Sunday, 23 March 2014

masanya akan tiba nanti :)

"ada satu hari kau terbayang sesuatu, kau impikan sesuatu, ahhh lupakan. kau masih banyak masa." - itu hal dua tiga tahu lepas. masa itu, yang kau kejar ialah segulung ijazah, sekeping gambar bersama si pemberi scroll, dan memori yang sentiasa dicipta hari demi hari dalam mencapai keinginan itu. kini, ada dua bulan sebelum aku menamatkan sisa-sisa pengajian. setahun di matrikulasi dan 3 tahun degree. apa perancangan kau selepas ini? 

pada umur yang semakin meningkat naik, pada zaman yang manusianya semakin matang dan membuat keputusan untuk berkahwin awal, pada waktu kau masih tak punya apa-apa untuk melaksanakan hari-hari seterunya, masih lagi kau mampu termenung?

aku terkesan, sedikit sebanyak terkesan. biasalah, perasaan ni memang akan datang menjengah setiap kali aku lihat kenalan aku mendirikan masjid. alhamdulillah, sudah sampai seru mereka. setiap kali berkata mengenai ini, ada teman-teman rapat mengusik aku, kata mereka aku akan ke jinjang pelamin dulu sebelum mereka. ahhh aku cuma mampu tersenyum dan tergelak. pandai mereka bergurau. 

kita tersenyum dan tergelak tapi tiada siapa yang tahu isi hati kita kan? cuma Allah saja tahu. ingin aku katakan, aku mahu tetapi ini bukan masanya. bukan masa untuk aku mendirikan rumah tangga kerana masih banyak yang aku tiada, masih banyak yang perlu aku usahakan. 


berhenti mengeluh dan terus berusaha. pernah aku katakan pada dia, dalam pada masa kita berusaha menjadi muslim/muslimah jangan lupa kita perlu sedaya upaya mengejar cita-cita. kita aturkan perancangan dan biarkan Allah memberi keredhaan-Nya. aku tahu masanya akan tiba nanti. InsyaAllah :D

p/s: tahniah untuk kawan rapat yang dah tunang n dah kawin. barakallahhu lakuma :)

sincerely from nadya :)

Friday, 21 March 2014

nuffnang!


petang! kau orang mesti dah tahu bila aku sebut pasal nuffnang kan? Nuffnang ni established comunity yang jalankan perniagaan melalui advertising. Mostly blogger or anyone akan prefer nuffnang sebab aku rasa mudah. Mudah nak sign-up dan mudah nak advertised iklan diorang. 

Cuma aku ni manusia yang lembap dan pemalas, lepas almost 5 years jump into blogging area still tak sign-up nuffnang until today. nampak tak perangai tu? ok, sebenarnya aku bukan malas, aku tak sign-up benda ni pasal aku fikir i'm not into blogging mood 24/7. aku cuma update bila aku free dan mostly aku ada something special to share. itu aku. sebab tu aku rasa aku sangat tak layak nak buat advertising punya section kat blog. And most of my entire life is going same day by day. bangun tidur -> makan -> mandi -> bla bla bla -> tidur. thats all! kau rasa tak menyampah ke baca blog aku kalau hari2 aku update 'morning, saya dah makan' 'malam, saya nak tidur' blerghhhh aku rasa aku bukan macam tu. sebab aku boleh muntah baca entri sendiri *boleh pakai tak alasan aku? 

berbalik kepada nuffnang ni, entah kenapa tetiba harini tangan aku ringan nak sign-up nuffnang ni. maybe dah sampai masa. masa aku jadi full time blogger? mungkin. *ahhh sudah lah kau nadya, harini kau cakap macam tu, esok kau dah malas nak update. *syuhhhhh diamlah! #cakapdenganhatisendiri

sekarang ni, dah ada nuffnang, jaga-jaga, aku mula nak semakkan korang punya timeline. aku mula nak pegi melawat blogger-blogger comel ni. sape rasa dia comel, nak aku review blog dia, angkat jari, taip kat ruangan comment korang punya URL. takde aral melintang, selagi aku hidup, insyaAllah aku review semula. 

sincerely from nadya :)

Thursday, 20 March 2014

Hidup umpama roda.

Copy Paste dari blog akuislam.com bertajuk : Jatuh Bangun Dalam Kehidupan. Sembuhkan Lukamu.
Hati..
Bahagian paling sukar difahami.
Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.
Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.
Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.
Kadang menghegeh mencari ruang.
Menebar rasa yang lama terpendam.
Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam.

Belum sembuh, barangkali.

Jiwa..
Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula.
Perit lagi ya?
Jangan kau simpan diam-diam dalam dada.
Luahkan.
Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.
Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.

Sukar kan.
Memapar senyum.
Membalas tawa.
Saat diri terbenam dalam duka.
Kau sendiri pernah rasa kan?

