Thursday, 13 October 2016

Menghilang

Assalamualaikum.

Perghh lama jugak aku menghilang dari sini ek..maafkan daku yerr.

Sebenarnya, aku bukan saje-saje menghilang. Tapi kan, lepas aku pindah rumah dari Prisma Perdana ke Taman Jaya, aku terus mengabaikan laptop kesayangan ni. Sebab masa pindah barang tu, aku pass kat mak surh bawak balik Ipoh terus. Plus aku kan kerja mengadap pc setiap hari. tak larat la aku balik kerja menghadap laptop lagi.

Lepastu mulalah zaman laptop aku merajuk. Aku sedar pun awal tahun haritu. Al kisahnya angah nak pinjam laptop aku letak kat rumah dia sebab dia senang nak buat kerja. Sekali tengok, laptop aku tak keluar apa-apa kat screen. aku masa tu dah macam nak nangis dah. Bila review nak repair bukan main mahal lagi. Terperap lagi laptop tu tak dibaiki.

Tetiba dua bulan lepas aku sembang dengan bos kecik aku. Sebab dia ni pandai bab-bab pc laptop semua ni. Kat office kalau jadi pape kat pc, jarang sangat la panggil PTM. Kecuali ada benda-benda dalaman pc je kitorang kene panggil. So, aku pun cakap la kat dia laptop aku tak keluar pape kat screen. aku kasi dia tak sampai seminggu pun. Plus masa tu pun sibuk sikit banyak kerja. Ade 1 hari jumaat tu, aku cuti skali dia whatsapp gambar laptop aku dah elok, Bila aku tanya, dia kata screen aku elok, just ade wire yg terputus sikit je..sambung benda tu ok dah.

The next isnin tu, aku pun belanja dia makan untuk balas jasa dia baiki laptop aku. Aku insist nak belanja air kat gloria coffee. Tapi dia mcm serba salah, then aku belanja green tea cawan besar dengan nasi ayam kunyit kat pagar je,

Maka, kembali la semula laptop kesayangan aku. Mula dari tu, kau jangan tanya. Rajin gila aku on benda alah ni. Kalau merajuk lagi tak tahu la. Tu la sebab aku mengilang. Biaselah, aku kan memang camtu. sikit-sikit hilang. Okay la, stay tuned untuk cerita seterusnya tau! Byeeee
sincerely from nadya :)

Friday, 17 April 2015

Rumors.

Anda semua pernah terima berita palsu? atau anda adalah orang yang mula sekali mencipta berita palsu? atau anda menerima dan menyebarkan berita palsu? Kebanyakan orang mungkin akan berada dalam kategori 1 dan 3. Tetapi sangat kurang dari kategori 2.

Semua orang mesti pernah menerima berita palsu sekurang-kurangnya sekali pada zaman serba canggih ini. Tetapi apakah keputusan anda? menyebarkan semula tanpa soal selidik atau tidak membuat soal selidik dan tidak menyebarkan mesej tersebut?

Wahhh serius sangat bunyi nya entri kali ni. izinkan aku gelak dulu dalam hati. Hahahahahaha. sebenarnya idea entri ni muncul selepas terima satu mesej palsu @ mesej berantai pagi tadi. mesej tersebut ialah
Tonight 12:30 am to 3:30 am cosmo rays entering earth from mars. So switch off your mobile at night. Don’t keep your cell with you & put it away while you are sleeping because they are too much dangerous rays: NASA informs BBC NEWS. Pls spread this news.
mesej tersebut dihantar oleh salah seorang rakan sekerja dulu. Bila sampai mesej macam ni kat orang mcm aku, aku bukan tekan share. Tapi aku bukak google dan search pasal berita ni. kemudian aku terjumpa

There have been rumors circulating that cosmic rays from Mars are entering Earth tonight so we need to switch off our phones, or put them away from us.
dan cuba korang teka rumors ni dah mula tersebar sejak bila? sejak tahun 2009. tapi kau paham la rakyat Malaysia yang sangat mengambil berat tentang orang lain ni. diorang tak boleh tengok rumors ni diam je dalam inbox, jadi saban tahun mesej ni takkan berhenti spread to each other.

sama lah macam mesej ni

Gangguan Air 36 Jam Di Selangor

kau cuba bayangkan, berderau darah aku bila dapat mesej cenggitu. orang yg duduk luar selangor/KL takkan paham perasaan orang yg duduk selangor/KL. At that time aku dah la baru je duduk cheras n takde pengalaman pasal takde air ni. kau nak aku terjun kolam ke kalau takde air tu? so, aku dapat je mesej tu aku terus bukak page syabas. Ciss, tipu rupanya. nasibb baikkk!!

Aku tak marah kat orang yang spread the rumors ni. cuma korang yang terima ni perlu bijak. kalau korang google dulu confirmkan berita tu, tak lah bertambah percentage manusia baik hati yang terlebih ambil berat pasal orang sampai sebarkan berita palsu. kan bagus mcm tu. jadi orang mcm aku tak la kene heart attack sebab mesej2 macam ni.

sekian untuk entry yang sedikit serius ni. have a great weekend ahead you all!

xoxo, Nadiah

sincerely from nadya :)

Sunday, 5 April 2015

Holiday.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Fuhhh fuhhhh *tiup sawang* maaflah dah lama tak update. Hakak ni kalau tak busy pun terpaksa acah-acah busy. Ni minggu kedua tau hakak duduk melangut gini. Sedih hakak. Satgi sekali datang keje mula la menimbun. Minggu ni meeting pulak, lagi la hakak seteghessss. 

