, saya NURUL NADIAH ISAHAK ingin meminta ampun dan maaf dari pembaca sekalian atas keterlanjuran kata, kesilapan tutur kata, dan kesalahan budi bicara. semoga dihari raya yang mulia ini kita semua dapat saling bermaaf-maafan sesama kita. 

semoga keindahan syawal ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik selepas melalui bulan ramadan selama sebulan. insyaAllah :') 


Nak kasi lemang tak sampai, mampu tayang gambar je. Semoga bergembira semua ;)




sincerely from nadya :)