Karena itu.
Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.
Kita, jangan sesekali hina hidup orang.
Jatuh bangun dia. Naik turun dia.
Cuma Allah tahu.
Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.
Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.
Berhentilah.
Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia.
Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.

Dulu, pernah ada yang bilang,

“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”


Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.
Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.
Puas. Kau akan puas.
Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.
Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,

“Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.

Satu benda kau kena faham.
Satu benda.
Kita ini, bukan kuat mana.
Bukan tabah mana.
Bukan cekal mana.
Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan. Cari Tuhan.

Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,

“Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? ”
“Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati.”
Moga nanti kan kau fahami.
Hikmah-hikmah yang ter-alir.
Moga  jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ;
Syurga.

“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]
 Kekal tegar ya,
Moga Allah menjaga.
Artikel ini adalah tulisan salah seorang admin aku Islam, Nor Adibah Saihen. Semoga memberi manfaat kepada semua :)

sincerely from nadya :)

Sunday, 16 March 2014

AKU

Aku,
Manusia biasa yang sentiasa membuat dosa.
Memang benar apa yang kau kata,
Tiada siapa yang memahami aku seadanya,
Sama ada tiada pertalian ataupun ya,
Kadang aku sendiri memikirkan,
Sama ada ibunda dan ayahnda juga serupa atau sebaliknya.

Aku,
Manusia biasa yang sentiasa membuat dosa.
Percakapanku tiada had nya,
Malah aku juga bukan pilihan sesiapa,
Tetapi layakkah aku untuk meminta tidak dilahirkan kedunia?

Aku,
Manusia biasa yang sentiasa membuat dosa.
Maafkan aku atas segala khilafku,
Kekurangan aku itu datangnya dari diriku,
Bukan dari siapa yang mendidikku,
Malah bukan juga datang dari siapa yang mendampingiku.

Aku,
Manusia biasa yang sentiasa membuat dosa.
Aku tahu aku tiada apa-apa yang boleh dibanggakan,
Malah juga tiada apa yang boleh dibanggakan,
Ya, aku tiada apa-apa,
Pangkat, harta dan rupa,
Tetapi,
Kau ada semuanya.

Aku,
Manusia biasa yang sentiasa membuat dosa.
Aku pasti sudah banyak yang kau korbankan,
Aku juga pasti sudah banyak yang kau laburkan,
Tidak kira sama ada wang ringgit mahupun tenaga,
Aku harap tiada apa yang akan dibangkitkan semula.

Aku,
Manusia biasa yang sentiasa membuat dosa.
Perasaanku tiada sesiapa yang tahu,
Kata hatiku tiada siapa yang dengar,
Percakapanku kadang disalah anggap,
Perbuatanku pula tiada siapa yang faham.

Aku,
Manusia biasa yang sentiasa membuat dosa.
Aku tahu,
Gelak tawaku itu tidak mendatangkan bahagia sesiapa,
Rajuk dukaku pula dianggap menjengkelkan.

Apa yang harus aku lakukan?
Tinggal di dalam gua berseorangan tanpa teman?
Mendiamkan diri seperti tiada apa yang berlaku?
Teruskan hidup seperti biasa?
Allah,
Mampukah aku?
Kuatkah aku?



sincerely from nadya :)

Monday, 10 March 2014

kejadian semalam.

Salam pagi selasa. Harini sedikit 'Tuesday Blues' bila jalan nak masuk perkarangan SUK sedikit jammed. Ok, kejadian semalam ni takde kene mengena dengan kehilangan MH370 taw. Straight to the point, balik kerja semalam aku and ayah mengalami sedikit kecelakaan di jalan raya. 

Ade hamba Allah berbangsa tutttt ni bawak kereta dengan sesuka hatinya nak masuk simpang tanpa bagi signal lepastu terus je nk masuk tak tgk kiri kanan. mujur at that time ayah mmg dah slow kan motor so takde la teruk sangat masing-masing. ayah luka sikit kat kaki and aku pulak luka kat tangan sebab tapak tangan ni tahan batu tepi jalan. Rasa jugak sakit-sakit kat tangan maybe kesan terhentak kot. Tapi takde lebam pun so setakat ni no need to worry. 

aku rasa kan ada batu masuk kat luka ni thats why sakit lain macam. Tapi aku fikir biar luka dia kering sikit baru kita usik yerr.

nasib baik lahh ada kakak kerja klinik. Dia lah yang cuci luka pastu balut terus.

maka, tangan akan berbalut sehingga satu waktu yang tak dipastikan. 
pegi keje pun pakai plaster je. 

sebenarnya semalam, masa jadi ni..aku nak menangis. Buka sebab sakit tapi terkejut. At first bila aku sedar aku dah terjatuh tu mmg aku sebut Allah. cepat2 aku bukak mata and perkara kedua aku fikir ialah ayah. lepas tengok ayah ok baru aku rasa tangan aku sakit.

