Selamat pagi. Isnin yang boleh dikatakan sedikit muram untuk seluruh negara Malaysia dan negara sekitar yang berkaitan. Penuh di dada akhbar sama ada Malaysia dan negara lain mengenai kehilangan pesawat MH370 yang hilang dari radar pada 2.40 pagi, 8 Mac di mana 2 jam selepas pesawat tersebut di terbangkan dari Lapangan Terbang KLIA.
Seluruh doa dipanjatkan kepada keseluruhan penumpang dan krew yang berada di dalam pesawat tersebut tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Pada masa ini, pelbagai negara telah sama-sama menghulurkan bantuan kepada Malaysia bagi mencari pesawat tersebut. Semoga doa kita sampai kepada mereka dan diselamatkan lah mereka dari apa-apa yang tak diingini.
Allah, aku tahu segalanya yang kau takdirkan bersebab. Kembalikanlah penumpang dan krew pesawat tersebut kepada keluarga mereka semula. Semoga mereka kembali dalam keadaan yang baik seperti sewaktu mereka berangkat ke sana. Hanya Kau yang mengetahui apa yang terjadi sebelum, semasa dan selepas ini.
Untuk berita semasa dan liputan terkini mengenai perkara ini bolehkah terus ke link Astro Awani. Jangan berhenti berdoa. Pada masa ini mereka memerlukan doa kita semua, hanya Allah yang dapat membalas segalanya.
No comments:
Post a Comment