Selamat petang. Petang jumaat yang penuh dengan barakah, InsyaAllah. Janji. Sebenarnya aku dah janji dengan diri sendiri, nak update beberapa entri untuk minggu ni. Pasal project detox dan pengalaman pertama aku pegi meeting luar dengan pegawai. Tapi aku rasa korang paham bila dah petang jumaat pun still takde entri tu. Astaghfirullah.
Ok, benda ni bukan disengajakan. Serius. Selasa haritu aku dah plan nak update lepas lunch. Tetiba aku dapat satu task yang hmmmmmmmmmmm... kene type 400+ senarai NGO sekitar hilir perak sahaja untuk jemputan event khamis depan. K aku terdiam. Tapi awal-awal aku buat kerja menaip dengan tenang. Lepas 30 minit, pegawai datang dengan gembiranya.."ha..dah bape ratus dah?" masa tu aku dah start stress. Memang senang pulak nak type balik dengan nama persatuan macam ape je.
Aku buat kerja tu dua hari berturut-turut dengan dibantu seorang kerani. Terima kasih kak. 12 jam waktu bekerja dihabiskan dengan menaip. Hari khamis pulak, aku kene print semua senarai edaran tu, staple one-by-one dan cop tangan *sape biasa tengok org office buat kerja mesti tahu benda ni. Alhamdulillah, aku berjaya siapkan start dari 8 pagi sampai 4 petang. Aku ada sejam untuk belek twitter dan instagram kat office lepastu balik.
Harini pepagi, ada bacaan yasin lepastu macam biasa, jamuan. Sambil makan layan fb dan twitter. kemaskini fail yang errrr ok sambil buat tu aku menguap. Entah, better menaip. lepastu dah lunch time. Tengok movie sambil makan. See, sekarang baru aku update blog. betapa teruknya janji-janji aku dekat diri sendiri. Pendiriannya, sama macam nak kurus tapi bila balik rumah makan tak ingat dunia. *lempang diri sendiri. Kbaiiii.
p/s: aku tak pasti sama ada aku berperang dengan hati dan perasaan orang lain atau diri sendiri. Kau tahu kan manusia tak semestinya diatas? so, aku tengah rasa perasaan berada dibawah. Perit. Ok, sebenarnya aku tengah berperang dengan diri sendiri dimana kau inginkan perhatian dari seseorang yang sikit pun taknak bagi perhatian kat kau. Good job nadya. Well done. Semoga kau bergembira dengan segala perasaan yang kau rasa sekarang. #cakapdalamhati
No comments:
Post a Comment