aku tahu ayah marah kat orang tu. aku tahu ayah risau pasal aku. walaupun aku tak tahu baca reaksi muka ayah tapi aku tahu. aku sorok air mata aku dari ayah. aku taknak ayah risau sebab ayah dah buat yg terbaik nak elak kereta tu. sepanjang perjalanan balik dari tempat kejadian ke rumah, air mata aku tahan takut ayah boleh nampak dari side mirror. jadi aku senyum je. sampai rumah masuk bilik sambil call MZH air mata aku mengalir. Ya Allah, harap ayah dah ok.

p/s: tangan aku sebelah kanan still takleh angkat tinggi. lama-lama ok kot kan?
sincerely from nadya :)

Sunday, 9 March 2014

#MH370 missing plane

Selamat pagi. Isnin yang boleh dikatakan sedikit muram untuk seluruh negara Malaysia dan negara sekitar yang berkaitan. Penuh di dada akhbar sama ada Malaysia dan negara lain mengenai kehilangan pesawat MH370 yang hilang dari radar pada 2.40 pagi, 8 Mac di mana 2 jam selepas pesawat tersebut di terbangkan dari Lapangan Terbang KLIA. 

Seluruh doa dipanjatkan kepada keseluruhan penumpang dan krew yang berada di dalam pesawat tersebut tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Pada masa ini, pelbagai negara telah sama-sama menghulurkan bantuan kepada Malaysia bagi mencari pesawat tersebut. Semoga doa kita sampai kepada mereka dan diselamatkan lah mereka dari apa-apa yang tak diingini. 



Allah, aku tahu segalanya yang kau takdirkan bersebab. Kembalikanlah penumpang dan krew pesawat tersebut kepada keluarga mereka semula. Semoga mereka kembali dalam keadaan yang baik seperti sewaktu mereka berangkat ke sana. Hanya Kau yang mengetahui apa yang terjadi sebelum, semasa dan selepas ini. 

Untuk berita semasa dan liputan terkini mengenai perkara ini bolehkah terus ke link Astro Awani. Jangan berhenti berdoa. Pada masa ini mereka memerlukan doa kita semua, hanya Allah yang dapat membalas segalanya. 


sincerely from nadya :)

Thursday, 6 March 2014

Janji.

Selamat petang. Petang jumaat yang penuh dengan barakah, InsyaAllah. Janji. Sebenarnya aku dah janji dengan diri sendiri, nak update beberapa entri untuk minggu ni. Pasal project detox dan pengalaman pertama aku pegi meeting luar dengan pegawai. Tapi aku rasa korang paham bila dah petang jumaat pun still takde entri tu. Astaghfirullah. 

Ok, benda ni bukan disengajakan. Serius. Selasa haritu aku dah plan nak update lepas lunch. Tetiba aku dapat satu task yang hmmmmmmmmmmm... kene type 400+ senarai NGO sekitar hilir perak sahaja untuk jemputan event khamis depan. K aku terdiam. Tapi awal-awal aku buat kerja menaip dengan tenang. Lepas 30 minit, pegawai datang dengan gembiranya.."ha..dah bape ratus dah?" masa tu aku dah start stress. Memang senang pulak nak type balik dengan nama persatuan macam ape je. 

Aku buat kerja tu dua hari berturut-turut dengan dibantu seorang kerani. Terima kasih kak. 12 jam waktu bekerja dihabiskan dengan menaip. Hari khamis pulak, aku kene print semua senarai edaran tu, staple one-by-one dan cop tangan *sape biasa tengok org office buat kerja mesti tahu benda ni. Alhamdulillah, aku berjaya siapkan start dari 8 pagi sampai 4 petang. Aku ada sejam untuk belek twitter dan instagram kat office lepastu balik. 

Harini pepagi, ada bacaan yasin lepastu macam biasa, jamuan. Sambil makan layan fb dan twitter. kemaskini fail yang errrr ok sambil buat tu aku menguap. Entah, better menaip. lepastu dah lunch time. Tengok movie sambil makan. See, sekarang baru aku update blog. betapa teruknya janji-janji aku dekat diri sendiri. Pendiriannya, sama macam nak kurus tapi bila balik rumah makan tak ingat dunia. *lempang diri sendiri. Kbaiiii.

p/s: aku tak pasti sama ada aku berperang dengan hati dan perasaan orang lain atau diri sendiri. Kau tahu kan manusia tak semestinya diatas? so, aku tengah rasa perasaan berada dibawah. Perit. Ok, sebenarnya aku tengah berperang dengan diri sendiri dimana kau inginkan perhatian dari seseorang yang sikit pun taknak bagi perhatian kat kau. Good job nadya. Well done. Semoga kau bergembira dengan segala perasaan yang kau rasa sekarang. #cakapdalamhati

sincerely from nadya :)