Monday, 10 March 2014

kejadian semalam.

Salam pagi selasa. Harini sedikit 'Tuesday Blues' bila jalan nak masuk perkarangan SUK sedikit jammed. Ok, kejadian semalam ni takde kene mengena dengan kehilangan MH370 taw. Straight to the point, balik kerja semalam aku and ayah mengalami sedikit kecelakaan di jalan raya. 

Ade hamba Allah berbangsa tutttt ni bawak kereta dengan sesuka hatinya nak masuk simpang tanpa bagi signal lepastu terus je nk masuk tak tgk kiri kanan. mujur at that time ayah mmg dah slow kan motor so takde la teruk sangat masing-masing. ayah luka sikit kat kaki and aku pulak luka kat tangan sebab tapak tangan ni tahan batu tepi jalan. Rasa jugak sakit-sakit kat tangan maybe kesan terhentak kot. Tapi takde lebam pun so setakat ni no need to worry. 

aku rasa kan ada batu masuk kat luka ni thats why sakit lain macam. Tapi aku fikir biar luka dia kering sikit baru kita usik yerr.

nasib baik lahh ada kakak kerja klinik. Dia lah yang cuci luka pastu balut terus.

maka, tangan akan berbalut sehingga satu waktu yang tak dipastikan. 
pegi keje pun pakai plaster je. 

sebenarnya semalam, masa jadi ni..aku nak menangis. Buka sebab sakit tapi terkejut. At first bila aku sedar aku dah terjatuh tu mmg aku sebut Allah. cepat2 aku bukak mata and perkara kedua aku fikir ialah ayah. lepas tengok ayah ok baru aku rasa tangan aku sakit.

aku tahu ayah marah kat orang tu. aku tahu ayah risau pasal aku. walaupun aku tak tahu baca reaksi muka ayah tapi aku tahu. aku sorok air mata aku dari ayah. aku taknak ayah risau sebab ayah dah buat yg terbaik nak elak kereta tu. sepanjang perjalanan balik dari tempat kejadian ke rumah, air mata aku tahan takut ayah boleh nampak dari side mirror. jadi aku senyum je. sampai rumah masuk bilik sambil call MZH air mata aku mengalir. Ya Allah, harap ayah dah ok.

p/s: tangan aku sebelah kanan still takleh angkat tinggi. lama-lama ok kot kan?
sincerely from nadya :)

No comments:

Post a Comment