Thursday, 31 May 2012

i wanna :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) make it more simpler . i just wanna be somebody that everyone couldn't recognize . be someone who doesn't have heart . be someone who doesn't care at all . be someone who don't have any feelings . be someone who always be happy with my life . be someone who didn't show her feelings to anybody .

i think i am a go0d actor , but sorry . i'm not . i'm just a girl who show her feelings to make her life happy . the girl who do not know how to hide her face when having some problem . i'm just me .

thankyouu my friends for accepting me as your friends :)


sincerely from nadya :)

Wednesday, 30 May 2012

gila - gila :)

assalamualaikum dan salam sejahtera . hari ni nak pulun buat post banyak-bayak sebab esok dah nak balik IPOHHHH ! bukan sebab kat sana takde internet . tapi sebab pemalas nak on laptop . balik pun sebab ada kenduri cousin kann , haruslaa malas bukak laptop :) nak cerita kisah semalam . saya terjumpa dua orang lelaki menyerupai perempuan . hahahhhaa . nak tengok gambar yang sempat saya ambil ? kejapp ehh :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.



boleh teka diorang ni siapa ? hahahhahahhaaa :)
sincerely from nadya :)

saya berubah ke ?

assalamualaikum dan salam sejahtera . betul ke saya dah berubah ? atau pun ini sebenarnya peragai saya yang sebenar ? saya sendiri keliru . tolonggggggg --"



sincerely from nadya :)

wordless wednesday :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) tak tahu mana nak mula . sepatutnya post ini di post lebih awal , tetapi akibat masalah teknikal , maka ianya menjadi wordless thursday :) apa yang saya nak ceritakan hari ni ialah moment-moment terindah bersama kawan-kawan terapat saya dalam kelas set 5 ni . sepanjang semester 1 saya tak banyak kawan . just mana-mana yang satu kelas . keluar kelas , bawak haluan masing2 . bila terjumpa setakat say hi je . so , layan gambar ye :)

* my ex-ro0mate vs my twins . kat mana die ada , maybe saya ada situ . hahahha :)

* kawan lelaki yang gila-gila :) terbaikk laa korg :)

* 4 org kawan cilik :) comel sangat kalau jalan ngn diorg :)

* yang penting . diorg tak boleh lawan lecturer terbaikkk ni . hahahha :)

# mana-mana yang gambarnye tak dipaparkan kat sini , jangan terasa pulak , bukan bermakna saya takde moment terindah . cuma mereka ni berada pada tangga teratas laa :) hahhaha 


sincerely from nadya :)

Monday, 28 May 2012

anda terbaik , kawankawan :)

this entry dedicated to all students in set 5 application computer 2011/2012 . nice to have this moment with you all . i hope that our relationship won't be last till today . i want it more longer after this . to our lecturer , sir azzwan . i just wanna say that i wont regret choosing this set for application computer this sem .

oh no0o0o ! today were our last class ! seriously i do hope that this is not our last class . pleaseee , hope that we will be in one class after this !


sincerely from nadya :)

Sunday, 27 May 2012

lihat lahh , semua merindui anda :)


assalamualaikum dan salam sejahtera :) tengok ni ! ni bukti ramai orang menunggu fadhil muncul untuk membuat onar dalam facebook . tapi , tak muncul-muncul pun . kenape ehh ?

kawan-kawan , support him to get back to his old behavior :)


" if you see a friends without smile , give them one of yours :) "

sincerely from nadya :)

Thursday, 24 May 2012

pendapat anda bagaimana ?

assalamualaikum dan salam sejahtera :) entri ini nak minta pendapat semua orang . sama ada , memilih salah satu , atau kedua-duanya sekali . saya keliru , mungkin adakalanya saya sempat untuk menulis entri di kedua-dua blog . dan mungkin ada satu masa , hanya satu sahaja yang sempat . atau , lebih membimbangkan , kedua-dua blog ini terabai . waaaa , susahnye nak buat keputusan !

biar saya beri anda gambaran kesusahan saya : *maklumat setakat jam 9.00 malam*


ni pageview untuk blog ni dan total post


dan ini pageview , jangka hayat dan total post untuk blog saya yang pertama .