Eh, hakak letak tajuk holiday tapi seteghesss apehal ye dak? Oklah, tutup dulu chegita seteghess tu. Jom tengok hakak pegi holiday kat mana. 

Bukit Gambang Resort City dan Bukit Tinggi.









Biaselah keje hakak, tempek gambo lepastu malas nak tulis. Hahahaha. 

Memula kitorg plan nak pegi gambang je. Sebab kat situ kan ada waterpark. Sebab nak bawak hana mandi je. Jauh naww pegi nye kan? Hahaha. Lagipun aku ni nak sgt pegi pahang. So skrg semua negeri kat semenanjung aku dah masuk. Nanti simpan duit g holiday sabah sarawak pulak. Huhuhuhu. 

Korang heran tak kenapa tetiba ada gambar kat bukit tinggi? Cerita dia gini, otw jalan nak balik ke KL tu abg khir nmpk signboard ke bukit tinggi. Pastu die pujuk2 angah supaya terima idea dia utk naik atas. Yelah, memasing xpenah naik. angah ye kan jelah. Tapi naik kejap je. Jejalan kat colmar tu, amek gambar sikit2 pastu turun. Sebab semua penat. Angah dgn tak sihat nye. 

Begitulah berakhirnya holiday kami berempat. Nanti cuti hari pekerja nak g holiday 1 big family pulak. Mak yang suggest sbb haritu masa cuti sekolah seminggu xsempat nak bawak adik holiday. Untungnye lah adik dapat kakak-kakak dan mak ayah yang langkah panjang n suka naw holiday. 

Tunggu entry next holiday taw. Baiiii

sincerely from nadya :)

Friday, 13 March 2015

Gambar konvo dah bertemu frame


Yeayyy tepuk tangan semuaaaa. Haritu pegi ikea dengan angah. Dalam kepala dah fikir dah nak beli ape. Beli apa? Frame pink ni la. Saiz 4R dua frame baru RM5. Murah kan? Tapi wood base la. Pastu yg cover gambar tu bukan kaca..plastik je. But for me, lagi selamat camtu. Takde la nanti adegan gambar jatuh, cermin pecah lepastu tak sedap hati mcm dlm drama2 kan. Kekekekeke

Tapi beli frame ni dah dekat 3 minggu, baru kelmarin masukkan gambar. Sabar jelah perangai kannn. Yelah, sebelum ni kalau masukkan gambar pun takde tempat nak letak. Skrg ni dah ada almari plastik yg 5 tingkat tu. So dah boleh letak mcm2 *muka smile lebar2*

Tapi kalau korang jumpa aku depan2, mohon tak pengsan sbb aku tak la cantik mcm dlm gambar. Skrg ni tengah bertungkus lumus nak hilangkan jerawat.

Nanti entry lain aku kongsi cara yang aku pernah guna utk hilangkan jerawat taw. Baiiii

LOL, nadiah.

sincerely from nadya :)

makcik lupa nak....

Assalamualaikum, selamat petang.

Maafkan makcik la ye anak-anak, makcik lupa sangat pasal nak update blog ni. Busy bukan main dari minggu lepas. Berpuluh proposal lulus dlm 2 minggu. Pengsan makcik. Tu belum campur tetiba proposal baru sampai. Adoii

Lepastu minggu ni makcik pegi kursus 3 hari belajo excel. Dah siap cerna dah pun masuk hari ketiga tu makcik telan binatang excel tu. Hahahahahaha. Ok makcik melawak je ye anak-anak.

Sebenarnya belajar macam org tak tahu apa2 pasal benda yg kita pakai hari2 ni sangat lah tak best. In-fact apa yg pegawai tu ajar makcik dah penah godek2 dah sebelum ni dan pernah diajar lg detail masa kelas aplikasi dulu.

Lepastu biasalah manusia kan. Ilmu ni kene refresh selalu baru ingat. Masa apply kursus tu pk nk belajar satu benda je..pasal freeze panes. Kalau sir baca ni mesti dia kutuk aku habis2. Mana tak nya, mcm la die tak penah ajar. Maaf la..makcik lupa... Lepastu cite dia..org yg ajar tu xcite detail sgt pun psl freeze panes tu, sudahnya makcik google sendiri je nak...haihh sabo jelah. Tapi takpelah, at least dapatlah memenuhi jumlah jam kursus dan dapat makan free 3 hari. Yeayyyyy

Haa sikit lagi makcik nak balik ipoh ni. Ada wedding esok. Wedding makcik? Mestilah bukan.. *gelak tersipu-sipu*. Makcik bgtau ni haruslah sebab taknak lupa next entry ape kan..ok selamat berbahagia uolsss

LOL, nadiah.

sincerely from nadya :)