Saturday, 14 February 2015

kucar kacir

Selamat pagi guys. Eh boleh kata pagi lagi kan? Sbb belum 12 tengahari. Hahaha. Btw, sejak bila seorang nadiah tersangat rajin meng-hupdate blog di hari minggu?

Sebenarnya, nak update blog ni xmenjadi masalah pun. Kat mana-mana pun boleh cuma kalau dah ada perangai big M tu memang segalanya kalah. 

Tapi paham la, bila tetiba rajin nak menaip takde point pulak nk bercerita. Pening pulak kepala itewww. *sila muntah hijau* 

.
.
.
.
.
.

Woii nak buat entry ape ni woii..movie pun dh habis download, ape aku nak merepek kat sini xdapat2 lg. Sabar jelah hakak....itu lah salah satu sebab kenapa aku tak rajen nak hupdate. 


Jumpa lagi di entry yg berlimu nanti. Muahahahahahaha


LOL, nadiah.

sincerely from nadya :)

Wednesday, 11 February 2015

kisah yang tertangguh part 2

Sedaya upaya lah aku menaip pakai keyboard kecik ni entry panjang2 kan. Demi untuk melunaskan janji-janji yg pernah aku buat. *ohhh nadiahhh kenapa kauu berjanjiiii!! Hahahaha.

Okay, kali ni aku nak cerita pasal graduation day dan pre-graduation pulak.

At that time, aku masih lagi bekerja dgn LPPKN dan masa tu aku kat penang. Jadi, dari penang aku amek bas direct ke k.l. Stay rumah angah sbb senang, nanti mak ayah adik beradik lain pun akan kumpul kat situ. Aku datang awal sbb nak pegi raptai konvo + amek jubah dll dan pre-grad lahhh ape lagi.









Cukuplah sikit2 kan. Karang muntah hijau pulak korang tengok gambar aku banyak2. Hahaha. Aku nak pesan, sape yang nak konvo nanti please la bawak fon. Sebab korang akan kebosanan mcm aku. Aku sampai tidur kott masa TNC berucap tu. Buruk perangai kann..

Lepas habis sesi graduation tu, petangnya aku sekeluarga pegi amek gambar family sebagai kenangan.



Sebelum ni mana penah lagi kitorang amek gambar studio. Masa aku grad tu la first time. Tu pun sbb permintaan aku. Takpe, next time aku akan pastikan akan ada gambar family kat studio lg. Must have!


Malam nye pulak untuk meraikan graduation aku, aku belanja semua makan steamboat. Rugi adik ngn abg ipar aku yg takde tu. Hahahaha. Semua baju sama dari pagi sampai malam. Adoiyaiii..

Itu jelah cerita hari graduasi aku. Semoga korang bergembira sebab aku dah pun melunaskan dua janji aku. Yeayyy tepuk tangan...

LOL, nadiah.

sincerely from nadya :)

kisah yang tertangguh part 1

Selamat pagi.

Ape khabar manusia-manusia sekalian? Aku sekali lagi tak mengotakan janji. Dasar manusia betul. Haihhh maafkanlah aku untuk ke ribu-ribu kali.

Aku tahu aku hutang cerita yang aku janji masa entry yang lepas. Ok, aku cuba sedaya upaya nak update pakai fon ni. Jadi harap bersabar ye.




Ok, tiga ketul gambar diatas ialah gambar teammates yang sama-sama bersusah senang dimaki dimarah gembira menangis tersenyum selama tiga bulan. 

Pekerjaan yang tak akan aku lupakan. Pembantu perangkaan bagi KPKM-5. Travel around north penisular malaysia. Almost 4 bulan makan minum tidur kat hotel. Paling rendah hotel 2 bintang dan paling tinggi 5 bintang. Siapa nak bagi pengalaman camni? LPPKN bagi. Thanks. 

Sepanjang bekerja tu lah kene hadap pelbagai kerenah orang. Kerenah bos, senior, kawan-kawan dan especially responden. Nampak senang tapi siapa yg kerja je tahu mcm mana. 


Tapi, aku tarik diri dihujung bulan ketiga. Bukan sebab penat. Tapi sebab ada rezeki lain menanti aku. Alhamdulillah. Aku tabik dekat diorang sbb berjaya menghabiskan survey ni. Bagi pihak diorg, aku juga bangga. Tahniah sahabat. 

Sepanjang bekerja, diorang lah sahabat yang sentiasa ada dengan aku. Dan sekarang aku rasa kehilangan sgt sbb kerja kat sini takde kawan mcm diorg. *nangis dua baldi* 

Nadiah saje lettewww kann..hahaha. Tapi serius la, bila kau jauh dgn family, kawan jelah tempat meluahkan rasa hati. 

Walaubagaimanapun, aku sentiasa berdoa yang mereka ni akan dapat kerja as soon as possible. Yelah, aku paham perasaan dh biasa kerja dr pagi smpai malam tetiba skrg xkerja duduk je melangut kat rumah tengok siling. Sakit die disini taww (hati)..

So, secara ringkasnya korang dah tahu la sejarah pekerjaan aku mcm mana kan. Sekarang alhamdulillah aku kerja kat ukm sbg pembantu tadbir. Suasana kerja tak stress tapi aku yg stress sbb takde keje nak dibuat. Hahahaha dasarrrr manusiaaaaa!!! 

Ok dah, cukuplah cerita pasal pekerjaan tak seberapa aku ni. Bagi aku ni cara mendapatkan pengalaman hidup yang tak boleh diajar di mana-mana hatta di universiti oxford sekalipun. Setiap orang ada cara tersendiri. 


LOL, nadiah. 





sincerely from nadya :)

Tuesday, 13 January 2015

summary

hai, bagi menunaikan janji aku nak update blog *tak tahu la kali ni berapa lama bertahan* aku kembali menaip. so, untuk bagi korang ingat balik pasal aku meh sini aku cerita kesimpulan yg terjadi lepas aku stop ber blog haritu

Jun : aku habis intern pada 3 jun 2014. lepastu aku cuma menganggur dan membesarkan badan

Julai : masih lagi menganggur

Ogos : pertengahan bulan ogos ni aku dah dapat kerja tapi kene pergi kursus kat Shah Alam dulu 2 minggu

September : 1 September ni aku start kerja. LPPKN. nanti aku cerita dengan lebih lanjut kat entry lain

Oktober : Masih lagi bekerja sambil travel

November : GRADUATED!!! yayy..ok masa ni masih lagi bekerja. tapi at the end november ni aku berhenti sebab dapat offer lain.

Disember : Aku mula bekerja dengan UKM. yeayyy UKM...

so itu adalah summary ape yg terjadi sekitar tahun lepas. cerita panjang nye nanti aku update lain.

jumpa lagi entry lainnn
sincerely from nadya :)

Sunday, 11 January 2015

kembali

Selamat tengahari isnin yang biru *baca : monday blues* 

walaupun ada permintaan untuk aku kembali menulis, tapi aku masih lagi confius mana nak start. Jadi aku fikir, better aku warming up dulu. Bagi orang tertunggu-tunggu next entry. sebabnya aku selesema dengan teruknya harini. dari pagi asyik typing error je. untuk mengelakkan dibahan, baik sabarkan dulu perasaan nak membaca tu ye. 

kalau agak rasa tak sabar tu, pegi baca tafsir Al-Quran. confirm lepastu takde rasa nak baca blog aku yang merepek je lebih ni.

tengah lunch time ni, bagi aku makan ubat lepastu rehat. korang? pegi lah buat ape yg patut. takkan itu pun aku nk bagitahu. jumpa next entry!

sincerely from nadya :)