pening dah fikir ni . buat pape pun mesti fikir . nak post ape ehh kat blog pertama ? nak post ape ehh kat blog kedua ? sampai macam tu sekali . haihhhh :)


sincerely from nadya :)

Wednesday, 23 May 2012

entri tergemparrr :)

assalamualaikum dan salam sejahtera . ini adalah entri tergempar !


ada orang ter-delete blog ! ! ! ! hahahaaahha :)


okayyy . dahh . tu je nak cakap :)

# en. azzwan , jgn mara taww . entri ni suka-suka je :)
sincerely from nadya :)

Tuesday, 22 May 2012

hidup seperti roda :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) minggu ini adalah minggu bermasalah bagi saya . minggu dimana pelbagai kejadian terjadi di luar jangkaan . minggu di mana menyebabkan ramai diantara orang terapat saya di UKM mengalami beberapa masalah termasuklah saya . saya berharap , ujian dari tuhan ini dapat di atasi dengan sebaiknya oleh orang-orang berkenaan . sedih rasanya melihat keadaan mereka . walaupun tidak di tunjukkan pada zahirnya , tetapi hati saya merintih pilu .

saya bukan seorang yang pakar dalam menenangkan perasaan manusia . kadang kala , saya sendiri tidak dapat mengawal emosi . tetapi ingatlah semua , hidup kita umpama roda . kadangkala di bawah , kadangkala diatas . jika kita tidak merasa berada di bawah , tak mungkin kita akan merasa berada di atas . bergembira semasa diatas , dan bersabar ketika di bawah . moga-moga ianya kembali seperti sediakala semula secepat mungkin :)


# kembalikan senyuman di wajah mereka ! saya rindukan semua itu
sincerely from nadya :)

Monday, 21 May 2012

peringatan kedua :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) saja-saja buat satu entri untuk anda . nak bagi anda ingat supaya jangan lupa betulkan kesalahan yang en. azzwan minta pada blog anda . lepas tu , jangan lupa e-mail pembetulan anda tu dekat dia . saya tahu , kebanyakan nya di minta untuk buat label . pada yang dah ada tu , tahniah ! yang tak ada , buat sebelum ditegur :) label tu tak penting , cuma itu salah satu penilaian yang ada dalam blog kita tu . semua orang nak full mark kan ? hahahha .

okayy , masalah kedua maybe pasal resolution blog anda . masalah tu mudah je . cuma anda kena rajin . main2  sikit dengan blogger template tu bahagian adjust width . masalah ketiga , pasal posting terlalu banyak kat home page . masalah ni , ada dua jalan penyelesaian . satu , adjust posting number untuk setiap page . kedua , letak back to top button . untuk back to top button ni , korang boleh refer entri terdahulu saya , nak senang cari , klik kat label tutorial blog . tapi , saya prefer guna back to top button la :)

masalah lain tu , simple je . kalau ada apa-apa yang saya boleh bantu anda untuk blog , saya bantu selagi terdaya :)

# untuk label tu , nak buat satu tutorial khas , tapi malas laa . kalau tak tahu , boleh tanya orang yang dah ada label okayy ? sekiann :)
sincerely from nadya :)

Friday, 18 May 2012

biar ia berteka-teki :)


* motif apa yang saya nak kongsikan ni ? haishhh , tak fahammm --"


sincerely from nadya :)

hari bosan seduniaaa :)

assalamualaikum dan salam sejahtera . hari ni hari ape ye ? hari sabtu . kenapa hari bosan sedunia ? sebab saya tengah bosan tak tahu nak buat apa . semalam lepas balik dari futsal bersama jasmimi , saya di kejutkan dengan satu berita dari rumate saya iaitu : dia nak balik rumah cousin die . masa tu ada mimi , so saya pun dengan senang hati jawab : okayy , balik laa :) *dalam kepala otak tak fikir yang kau tinggal sensorang laa 3 ary ni . hahahha . sebab selalunya saya je yang tinggalkan die . saya yang japjap balik K.L , japjap balik IPOH . haihh , bestnyee lahh duduk sensorg ni . kalau ada kawan bilik sebelah takpe jugak . ni takk , diorang dah berangkat pegi PORT DICKSON pagi tadi . niat hati memang nak ikut mulanya , tapi mengenangkan yang esok ade discussion pembangunan diri . cekalkan hati jelaa duduk sini . kalau tak cekal , awal2 lagi dah kemas beg balik K.L :)

pagi ni je tido dah bape kali terjaga . mimpi seramm ! last sekali tak jadi tido , terus on fb . online ! cari mangsa untuk di-kacau . hahahaha :) boringg kottt . dah lama2 tu boring balik . bangun , bukak pintu tengok luar . senyap sunyi jee . waaa , rase nak nangesss . akhirnye , dapat satu idea ! bukak pintu luas2 . pasang lagu kuat2 . amek penyapu , dannnnn  kemas bilik ! yeahhh . saya kemas bilik berseorangan .

best gilaa hidup macam ni . hahahhahaha * motiff : dah gilerr :)  bermula dengan kutip baju kotor , rendam . ketuk carpet , sidai jap . sapu lantai , mop lantai * ulang dua kali  taww sebab buat dua kali . kemas almari , kemas rak buku . dan banyak lagi . sehingga lah bilik saya terkemas seperti ini :



*nampak sangat malas belajar , sebab tu buku tak banyak :)


itu sahaja dari saya , hidup single memang macam ni :) sume nak simple je . nak komen lebih2 masa sesi kritik blog ye kawan2 :) hahahhaa .


sincerely from nadya :)

Thursday, 17 May 2012

untuk anda semua :)

nampaknya , deadline untuk post di blog dah tamat . tapi tak semestinya blog anda perlu diabaikan . yang pastinya , blog en. azzwan tidak ditutup * permintaan saya :) blog saya , tak pasti lagi . mungkin saya akan fikirkan kemudian . mungkin bagi sesiapa yang masih hendak mengikuti perkembangan di blog saya , boleh follow blog pertama saya disini -> nadyaisahak I . segalanya akan di beritahu kemudian . sebab sayang rasanya nak tutup blog pertama tu . dah almost 2 years rasenye . nak tutup blog ni pun sama jugak . sayang jugakk . waaa . confiuss --"

sesi kritik blog anda dah tamat ? dah buat correction ? hahhah , saya belum lagi . datang la sesi saya nanti ye . saya mengharapkan komen dari anda . yelahh , kadang2 otak saya tertutup nak buat sesuatu yang baru . ada jugak saya tengok blog student s5 yang baru pertama kali buat blog . so impressive . tak macam saya masa first time buat . teruk sgt masa tu . 

yang pastinya , buat blog ni mcm belajar jugak . mula2 tak faham . lama2 terus pandai . banyakkan tengok blog orang lain yang cantik2 . itu saja dari saya :) sekiannn .


sincerely from nadya :)

hari sentap sedunia :)

assalamualaikum dan salam sejahtera . nampaknya hari ini ialah hari sentap sedunia dimana ramai orang sentap hari ni . * ehh , ape aku cakap nehh ? merepek sudaaa :) kepada sesiapa yang sentap , tamcim , terasa hati dengan saya . sila maafkan saya . saya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan . tapi mudah je , sebab kalau saya marah semalam , lepas bangun tidur saya dah lupa dahh semua tu . mudah kan ? lainla kalau saya tak tidur , yang tu saya tak pernah try lagi .

# tolong maafkan saya :')



sincerely from nadya :)

Wednesday, 16 May 2012

ape dah jadi ni ?

assalamualaikum dan salam sejahtera . ehh , anda perasan tak yang wall set 5 aplikasi komputer ni dah hilang semua post ? mula-mula saya dikejutkan dengan post dari raja izni . masa tu saya dapat tengok wall tu dengan baik . macam selalu . tapi lepas 2 minit . saya bukak balik page tu , seriously dah hilangg !

tetibe rasa macam , oh mannnnn . sape punya keje nehhh ! haishh . selepas mempertimbangkan beberapa perkara . saya dah pun tingkatkan keselamatan page ni . hahha . maybe dengar macam lawak . tapi , tak tahu nk  ckp macam mana . taknak data-data dalam page tu hilang lagi sekali . mujurlaa documents yang kita buat dalam tu still ada . so , tak saket hati sangat laa .




disebabkan page group ni dah mencapai target , jadi saya tukar setting nye . bagi private lebih sikit :)


# pesan nabil , kalau korang ada maklumat penting yang perlu ada kat wall tu . repost balik . yang tak penting tu buat kenangan je :)
sincerely from nadya :)

Tuesday, 15 May 2012

:)

assalamualaikum dan salam sejahtera . selepas kita lihat entri tentang 6 hero kelas oleh jasmimi . sempena hari guru hari ni . saya nak buat satu entri tentang pensyarah aplikasi komputer kita , iaitu en.azzwan .



anda boleh berikan pendapat anda tentang beliau :) sekiann .
sincerely from nadya :)

tutorial blog #11 : tukar newer , home dan older post kepada icon comel :)

assalamualaikum dan salam sejahtera . entri kali ni dah tak merepek benda merepek dahh . nak fokus dekat tutorial blog balik . macam yang anda boleh lihat kat tajuk tu , saya nak ajar sikit macam mana nak tukar perkataan newer post , home dan older post kepada icon yang comel-comel . kalau tak tahu benda ni ada  kat mana . mari saya tunjukkan :)

ni lahh die bendanye :)

bila dah tahu bendanye , boleh proceed la kan ? mari lihat cara-caranya :)

1. dashboard > template > edit html > tick expand widget

2. untuk newer post , tekan CTRL + F dan cari code ini :
expr:title='data:newerPageTitle'><data:newerPageTitle/>
* tulisan kaler merah tu nanti kene tukar dengan code icon yang anda nak taww

3.  untuk older post , tekan CTRL + F dan cari code ni :
expr:title='data:olderPageTitle'><data:olderPageTitle/>
* tulisan kaler merah tu nanti kene tukar dengan code icon yang anda nak taww

4. untuk home , tekan CTRL + F dan cari code ni :
expr:href='data:blog.homepageUrl'><data:homeMsg/> 
* tulisan kaler merah tu nanti kene tukar dengan code icon yang anda nak taww

5 . bila dah tukar semua tuu . preview dulu then boleh save bila puas hati :)

okayy . mesti anda tertanya-tanya mana nak dapat code image untuk ketiga-tiga button tu kan ? saya kongsikan entri seorang blogger yang saya pinjam tutorial beliau untuk dikongsi bersama anda iaitu Nurfirzanah Fuad . beliau sediakan 4 set pilihan untuk kita . so boleh pilih mana nak ye :) itu sahaja dari saya . sekian :)

sincerely from nadya :)

happy teachers's day :)


assalamualaikum dan salam sejahtera . semua orang mesti tahu esok 16 may kan ? then , sambutan hari guru akan disambut pada hari esok . saya nak mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya walaupun sepatah ayat . jasamu dikenang sepanjang zaman .


ucapan ni ditujukan kepada

guru-guru di :
1 . sekolah kebangsaan taman segar , cheras .
2. sekolah kebangsaan sri kinta , ipoh .
3. sekolah menengah agama ad-diniah islamiah , kuala kangsar .
4. sekolah teknik kerian , bagan serai .

pensyarah-pensyarah di :
1. kolej matrikulasi gopeng , perak .
2. universiti kebangsaan malaysia , bangi .

itu sahaja dari saya . sekian :)
sincerely from nadya :)

bowling 27 april 2012 :)

assalamualaikum dan salam sejahtera  :) pagi tadi masa kelas , saya baru terbaca 1 email dari en. azzwan minta saya buat picture collage untuk peserta bowling . biar saya briefing sedikit sebab mungkin ada orang yang hairan kenapa tentang gambar tu nanti . sesi pertama , di hadiri oleh 12 orang sahaja . dan sesi kedua dihadiri oleh lebih dari 12 orang yang nama nya akan saya sebutkan di bawah .

peserta sesi pertama yang tidak meneruskan permainan untuk sesi kedua ialah adib nazmi . dan peserta yang hadir hanya untuk sesi kedua ialah ismail , raja izni , iema , ain , nafisah , azren .
# kalau ada nama yang tertinggal boleh betulkan saya :)

setelah mengorek kembali gambar-gambar bowling 2 atau 3 minggu yang lepas . akhirnya , saya berjaya menyiapkan ini . ia mungkin tak begitu menarik di mata anda , kritikan dan komen anda akan saya terima dengan hati terbuka :)
" memories that we had created together will be the most beautiful memories of us " 


# sorry la kalau tak menarik :) for those yang tak dapat join bowling hari tu boleh take part dalam aktiviti lain :)


sincerely from nadya :)

Sunday, 13 May 2012

pengalaman pertama :)

assalamualaikum dan salam sejahtera . saya nak cerita pengalaman saya yang pertama beli barang online . saya tak beli benda merepek . saya beli sabun susu beras . balik hujung minggu ni , mak tegur muka saya dah teruk sangat . alaaa . ape nak buat ? kebetulan saya ada tengok testimoni kawan saya yang jual sabun ni . hasil nye baguss . jadi mak saya sarankan supaya tukar produk muka . bila saya ajukan untuk guna sabun ni , kakak saya pun setuju . cepat2 saya pergi order . tapi tak boleh send lagi sebab sy tak transfer duit .

masa ni , saya dah gelabah . mana nak transfer duit pegi akaun maybank ? selalu org jual2 online ni pakai cimb . semua orang sy tanya , ade 2 org kakak sy ada akaun maybank . tapi takde duit dalam tu . baik tak payah kan ?

tadi bukak je fb , dapat msg dari kawan sy . dia tnye sama ada sy confirm atau tak nak sabun tu . mesti laa nak kan ? muka dah macam hape ni . then , cepat2 siap keluar bilik pegi pusanika . test satu satu kad atm kat atm machine maybank tu . 2 kali try guna kad bank islam , tapi urusniaga tak sah . baru teringat ada lagi 1 kad . kad bsn . try je kad tu sekali , terus accept . alhamdulillah . insyaallah , esok kawan sy akan post sabun tu . tunggu dan lihat jelaa perubahannya :)
sincerely from nadya :)

Saturday, 12 May 2012

:) ibu bekerjaya , sentiasa di hati ♥

assalamualaikum dan salam sejahtera . sebelum kembali semula ke UKM , saya nak tulis satu entri berkenaan hari ibu . yelahh , esok iaitu 13 may kan hari ibu . jadi entri ni khas untuk ibu saya :) tema tahun ni ialah ibu bekerjaya , sentiasa di hati . sesuai betul tema tu dengan entri ni , walaupun PM khususkan tema ni kepada ibu muda dan ibu saya tak laa muda pun * dah jadi nenek dahh :) tapi saya tetap sukaa dan tuju entri ni untuk ibu saya .

tak ramai orang tahu , ibu saya seorang polis . seorang polis yang telah berkhidmat selama 30 tahun dengan PDRM . tetapi , ibu tak pernah mengabaikan anak-anaknya . buktinya , 3 orang anaknya telah berjaya mendapatkan diploma dan ijazah . tak cukup itu , salah sorang kakak saya telah lulus dengan kepujian ( dekan ) secara keseluruhan . kini , tiba giliran saya :)

disaat ibu menitiskan air mata , saya juga turut tersentuh . lebih-lebih lagi pada majlis pernikahan kedua-dua kakak saya . betapa sedihnya ibu apabila anaknya sudah menjadi hak orang lain .

seperti ibu lain , ibu saya sedaya upaya menjaga anak-anaknya . mengajarkan nilai-nilai murni supaya menjadi teladan saudara mara . memberi kesenangan yang seadanya supaya anak-anaknya tidak alpa dengan kemewahan dunia .

saya pasti , diluar sana lebih ramai yang mengagumi ibu mereka sendiri seperti saya . ibu cinta hati saya . dia ratu hidup saya . saya sayang ibuu :)


sincerely from nadya :)

masih kah kau ingat ?

assalamualaikum dan salam sejahtera :) masihkah anda ingat kawan-kawan , tarikh untuk lengkapkan 20 post setiap orang tamat pada 18 may ? kat sini saya nak ingatkan kawan-kawan yang belum cukup lagi tu . berusaha lahh . buat je entri merepek macam saya :) * bukan nak suruh tiruu , tapi tu je jalannya nak ckupkan 20 post . siapa setuju angkat tangan :)

kalau anda lupa tentang itu , anda boleh lah tengok balik post2 lama en. azzwan kat sini dan baca announcement dari dia lagi-lagi yang ni . kalau boleh bukak blog die macam makan nasi . sehari 3 kali . nak bukak blog die macam solat pun bolehh . 5 kali sehari . tu dah kiraa advance sangat dah tu :)

# happy tu happy jugakk . main tu main jugakk . tapi 20 post jgn lupa ye kawan2 :)
sincerely from nadya :)

kahwin awal :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :) selepas beri tips untuk sesiapa yang tak suka ro0mate . saya nak bagi sebab-sebab orang sekarang kahwin awal . terutamanya semasa di universiti . disini saya nak beri 10 sebab :)

1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.
# kalau jodoh dah sampai , saya pun nak kahwin awal sebab bila kahwin ni byk rezeki datang . anda tak nak ? credit to http://www.penpatah.com :)



sincerely from nadya :)

Friday, 11 May 2012

anda benci ro0mate anda ? hahaha :)


assalamualaikum dan salam sejahtera . entri kali ni santai-santai je sebab saya nk kongsi beberapa tips yang anda boleh lakukan jika anda membenci ro0mate anda sendiri . benda ni saya tak bolehh apply sebab no point nk benci ro0mate saya :) saya kann baikkkk . ahhahahha . tips ni khas untuk kawan2 yang tak suka kat r0omate dierrr . selamat mencuba :)


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate masok balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka ****h, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka ****h dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


# ada beberapa tips aku tak galakkan korg buat . contohnye tips 19 and 20 . takut karang korang bukak2 tengok2 bukan orang . tak pasal je kang . hahhaa :) credit to http://www.penpatah.com :)

sincerely from nadya :)

Wednesday, 9 May 2012

mata , hati , bibir : senyumlahh




assalamualaikum dan salam sejahtera :)
ada antara anda yang sedang bersedih hati di sini ? nak tahu ubat paling mujarab untuk merawat kesedihan itu ? 

1. ambil wudhuk dan buat solat sunat
2. banyakkan berzikir 
3. senyum kepada semua orang tak kira betapa dalamnya luka di hati 

insyaallah , lama-lama terubat juga kesedihan tersebut walaupun sedikit :)


*****************************************************************


quote from me : " if you're not happy with yourself , at least make everyone around you happy "
   


sincerely from nadya :)

Tuesday, 8 May 2012

seriously menakutkannn . hahaha :)

anda nak lihat 1 benda yang lawak ? tapi ada cara-caranya . gambar dibawah ni ialah gambar kelas yang diambil bersama student set 5 ( kecuali 2 orang tak datang + sorang tolong ambil gambar )


cara-caranya ialah :

1. download kedua-dua gambar tersebut .

2. lihat kedua-dua gambar tersebut secara gerak perlahan .

3. ulang perkara (2) tetapi dengan gerakan laju .

# nampak tak apa yang berubah ? kaji tak perubahan tu ?

lawak laa gambar ni . saya terjumpa masa tengok balik semua gambar

dalam camera tadi . hahahha :) jgn maraaa :)


sincerely from nadya :)

Monday, 7 May 2012

kenapa tak comment blog itewww :'(



assalamualaikum dan salam sejahtera , hari ni baru perasan yang sebenarnye en.azzwan dah lama tak comment blog saya . anda pun macam saya jugak ke ? hahhaa . padan muka :)

# mati laa aku kene ngn en.azzwan esok . hahahha :)


sincerely from nadya :)